Zain Saidin Model Oh My Hot Perfumes

Zain Saidin

Hot Perfumes & Air Freshners Industries SDN BHD (HPAISB) adalah pengeluar produk berasaskan haruman untuk kegunaan badan,kereta,rumah dan pejabat. Mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari JAKIM untuk keluaran semua produk.

Sudah memasuki pasaran hampir 7 tahun, produk Hot Perfumes masih menjadi pilihan utama produk haruman di Malaysia. Dimiliki 100% Bumiputra. Lembaga Pengarah terdiri dari Tuan Syeikh Ahmad Sazali b. Zahidi dan Puan Wan Zainab bt Wan Mohamad.

Pada permulaan pengeluaran produk (2007 – 2013), kilang terletak di Kuala Kangsar. Oleh kerana mendapat permintaan banyak dari pelanggan dan untuk menampung produktiviti, syarikat Hot Perfumes telah berpindah ke Kompleks Premis Usahawan SME Bank di Mengelembu, Ipoh Perak. Awal tahun 2014 Hot Perfumes membuka ibu pejabat di Seksyen 13, Shah Alam

Produk Hot Perfumes terdiri dari Pewangi Badan Lelaki & Perempuan, Pewangi Pejabat/Rumah, Penyegar Udara, dan Pewangi Kereta yang menjadi Hot Seller sekarang ini.

Zain Model Hot Perfumes

2 October yang lalu telah berlangsung majlis menandatangani Zain Saidin sebagai model Hot Perfumes. Pemilihan Zain Saidin sebagai model Hot Perfumes dengan slogan “Oh My HotPerfumes” seiring dengan dengan matlamat untuk memasarkan dan menarik lebih ramai pengguna Bukan Muslim kerana Zain mempunyai Aura dan peminat di kalangan mereka. Zain Saidin juga mempunyai ramai peminat di kalangan pelajar, dimana Hot Perfumes mensasarkan jualan kepada pelajar-pelajar sekolah mahupun IPT kerana semua produk Hot Perfumes mampu milik oleh semua golongan.

Dengan pemilihan Zain Saidin sebagai model, harapan Hot Perfumes untuk menarik lebih ramai pengguna di Malaysia dalam erti kata lain menjadi produk bertaraf antarabangsa akan mencapai matlamat dan sasaran jualan.

(109)

6,956 total views, 2 views today

Berniaga Sambil Menderma OMGFest 2014 Di Iktema Resort
Giveaway Bengkel Fotografi One-to-One Bernilai RM550 oleh Tarmizi Shukri

2 Replies to “Zain Saidin Model Oh My Hot Perfumes”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge