Ultraman Lelaki Besar

ultraman

Ultra + Man, sejenis manusia yang ada kuasa ultra dan boleh membesar sebesar-besarnya bila ada raksasa datang menyerang bumi. Setiap ultraman ini dia ada satu alat untuk di bertukar membesar, ada juga yang jenis ultraman cuma angkat tangan terus bertukar jadi ultraman.

ultraman-fire

Tapi ada dua benda yang aku tak puas hati bila tengok ultraman ini masa zaman aku kecik-kecik dulu. Yang pertama ultraman lambat muncul, raksasa tu dah mengamuk habis dia dah sepak terajang bangunan-bangunan baru la ultraman nak muncul untuk gocoh raksasa tu. Kedua pula baru 2-3 minit gocoh lampu pula berkelip-kelip tanda ultraman dah lemah. Kuat betul raksasa. Bila dah lemah ultraman akan boost kuasa ke tahap kedua lalu beri kuasa fire kepada raksasa. Raksasa pun mati, kahkahkah! Apesal daripada awal je tak fire kan senang terus mati.

ultraman live in genting

Aku rasa macam nak sekeh-sekeh je ultraman ni kalau dia betul-betul wujud. Eh! sekali betul-betul wujud pulak. Tapi versi kecik cinonet la besar-besar kita je. Tiba-tiba aku rasa tak berani nak sekeh, pasal dia bawa geng daaa. Sekali datang 10 ultraman, diaorang akan landing dekat Resort World Genting. Haiya! nak landing dekat Genting Highland je. Lama juga la ultraman-ultraman ini stay dekat Resort World Genting 5 November hingga 6 Disember 2016 dan 7 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017 , ada misi katanya Revenge of Baltan menentang 6 penjahat dan banyak raksasa dari Planet Baltan. Misi mereka cuma satu, menyelamatkan planet bumi dari jatuh ke tangan orang jahat!

tiket-ultraman-live-in-genting-2016

Amacam? Ada sesiapa nak tengok Ultraman Live in Genting? Tapi tak percuma la, ada tiket masuk dan real ultraman daripada Jepun dibawa untuk membuat persembahan-persembahan yang menarik dan lebih banyak kejutan menarik akan dipertontonkan nanti. Ultraman Zero dan Ultraman X yang diketengahkan kali ini.

Tiket untuk Ultraman Live in Genting 2016 – Revenge of Baltan berharga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Setiap tiket akan dapat jam Ultraman.

Peminat Ultraman juga boleh beli pakej tiket Ultraman Show dan penginapan. Harga pakej bermula dari RM169 untuk penginapan di First World Hotel (XYZ deluxe room) dengan dua keping tiket.

Untuk group seramai 4 orang boleh memilih pakej XYZ Triple room yang berserta dengan 4 keping tiket, berharga dari RM278.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi 03-27181118 atau terus ke website www.rwgenting.com

692 total views, 2 views today

AK Ballon Run 3.0 First Run
Melawat Ladang Teh Halia Bentong

2 Replies to “Ultraman Lelaki Besar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge