Tengok Wayang : Ia Wujud

Dah lama aku tak tengok wayang, kebetulan nampak blogger Dedeq DE Wishes  so join sekaki la.

Aku macam tertarik la nak tengok cerita hantu-hantu ini kan. Kebetulan ada satu cerita ini tajuk dia Ia Wujud. Rasanya macam dah seram dah bila baca jalan cerita dan tengok poster movie, boleh la layan ni.

IA WUJUD
IA WUJUD 15 Mei 2014

Tak ke seram kalau ada unsur-unsur upacara memangil hantu dengan telur rebus, colok dan mantera2, busuk-busuk boleh la nampak bayangkan. Gentel betul berani depa ini. Tu aku rasa tercabar nak tengok ini cerita..

Cerita nak mula dah ni, kami diingatkan untuk menonton sehingga habis kerana dihujung cerita ini ada doa penutup.

Diaorang ada 5 orang lokasi yang depa pergi pun bukan calang-calang tempat  Taman Tema  Mimaland yang ditutup sejak tahun 1994 lagi sebab ada kes kematian kat sana.

Mula jalan cerita, depa berlima ni degil nak masuk juga dalam Taman Tema terbiar tu! Penjaga taman tak bagi tapi serius memang annoying betul. Lagi-lagi yang selembut tu.. PERGH!!! Dalam berlima-lima depa ni ada seorang lembut, rasa nak bagi makan selipar ja! hahaha

Akhirnya depa dapat pun masuk dalam, so tujuan depa masuk pun memang nak memanggil kan.  Permainan pertama yang depa main untuk memanggil Spirit of the coin.. chait! Syirik betul.. Ok2 takapa kita layan ja dulu tara mana hantu satg keluar..

Spirit of the coin
Spirit of the coin

Yang silembut tu pula buat spoil nak terkencing bagai, last-last game tu jadi boring.

pemujuaan pocong
pemujuaan pocong

Next Pemujaan Pocong dan Pontianak…. Pergh, babak yang dinanti-2 kan mesti seram gila ni.. Lol! pun sama juga boring, bosan, tak ada apa pun last-last ending cuma kena rasuk tu ja.. Tapi part yang pocong ini sampai mencabar suruh keluar, tapi tak ada apa pun. Aku pun tak mood nak cerita lebih-lebih. Lagi-lagi yang kata ada doa penutup, tak ada pun!

Tak caye? Pergi tengok sendiri di pawagam berdekatan anda, segala risiko ditanggung sendiri.. 😀

(3032)

12,464 total views, 1 views today

Fazura dan Shaheizy Sam bercinta di Cappadoccia

2 Replies to “Tengok Wayang : Ia Wujud”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge