Voxscape Mempersembahkan Malaysian Day Acoustic Night

Semasa saya zaman sekolah rendah, bila ditanya. “Apa hobi awak” kebanyakkan pada itu rata-rata akan menjawab bermain bola sepak tidak pun bermain badminton. Jika di ingatkan semula kisah zaman sekolah rendah, oh bertapa rindu nya! Tetapi lain pula pada zaman Teknologi Di Hujung Jari. Saya mengagakan pelajar sekolah rendah bila ditanya hobi mereka. Pasti ini jawapan dijawab “Main Facebook, Twitter dan tengok Youtube”. Tiada salah pun hobi-hobi begini, jika dapat digunakan cara betul dan bermanfaat. Remaja-remaja Malaysia diluar sana ramai sungguh yang berbakat. Bakat-bakat ini dirakam dan dimuat naik di laman sosial salah satu nya seperti youtube. Ada yang suka menyanyi, berlakon, melawak dan lain-lain bakat yang ada. Mereka digelarkan sebagai Youtuber Malaysia. Untuk tidak mempersia-siakan bakat-bakat yang mereka ada, sebuah organisasi Malaysia Youth Talent ditubukan untuk ketengahkan bakat-bakat baru ini kepada orang ramai. Malaysian-Youth-Talent-Live-Performance-Petronas-Solaris-Serdang Pada 15th September 2014 yang lalu melalui kerjasama Voxscape Malaysia, Longan Garage dan juga Clora Studio telah membawa 8 orang bakat baru  Youtuber Malaysia membuat persembahan nyanyian secara akustik bertempat di Petronas Solaris Serdang bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16th September 2014 lalu. Saya yang turut hadir secara langsung di Malaysian Day Acoustic Night, dapat melihat mereka yang selama ini hanya merakam video cover lagu di youtube pada malam itu ada juga yang pertama kali membuat persembahan dihadapan orang ramai dan ada juga yang sudah ada pengalaman tersendiri. Dua orang youtuber kesukaan saya iaitu Azhar Mustapa dengan lagu single “Hanya Kamu” dan Syuhada Najuwa membawa lagu “Rude” versi akustik memang menjadi mimik muka dibuat. Dengan usaha Voxscape Malaysia, Longan Garage dan Clora Studio bakat-bakat ini saya pasti boleh pergi lebih jauh. Jom kita berkenalan dengan kelapan-lapan bakat baru ini. malaysian-youth-talent-youtubers Antara video-video nyanyian mereka di youtube,,
1.  Azhar Mustapa

2. Fero


3. Syida
Maaf saya tak jumpa video anda 🙁
4. Eiyka Sha

5. Ari


6. Syuhada Najuwa

7. Anwar Mohd

8. Razak A’ai

Antara gambar semasa Acoustic Night (Klik Gambar untuk Pembesaran)
Turut hadir pada malam itu Tasha Manshahar, Leen dan Hairul Idola Kecil 4

 

 

Sedikit info mengenai Voxscape, voxscape menyediakan perkhidmatan videographer dan photographer berkualiti tinggi! Selain itu mereka ada live band bersama artis. Pendek kata untuk event management kami lengkap. Halim Brothers @ Hai Blogger sebagai rakan media Voxscape. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan mereka lebih lanjut.

Facebook : Halim Brothers

 

(523)

8,320 total views, 1 views today

Lunch Date Sharif Sleeq bersama Bloggers dan Peminat
Apa Yang Menarik di Youth Bazaar Fiesta

2 Comments on "Voxscape Mempersembahkan Malaysian Day Acoustic Night"

  1. hahaaa.. abg halim search Nur Arina Nnty keluar video Ari

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!