Visit Malaysia 2014 : Melaka Bandar Teknologi Hijau

Melaka

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 751 TAHUN.

Ini la salam perkenalan dari orang negeri Melaka.

Kali ini berpeluang mengikuti trip Cuti-cuti Malaysia bersempena dengan kempen promosi pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2014 bersama sahabat media dan santai travel. Ini adalah pengalaman pertama kali  aku ikut trip travel VMY. Kalau tak silap destinasi Melaka trip ketiga selepas Johor dan Perak.

Kenapa program ini dibuat?

Merupakan satu usaha murni pihak Tourism Malaysia memupuk budaya bercuti secara terancang di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Seramai 40 orang blogger dan media terlibat dalam program ini. Kami berkumpul di MATIC Jalan Ampang dan tayar bas bergolek ke Melaka pada jam 9 pagi.

Bas Persiaran

Kami sampai di Melaka lebih kurang jam 12  tengah  hari dan check in di  Hotel Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil Ayer Keroh, Melaka. Disebabkan ini pengalaman pertama kali aku mengikuti trip travel, banyak perkara aku terlepas pandang. Tapi aku cuba kongsi di sini pengalamanan aku. Sebelum itu, ini akan menjadi panduan aku ataupun kauorang untuk next trip.

1. Membawa camera dan mestila camera dalam keadaan baik serta sentiasa bertenaga (Tak bawa camera rugi, banyak moment2 menarik)

2. Langgan dan on data mobile (Yang ini wajib untuk live update, hehe)

3. Buku nota untuk catatan (U know, Melaka kan bandar penuh sejarah bila dapat tahu sejarah-sejarah Melaka  tak ada buku pula nak tulis nak ingat dalam otak tak dapat la. Kan dah rugi)

4. Merancang perjalanan. (Menepati waktu jadual ditetapkan, baju, seluar, bag apa nak bawa. Bab baju seluar tu aku memang fail sikit. Kadang2 pergi sekejap bawa banyak, pergi lama bawa sikit, hahaha)

5. Bajet Belanja. (Yang ini kena bajet, berapa duit nak di belanjakan, apa barang nak beli nak beli gift ke makanan ke. Jangan boros berbelanja)

Pengalaman 3 hari 2 malam di Negeri Melaka Bandar Bersejarah atau sekarang lebih dikenali Melaka Bandar Teknologi Hijau sangat BEST! Menarik! rugi tak cerita kat kau orang. Yela nak cerita semua tak dapat la, sedikit sebanyak itu ada. Sekurang-kurang dapat beri idea anda yang hendak melancong di Melaka.

Next entri aku akan bercerita secara pecahan :

 Destinasi Hotel dan Taman Tema Bayou Logoon Park Resort

 Keenakan makanan Baba Nyonya dan Persembahan Kebudayaan

 Jom Menyusuri River Cruise

 Taman Warisan Dunia Jonker Walk

  Warisan Dunia UNESCO Old Melaka Heritage

 Taming Sari Tower

Banyak tempat-tempat menarik di negeri Melaka yang boleh anda datang bercuti dan  kunjungi… Terima kasih Sahabat Media, Santai Travel dan tak lupa juga  pihak Tourism Malaysia yang bertungkus lumus memastikan industri pelancongan terus meriah di dalam negara kita.

Kueh Bukan Sebarang Kueh

Kueh Datang Dari Tanjung

Pilih Bukan Sebarang Pilih

Pilihlah Melaka Sebagai Destinasi Melancong

(913)

9,629 total views, 2 views today

Jom Menyusuri Melaka River Cruise
Pengalaman Pertama Kali Borong GM Klang

4 Replies to “Visit Malaysia 2014 : Melaka Bandar Teknologi Hijau”

  1. Banyak tempat menarik boleh dikunjungi di Melaka. Ramai juga gang back packer mengunjungi ke Melaka. Saya harap kerajaan negeri dapat membantu pengusaha yang menawarkan penginapan hostel untuk kumpulan back packer. Mereka tidak sudah duduk dihotel yang ada bintang kerana kebanyakkan masa akan digunakan untuk melawat lokasi menarik dan menikmati makan tempatan. Hostel untuk balik tidur sahaja.
    akubiomed recently posted…Beraya bersama Nuffnang Open House 2014 #NNRayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge