Mek Mulung Putera Cahaya Bulan Mati Dibunuh

Satu lagi pengalaman baru dan pertama kali saya. Apa pula kali ini? Best sangat walaupun baru 3 tahun menulis blog bermacam-macam pengalaman baru dapat saya rasakan. Tapi kali ini pengalaman pertama kali saya dapat jejak kaki ke Istana Budaya.

Sejarah Istana Budaya ini bermula pada tahun 1964 lagi, lepas itu dijadikan sebagai Pusat Kebudayaan Kebangsaan diserahkan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Mek Mulong

Dekat Istana Budaya banyak pertontonkan panggung sari dan pementasan teater. Bila dapat jemputan untuk menyaksikan teater Mek Mulung terasa teruja sangat walaupun pada mula agak keberatan sebab waktu pementasan diadakan pada waktu malam.

Sejarah Mek Mulung

Mek Mulung (juga disebut Mek Mulong) ialah teater tradisional masyarakat Melayu berasal dari negeri Kedah Darul Aman. Mek Mulung dipercayai bermula di Ligor, Siam dan berkembanberkembang di Kampung Wang Tepus, Tanah Merah, Jitra, Kedah. Teater tradisional ini mengagabungkan unsur-unsur lakonan nyanyian, tarian dan muzik dalam satu persembahan.

Dalam cerita hikayat Mek Mulung pada asalnya terdapat 20 himpunan cerita hikayat di antaranya Putera Cahaya Bulan menjadi naskah pertama Mek Mulung dipentaskan di Istana Budaya dan ternyata memukau dan membuatkan penonton terpaku menyaksikan persembahan yang mantap.

Teater tradisional ini telah diiktirafkan sebagai warisan negeri Kedah, oleh Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) maka dengan kerjasama Grup Teater AKRAB serta Istana Budaya menggalas amanah di Pangung Sari, Istana Budaya.

Rakaman video pementasan teater Mek Mulung tahun lepas.

Jalan cerita sama, cuma pelakon berbeza dan olahan cerita sedikit berubah dengan tahun ini.

Rasanya tahun ini lagi mantap dan lagi lama pementasan nya. Lagi banyak props yang digunakan daripada tahun lepas tengok kosong atas pentas.

Pelakon pun mantap tahun ni ada Arja Lee (Putera Cahaya Bulan), Shamsun Nadia (Puteri Cahaya Bulan) sebagai tonggak utama pementasan dan Izreen Azminda sebagai gadis desa.

Kesudahan cerita ini, Puteria Cahaya Bulan diselamatkan 2 orang yang pandai berubat dan membalas dendam kepada Tok Moh.

1,827 total views, 1 views today

Bijak Wang Dr Niki Shuhada Shukor
Mahdi Moudini Turun Penang, buat Persembahan Ilustrasi Memukau

2 Replies to “Mek Mulung Putera Cahaya Bulan Mati Dibunuh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge