Tiga Buah Rumah Anak Yatim Buka Puasa di JW Marriot Hotel

Majlis Iftar Anak Yatim

Bulan puasa lepas memang rancak dengan jamuan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim. Aku berkesempatan untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim ini dalam 2-3 kali juga la. Yang terakhir 7 hari sebelum raya yang diadakan di JW Marriott Hotel anjuran amelfawzbeaute, mefmoda, @serangkaikreatif dengan kerjasama coolhijabofficial.

Anak yatim

Aku menyokong usaha murni pihak-pihak yang baik hati kesudian mereka menaja makanan berbuka puasa untuk anak-anak yatim dan asnaf. Dalam majlis ini bukan setakat satu rumah anak yatim & asnaf je. Malah 3 buah anak-anak yatim dan asnaf diraikan. Antaranya Rumah Titian Kasih, Rumah Darrul Kifayah & Rumah Limpahan Kasih.

Anak Yatim dan Asnaf

Alhamdulillah insan-insan seperti mereka ini tak diabaikan, diharapkan pada masa-masa akan datang masyarakat ambil berat pada anak-anak yatim ini bukan setakat pada bulan Ramadhan aje.!

Walau apa pun, semoga Majlis Iftar Anak Yatim & Asnaf yang dianjurkan mendapat keberkatan oleh Nya.

Tatie,Ayue,Halim,Rafzan

Tak best benda baik macam ini kita makan seorang-seorang, aku pun ajak lah kawan-kawan blogger yang free masa tu. Yang dapat datang, Izzati Hazrul, Ayue Jean dan Rafzan Tomomi. Thanks korang tau sebab datang bersama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim dan asnaf. Izzati Hazrul jauh-jauh datang dari Seremban tu sanggup datang..

Mak Datin Izzati & Datin Ayue Jean
Mak Datin Izzati & Datin Ayue Jean
Selfie Dulu Sebelum Balik
Selfie Dulu Sebelum Balik
IMG_0906
Kak Nana yang tengah

Terima kasih kepada Kak Nana yang sudi menjemput kami dan anjurkan iftar bersama Anak Yatim & Asnaf ini. Dengar cerita Kak Nana ada spa kecantikkan dekat Bukit Jelutong, Amelfawz Beaute. Tunggu kami datang terjah buat facial treatment yeee…………

972 total views, 1 views today

Sambutan Blogger Raya di Tudia! Char Kuey Teow
Jamuan Hari Raya Famili Ozon Vivie-E Wellness

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge