Tokoh Merlin kali Ke-Empat, Ahli Silap Mata ini buat Magik di Tingkat 57

Mahdi Merlin Award-4

Ahli silap mata tersohor, Mahdi Moudini dilahirkan dan dibesarkan di kota Tehran di Iran. Beliau memulakan aktiviti silap mata di usia muda dan kini sudah lebih pengalaman 30 tahun mempersembahkan seni silap mata. Pada usia 5 tahun Mahdi Moudini diberi latihan oleh datuknya, Ibrahim Moammer dan juga Esmaeil Moammer yang merupakan ahli silap mata terkemuka di Iran.

Nama Dr Mahdi Moudini ini saya mula kenal masa ikut trip media ke Pulau Pinang menonton persembahan ilustrasi memukau Mahdi Moudini di sebuah pelancaran Sky Vista, Setia Spice Penang.

Kemahiran tangan beliau begitu pantas dalam melakukan silap mata tidak kira apa objek yang diguna pakai seperti syiling, duit kertas, tisu, bunga atau tali. Beliau sentiasa bersedia pada bila-bila masa apabila diminta untuk melakukan aksi silap mata. Tetiba pula kan ada orang minta buat magik, so Mahdi selalu siap sedia dan tak sampai hati nak tolak permintaan orang ramai. Sebab tu juga Mahdi merupakan ahli silap mata yang disegani kerana dapat melakukan ilusi yang unik dan ajaib yang kekadang tak terjangkau dek imaginasi fikiran kita. Kekadang tu pelik juga trik-trik yang dibuat tu.

Mahdi Merlin Award-3

Tahniah diucapkan kepada Dr Mahdi Moudini yang telah menerima anugerah “Tokoh Merlin” untuk kali keempat dengan membawa gelaran “Best Show Producing 2015” & “Doctor Of Magic” yang dianugerah oleh badan ahli silap mata berprestij dunia, International Magicians Society (IMS) pada 16 april lepas yang diadakan di Marini’s on 57, KLCC.

1,347 total views, 2 views today

Moringga Plus Superfood
Art in Paradise, Langkawi

2 Replies to “Tokoh Merlin kali Ke-Empat, Ahli Silap Mata ini buat Magik di Tingkat 57”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge