Tengok Wayang Seorang Diri

Semalam lepas lepak makan-makan dekat Nu Sentral tetiba teringin nak tengok wayang. Rasa bahagia sangat ada wayang yang dekat walaupun macam agak kemut sikit nak keluar duit tengok wayang. hihihi

Apalagi jom naik tingkat 5 paling atas ada GSC Cinema tengok cerita apa yang best. Aku tengok ada cerita best, Dragon Ball Z: Resurrection F nak tengok Dragon Ball lah lepas tu aku terus menuju ke kaunter tanya what time movie dragon ball ni? “Aduh aku dah terlepas pukul 7.30pm tadi, next show pukul 10 lebih memang tak lah nak tunggu. Try tanya Pilot Cafe pula, ramai yang kata best. Lambat juga tayangan pukul 9.30pm, masa tu baru pukul 8.00pm tak kuasa aku nak tunggu satu jam lagi, adoi….

Ada satu cerita tayangan pukul 8.00pm tajuk cerita Helios, aku tanya orang dekat kaunter tu best ke cerita ni. Dia cakap cerita Hong Kong. Dah alang-alang teringin nak tengok wayang, tengok jelah yang ini. Aku risau je cerita ni tak best je membazir duit beli tiket. Tengok seat pun banyak kosong, kosong sebab hari isnin dah.. hahaha. Hujung minggu kompom ramai orang ni.

Helios

Masuk hall memang kosong, sikit je orang. Aku dapat seat tengah-tengah bahagian atas tengah-tengah juga seat faveret aku ni. Mula-mula tu macam jual mahal, bahagian awal-awal tak tengok sangat. Yelah! cerita tak ada promo, trailer pun tak tengok. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset, best pulak movie Helios ni!. Penuh dengan aksi tembak menembak, semua watak serius je. Tapi satu je, part ending dia macam ada sambungan.. Adoi.. Kompom sambungan ni nanti aku tengok lagi.

Untuk korang nah tengok trailer dulu. Confirm puas hati best.

pssst : Ada 2 movie omputeh bakal keluar nanti tengok trailer boleh tahan best! Tommorowland dan satu lagi Mad Max: Fury Road. Semoga dapat tiket premier screening & t-shirt hohoho boleh buat koleksi.

Pilot cafe nanti nak bawak seorang bunga la tengok sekali, kata cerita ni romantik ek?..

1,735 total views, 1 views today

Review Movie Paul Blart Mall Cop 2
Tayangan Amal Perdana Isyarat Cinta

5 Replies to “Tengok Wayang Seorang Diri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge