Tragedi 2014, Eksiden atau Insiden?

Everyhing happens for a reasons

2014, 365 hari yang bakal akan kita akhiri akan datang beberapa minit lagi ke tahun baru 2015. Pelbagai kejadian dan tragedi telah berlaku di dalam negara kita Malaysia. Ini juga menjadi petanda-petanda bumi semakin tua, kita dah semakin dekat ke penghujung zaman.

Oleh itu izinkan saya imbas kembali beberapa tragedi yang telah berlaku di Malaysia, ada juga kejadian-kejadian ini telah menimpa saudara-mara, ahli keluarga, kawan-kawan mahupun diri sendiri agar mengambil iktbar sebalik apa yang telah berlaku.

MH370 Kapal Terbang Yang Ghaib

MH370 carian paling popular

Malaysia telah digemparkan satu berita yang amat mengejutkan malah satu dunia. Kemalangan yang berlaku pada 8 March 2014 penerbangan pesawat kapal terbang MAS MH370 Malaysia ke Beijing. Sehingga ke hari ini 12 orang krew dan lebih 200 orang penumpang boleh diketemu kan lagi. Adakah ia benar-benar berakhir di Lautan Hindi?

Update terkini MH370

Mas hijacked by Ukraine

Saya ada terbaca satu sumber terkini yang mengatakan MH370 disorokkan dibawah tanah dan didalangi oleh 2 orang askar upahan yang terlatih yang merupakan agen CIA. Sejauh mana kesahihan info ini? terpulang pada pembacaan anda sendiri melalui sumber yang telah menulis panjang lebar. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih.

MH17 Ditembak Jatuh di Ukraine

downing-of-mh17

Mh17 sebuah lagi pesawat kapal terbang milik MAS yang dipercayai telah ditembak oleh pengganas dalam perjalanan Amsterdam ke Kuala Lumpur. Berita ini juga memberi impak kuat kepada pihak MAS untuk bertanggunjawab ke atas kematian 280 orang penumpang dan 18 orang krew. Kes ini juga telah melibat kan Polis Diraja Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat (SMART), Pasukan Siasatan Khas, Unit Media dan lain-lain dihantar ke Russia untuk siasatan tetapi mereka menghadapi kesulitan daripada pihak kerajaan Russia. Oleh itu dalam senyap-senyap Perdana Menteri Malaysia telah buat diplomasi secara senyap-senyap dengan  pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan daptatkan kotak hitam MAS serta membawa pulang jenazah/mayat. Kesemua mangsa warganegara Malaysia telah berjaya dibawa pulang dengan secara hormat.

Banjir Bah Pantai Timur

Banjir Malaysia 2014

Pilu rasanya hati ini pengakhiran penghujung tahun 2014, boleh dikatakan seluruh Malaysia sedang mengalami musim hujan. Kesan daripada musim hujan yang berpanjangan ini telah menyebabkan 5 buah negeri sebelah pantai timur telah mengalami bah banjir yang paling dasyat. Jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan Kelantan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).  Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dan menyebabkan terputus hubungan dengan jalan, elektrik, talian telefon dan menyebabkan sukar bagi keluarga mereka untuk menghubungi. Pada masa ini saya lihat ramai rakyat Malaysia yang Prihatin bersatu padu membantu mangsa banjir dengan pelbagai cara.Sumbagan makanan, pakaian, wang ringgit dan juga tenaga. Tahniah rakyat Malaysia! Tuhan nak tunjuk kan sesuatu kepada kita. Renung-renung kan la… Kita mengambil iktibar untuk memperbaiki dan mempertingkat diri. Dimaklumkan juga, terdapat kawasan-kawasan banjir yang telah surut dan kini sedang proses pasca bencana untuk memulihkan dan membangunkan semula.

QZ8501 Air Asia Indonesia Hilang!

Air Asia Hilang

Setelah Malaysia telah digemparkan dengan tragedi kemalangan kapal terbang MAS yang begitu tragik dan mengerikan. Jiran negara kita, Indonesia turut kehilangan pesawat Air Asia QZ8501. Walaubagaimana pun pesawat yang telah hilang itu dijumpai di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika ke barat daya Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah. Mereka menjumpai kira-kira tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan. Tak dapat saya bayangkan perasaan keluarga mereka.

3 tragedi besar yang saya ceritakan diatas atas adalah apa yang telah berlaku di dalam Malaysia dan 1 lagi kejadian yang akan membuatkan ramai orang was-was untuk menaiki kapal terbang selepas ini berlaku di negara jiran kita Indonesia. Tahun 2014 sangat mencabar untuk Malaysia, harapan tahun-tahun akan mendatang akan lebih baik.

Saya pinjam quotes daripda sahabat saya Anwar Abdullah di dalam facebook nya menyebut :

Kuasa alam dah menunjukkan kuasanya. Adakah ini satu petanda? Walaupun berduka, kegembiraan akan muncul juga nanti. Bagaikan pelangi yg muncul selepas hujan.

Dengan kejadian-kejadian yang telah berlaku ini banyak-banyak kita berdoa kepada Allah untuk yang terbaik.

4,748 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • mh 370 dijumpai di bawah tanah
Bergathering Bersama Blogger Sambil Nikmati Makanan Sedap
Hari Peringatan Semadi Tragedi Perang Zhemchug ke-100 tahun

4 Replies to “Tragedi 2014, Eksiden atau Insiden?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge