Korang tau tak maksud petite tu apa? Amboi! berbelit lidah nak menyebutnya. Petite ni aku mula tau masa ada event blogger dengan Yaya Rosly minggu lepas. Itulah pentingnya english education woi.. Petite tu maksudnya adalah kecik molek. Sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan Yaya Rosly.
Siapa Yaya Rosly?
Pengenalan pendek tentang Yaya, Yaya Rosly adalah seorang fashion designer. Sudah 3 tahun berkecimpung dalam industri fashion. Selalu buat baju untuk artis-artis Malaysia, setakat yang aku tahu artis-artis dibawah naungan Paranormal seperti Elizabeth Tan dan lain-lain. Nak cerita lebih-lebih pun tak sempat nak kenal lebih dekat. For sure Yaya Rosly ni kecik molek je orang nya..

Petite Custom & Ready To Wear (RTW)
Setiap orang mesti ada problem nak pilih saiz baju kan. Yang saiz besar dengan saiz besar, yang saiz kecik dengan saiz kecik pula. Baju yang banyak dijual dipasaraya standard besar-besar, aku yang lelaki ni pun stress mencari baju siapa hak kecik molek tu kena lah alter. Aduh! dah kena alter pulak dahh… Bila dah alter tak ngam pulak tu.. Aduh! apa susah-susah engkau hadapkan bentuk badan kau! Pandai-pandailah Yaya Rosly ukur badan dan custom khas untuk yang berbadan kecik molek. Begitu! Nak tempah baju kawin pun boleh.

Puasa pun belum lagi, tapi banyak dah dengar cerita-cerita buffet ramadhan lah, apa lagi? Baju pun dah nak sesiap buat awal-awal. Koleksi RTW Yaya Rosly cantik-cantik juga, sebelum ramadhan katanya nak buat sesi preview. Tak sabar nak tengok. Nak tengok baju! nak tengok model yang mengayakan. eh! hahaha
Info tambahan.
Yaya Rosly merupakan seorang pengasas Yaya Rosly, Wedding planner, dan juga Spa yang berpengkalan di Sri Kembangan, Selangor. Jemput cuci-cuci mata tengok koleksi Yaya Rosly di Yaya Rosly Online Shop.
Alamat:E-8-1, PUTRA WALK,
JALAN PP25, BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR
(1)
1,560 total views, 2 views today
Incoming search terms:
- maksud petite
- maksud petitte
cantik baju2 dia