Tetamu Jemputan Rancangan #SedapMakan TV Al-Hijrah

tv al-hijrah, kompleks pusat islam

Uish! satu lagi pengalaman baru. Pagi-pagi lagi dah sampai ke tempat TV Al-Hijrah. Tak buat apa-apa persediaan. Main redah je dapat jemputan jadi tetamu TV Al-Hijrah untuk rancangan #MakanSedap. Ini gara-gara acul lah ni! padahal dia yang patut pergi dah aku pula yang diminta ganti nya. Acul ini pemalu orang nya sikit. hehehe. Thanks Acul rekemen kan nama aku kat pihak TV Al-Hijrah.

Tapak Sulaiman Warung Bunian

Kalau tak silap, rancangan #MakanSedap ni ada 6 episod. So untuk aku episod kedua kalau tak silap la. Untuk haritu tu aku pergi ada 2 lokasi. Satu dekat Warung Bunian dan Temerloh Catering. Turn aku dekat Temerloh Catering. Memandangkan aku gerak sekali, so kena lah stay dekat Warung Bunian tu.

TV Al Hijrah Warung Bunian

Aku pula tak boleh duduk diam tengok dia orang shooting masa tu tetamu jemputan Aiman Mamat. Lama juga lah shooting memandang tempat tu agak mencabar berbukit sikit. Perut aku dah bunyi kriuk.. kriuk.. selera je tengok makanan dicuba host dan tetamu jemputan. Udang sambal, ketam masak lomak cili api dan macam-macam lagi.

warung bunian tapak sulaiman

Memang terbaik lah Warung Bunian ni, makanan semua best. Ketam masak lomak cili api memang terangkat. Nama tempat ni pun memang WIN, Warung Bunian. Hahaha

Korang jangan pelik eh! jangan pandang sebelah mata tau tempat macam ni nak datang makan kena call dulu tau buat tempahan meja dulu berapa orang nak datang makan. Penuh juga tengok orang datang makan sini, tak henti-henti ada je orang singgah datang makan kat Warung Bunian ni. Lagi satu makanan lain-lain setiap hari, kiranya menu bertukar-tukar setiap hari. Time kita orang datang tu ada masakkan ketam. Memang ngam lah!

Tu belum cerita sarapan pagi lagi tu dengar cerita Nasi Lemak Telur Bungkus, Roti Jiwa Kacau sedap. Harap satu hari nanti dapat breakfast kat situ. hehehe

Next Lokasi : Temerloh Katering

Lepas habis sesi shooting di Warung Bunian kita orang singgah Masjid Putrajaya sebelum meneruskan perjalanan ke Temerloh Katering, Bangi pula. Nama tempat ni Temerloh, ingatkan dekat Temerloh Pahang rupanya dekat Bangi tu je. hahaha

Temerloh Katering is my turn sebagai tetamu jemputan rancangan #SedapMakan Tv Al Hijrah. Hehehe

Temerloh Katering (11)

Temerloh Katering (13)

Berdebar-debar juga lah nak bercakap depan camera, rasanya banyak kelaut. Nasib baik host pandai support. Tercakap ikhlas, Patin Tempoyak masam gila! memang betul-betul original tempoyak itu yang terkeluar kat mulut cakap “masamnya…..” serius memang sedap masam-masam tu yang best.

Ikan Patin ada 2 jenis. Patin Sangkar dan Patin Buah. Terasa manis isi ikan fresh-fresh lagi. Tempat ni memang terkenal dengan kesedapan Patin Masak Tempoyak ni. Ada 2 cawangan satu lagi ada dekat Shah Alam. Selalu juga makan dekat situ tapi tak pernah terfikir nak order Patin Tempoyak ke apa. Mungkin suasana tempat memain faktor agaknya. Shah Alam terasa macam dah familiar lain lah kalau pergi tempat jauh-jauh macam Pahang ke apa memang cari Patin Masak Tempoyak lah cerita dia.

Bukan setakat ada Patin Tempoyak, ikan-ikan sungai lain pun ada juga tau. Fresh-fresh tu yang best. Btw dah ter falling in love dengan pencuci mulut Puding Raja, sedap gilos! sampai lupa nak ambik gambar. Sampai sekarang terasa craving lagi.

IMG_4623

uitm student

Thanks UITM Student! Chika, Iera & Siti

Sebelum pulang balik, makan pun dah kenyang, kami ambil gambar kenang-kenagan di depan Temerloh Katering. Oh Yeah! Meriah….

Temerloh Katering Bangi

Chika yang senget dan Iera Yang Sweet.

Chika yang senget dan Iera Yang Sweet.

Bersama Krew TV Al Hijrah

Bersama Krew TV Al Hijrah

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak kerana telah sudi menjemput saya sebagai tetamu jemputan rancangan. Oh! untuk pengetahuan korang rancangan #SedapMakan ini untuk FYP projek UITM Student course Masscomm. Good Luck tau korang! Bila-bila ada masa boleh jumpa lagi. 😀

(2)

1,190 total views, 1 views today

Stim, Grill dan Pembakar Arang BBQ Steamboat
Seafood dan Steamboat Buffet Bukit Bintang

1 Comment on "Tetamu Jemputan Rancangan #SedapMakan TV Al-Hijrah"

  1. sedapnya…… warung bunian tu memang femes.. nasi lemak dia tu trademark…!
    bukharimalek recently posted…7 Tempat Menarik Untuk Dilawati Sekitar China SelatanMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!