Tempat Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan yang Ekstrem

gut-builder

Kalau stress nak buat apa? Mesti ramai yang tercari-cari untuk cara melepaskan stress. Biasa kan kita dengar kalau stress pergi ke tengah pandang dan menjerit sekuat hati. Lepas tu akan rasa lega selega lega nya. Tapi cara ini tak ramai yang berani buat sebab takut dicop orang gila. Paling tidak pun bila stress makan sebanyak-banyaknya sampai tak ingat dunia. hahaha. Lepas tu tengok berat badan naik, stress jugak. hahaha

Stress atau dalam bahasa melayu ye tekanan perasaan yang tak terlepas setiap semua orang dekat muka bumi ni. Orang gila je yang tak stress.. Hari-hari gelak je kerja dia, aku pulak yang stress tengok. hahaha. Aku pun tengah stress sebenarnya ni, bukan cakap aku jela yang stress rata-rata pun tengah stress gila tiap-tiap hari yang mendatang penuh cabaran dan dugaan.  Tak kira la sama ada orang makan gaji atau yang buat bisnes.

So apa aku buat untuk hilangkan stress? Lompat.. lompat.. lompat tinggi-tinggi. hahaha. Serius boleh hilang stress. Tapi jangan pulak engkau lompat terkinja-kinja dekat atas tanah pulak.. Ini kita lompat-lompat dekat tempat khas. Korang pernah dengar EnerZ Indoor Trampoline Extreme Park? Ahhh! ini la tempat untuk kita lompat tinggi-tinggi untuk lepas kan stress.. Hahahah..

First aku pergi tempat ni, mak aiii! besar gila tempat ni. Dikatakan tempat ini besar seluas 80,000 kaki persegi dan merupakan salah satu di antara Indoor Extreme Park yang TERBESAR di Asia. Ingat kan tempat untuk lompat-lompat je rupanya banyak lagi benda-benda extreme boleh buat dekat sini. Ada Free Jump, Foam Pit, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Wall Climbing, Gut Builder untuk kanak-kanak dan juga basketball dan badminton court. Yang terbaru, EnerZ menambah tiga platform baru yang lebih mencabar, iaitu Gladiator, Meltdown dan Ninja Warrior. Siapa suka buat aktivi lasak wajib kena layan tempat ni.

See!! Pilih je mana satu yang korang nak untuk lepaskan stress. Hahaha. Tapi dalam banyak-banyak tu aku sempat cuba 2 benda ni je Free Jump dengan Foam Pit. Punya la nak lepaskan stress aku lompat-lompat tinggi setinggi nya. Dalam setengah jam juga la main lompat-lompat lepas tu pening kepala. hahaha. Maybe badan terkejut tetiba buat benda yang tak pernah buat. BTW korang tak payah risau la nanti ada coach yang ajar cara lompat yang betul. Bila dah dapat cara yang betul nak lompat baru la rasa best lompat-lompat ada skill.

Macam mana? Lepas ni kalau stress dah tau nak buat apa? Kita buat sukan ekstrim dan mencabar baru la best. Pasal risiko keselamatan  tak perlu bimbang, tempat ini dah dibina dengan keselamatan yang baik.  Datang sini jangan datang seseorang, kalau korang nampak kengkawan ofis korang pun muka kelat semacam dia tengah stress la tu dengan  kerja berlambat dekat ofis tuu. Apa kata korang cadangkan dekat bos korang untuk buat teambuilding dekat EnerZ Indoor Extreme Park ni juga sesuai untuk buat teambuilding organisasi atau company.  Dekat situ kita boleh nampak masing masing dapat release tension dan berkerjasama dalam kumpul bila kita buat teambuilding.

Untuk harga masuk ke sini sangat murah dan berbaloi iaitu;

OFF PEAK (3 jam / weekdays)

Universal Pass : RM39.00
Universal Pass + Return Ticket Special : RM 49.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM117
Group of 8 Passes: RM240 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM560 (RM28 each)

PEAK (2 jam / weekends, public holidays, school holidays)

Universal Pass : RM46.00
Universal Pass + Return Ticket Special : R59.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM138
Group of 8 Passes: RM288 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM680 (RM28 each)

Untuk yang menaiki public transport jangan risau, naik je LRT Taipan (Putra Height lane), kalau dari KL Sentral – Taipan baru RM4.10 lepas tu dari station LRT boleh naik UBER/GrabCar/Taxi atau jalan kaki je macam saya tadi! Setakat 1 KM je jarak LRT ke EnerZ ni apa lah sangat berpeluh sikit. Warm up sebelum main trampoline kan?

Alamat ke sini ialah:
EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066
Website: www.enerz.my

1,479 total views, 1 views today

Sebab Benda Ini Mengimbau Zaman Kanak-Kanak Aku
Jika Diabaikan Kanak-Kanak Ini Apa Akan Jadi

7 Replies to “Tempat Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan yang Ekstrem”

  1. Terima kasih untuk berbagi Anda!
    Berbeda wahana hiburan dapat bersantai diri kita sendiri dan benar-benar dapat menghilangkan stres dan mengurangi tekanan!

    Anda begitu baik untuk berbagi ini!

  2. Saat ini, laju kehidupan terus meningkat dengan kemajuan teknologi dan pengembangan masyarakat, sehingga semakin banyak orang berada di bawah tekanan. Dan tekanan menjadi lebih besar dan lebih besar! Yang lebih parah, beberapa orang tidak dapat menyesuaikan tekanan dan merugikan diri mereka sendiri! Jadi itu perlu untuk menemukan cara yang cocok untuk eleminate stres! Menurut pendapat saya, bersenang-senang di taman dapat bersantai diri kita sendiri dan melatih diri kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge