YES! Shaklee Aku Punya

bussines vs work

Kau diberi 2 pilihan je. Pilihan 1 Bekerja 9pagi – 5 petang atau berniaga tanpa had waktu bekerja. Yang mana satu menjadi pilihan? Kalau sangup hadap kerja keluar awal-awal pagi jem pukul 7-8 pagi lepastu balik pukul 5-6 petang sampai rumah dah nak malam silakan. Tapi kalau nak berniaga, mungkin yang nak aku ceritakan ini boleh difikir-fikirkan.

Rezeki berniaga ni memang melimpah ruah tanpa had. Aku dulu pernah bekerja dengan orang meniaga pizza, satu hari tu setakat nak dapat 600 – 700 ratus selamba je. Kekadang boleh dapat ribu riban. Sebulan dah berapa kan? Tapi berniaga yang ini kena kuat lah, nak pasang khemah, angkat gas, meja lagi dan macam-macam lagi lah.

Sekarang tahun 2015, dulu orang buat bisnes online atas alasan tak perlu keluar kos sewa kedai dan sebagainya. Tengok lah sekarang ni macam-macam orang jual dengan bisnes online. Jual perfumes,baju,skincare, vitamin dan macam-macam lagi lah. Kena gaya memang masyuk habis.

Korang pernah dengar nama Shaklee tak? Dulu Shaklee ni meletop-letop dengan vitamin, supplement dia lagi. Aku buat tak kisah sangat dulu. Punya lah tak kisah aku, tup-tup dapat pergi melawat HQ Shaklee Malaysia yang terletak di Menara The Pinacle, Bandar Sunway. Ya Ampun! satu tingkat tu Shaklee yang punya, bapak besar.

Presiden Shaklee Malaysia 2015

Bergambar bersama Presiden Shaklee Malaysia

Shaklee HQ

Geng Blogger Terjah HQ Shaklee Malaysia

Aku tak pergi seorang lah, ada lagi dengan blogger-blogger yang lain. Lepas kami bawa melawat HQ Shaklee Malaysia kitaorang masuk meeting room Shaklee untuk dengar sedikit sebanyak info pasal Shaklee. Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim bercerita panjang tentang program CSR dan yang paling menarik tentang YES!.

YES Shaklee

Apa benda pulak YES ni ek? YES ini singkatan kepada Young Entrepreneurs System khas untuk usahawan belia yang ingin menceburi bisnes Shaklee. Sesiapa yang dah berdaftar sebagai ahli Shaklee setiap keuntungan yang dijana akan ditambah 50% lagi. Contoh bulan itu income kita RM10 ribu 50% daripada RM10 ribu akan ditambah so RM5 ribu lah TOTAL yang dapat adalah RM15 ribu. Pergh! bukan calang-calang punya bonus ni. Aku tengok masyuk juga diaorang buat bisnes shaklee ni. Macam mana aku tahu masyuk? Haritu Shaklee ada buat National Conference tudia ramai bak hang. Siap dapat gelaran Master untuk yang dapat jualan paling banyak.

Shaklee, selain daripada aspek kesihatan, shaklee juga menawarkan peluang menjana pendapatan. Shaklee juga mensasarkan 100,000 orang untuk sertai YES! Shaklee.

“Menjadi seorang Usahawan bersama YES amatlah mudah.  Anda hanya perlu menyertai Shaklee, menggunakan dan berkongsi kebaikan produknya dengan rakan, keluarga dan orang disekeliling mereka,” kata Victor.

“Kami mensasarkan untuk menyentuh lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda ini meraih pendapatan tambahan sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih mereka,” kata Victor

Menarik lagi, semasa Shaklee National Conference yang diadakan pada 6 & 7 june telah melancarkan aplikasi My Shaklee. Untuk ahli-ahli my shaklee boleh download di google play – My Shaklee.

My Shaklee Mobile Apps

Tujuan apps ini dibina tidak lain tidak bukan adalah untuk memudahkan serta mendapat kemaskini terbaru daripada shaklee untuk  ahli-ahlinya.

Bagi mengaitkan tajuk entri Yes! Shaklee Aku Punya adalah…. Vitamin-vitamin ini yang aku punya!.. hehehe

Vitamin Shaklee

Dapat 4 jenis vitamin Shaklee Vita – E Complex, Gla Complex, B Complex, Garlic Complex. Vitamin E jelah yang aku makan sekarang sebelum tidur malam. Yang lain-lain tak cuba lagi. GLA Complex tu ada orang bagitau untuk orang perempuan so yang tu memang aku tak sentuh lah. hehehe

(2)

1,549 total views, 1 views today

Live Update Sepetang Bersama Blogger 2015
Pusat Kesihatan Terapi Ozone Baru Buka di Shah Alam

3 Comments on "YES! Shaklee Aku Punya"

  1. GLA untuk kaum Adam pun boleh makan, jangan risau..tiada kesan buruk pun..hihi
    Noriza Rahman recently posted…Kekal Cergas Bertenaga Walaupun BerpuasaMy Profile

  2. vitamin tu semua bagus untuk awak, jangan risau untuk ambil GLA, lelaki pun boleh ambil untuk kurangkan eczema

  3. Percaya atau tidak hanya dengan bisnes Shaklee, kakkep kembara seantero dunia dengan bonus Shaklee jek. Tour Europe 2014, Road Trip Turki 2015 hanya menjana income dari rumah dengan Shaklee. Cool kan? Kakkep klik klik jek beli tiket flight dengan bonus Shaklee buat seprais kat husbnd anak anak. Their expression? Priceless.
    Kak Kep recently posted…Malaysian Bazaar Ramadhan 2015 – Hyatt Plaza, Doha, QatarMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!