Wherever you are, I’m always by your side

Wherever you are, I'm always by your side

Wherever you are, I’m always by your side.

Maksudnya…

Di mana sahaja awak berada, saya sentiasa di sisi awak.

Ya betul! Saya bukan manusia magik apatah lagi malaikat yang boleh ada di sisi awak di mana sahaja.

Apa yang membuat saya akan sentiasa di sisi awak adalah doa.

Doa itu akan sentiasa berada di sisi awak walaupun di mana pun awak berada.

Doa agar awak dijauhi daripada sebarang marabahaya, doa kebaikkan kesihatan, kegembiraan awak agak saya dapat melihat senyuman awak selalu, murahkan rezeki awak, buka kan pintu hati awak untuk saya. Tuhan redhai hubungan ini, jodohkan hubungan ini dan jadikan jodoh ini adalah jodoh yang baik sehingga akhir hayat.

Ya Allah,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkan lah rasa ini, rasa yang ada dalam hati,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal..

Ya Allah,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia,
Kau pertemukanlah mereka segera, Dan bukalah mata hati ku
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya..

Ya Allah,
Begitu sukar menahan perasaan ini,
Perasaan yang terpaksa didiamkan, ditahankan,
Sesak setiap kali memikirkan nya, Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU

Ya Allah,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia, KAU jagalah dia untukku,
Itu cukup buat aku rasa lega dan senang..

Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya. KAU permudahkanlah urusannya, agar dia disenangi kelak, agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama, dan bangsa, agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya. Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung .

Hanya SATU pintaku,
JAGAKAN DIA UNTUKKU,
YA ALLAH maha Pencipta Perasaan.
Aamiin.

621 total views, 1 views today

Merecek Hawau Kabali Versi Bahasa Melayu
Movie Yang Dah Tonton 2016

One Reply to “Wherever you are, I’m always by your side”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge