Tarikh Rasmi Sepetang Bersama Blogger 2015

 

norfanil sbb

Sekalian kali aku potong queue entri-entri lain untuk beri laluan tulis tentang hal ini. Petang tadi sempat aku ke press conference Denaihati Network di Concorde Shah Alam bagi mengumumkan tarikh rasmi Sepetang Bersama Blogger (SBB). Ini merupakan penganjuran kali yang ke 4 yang dianjurkan oleh pihak Denaihati Network Sdn Bhd.

sepetang-bersama-blogger-2015

 

Dengan ini mengumumkan Sepetang Bersama Blogger 2015 anjuran Denaihati jatuh pada tarikh *dumdumdum (bunyi gendang)

…  13 Jun 2015 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya. Nampaknya tahun ni team Denaihati memilih lokasi Putrajaya katanya ingin membawa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun lalu. Sesi pagi diadakan acara treasure hunt, pagi-pagi lagi woi dah kena treasure hunt amek kaw cargas-cargas! kompom kena bawa baju lebih ni. Kalau tak nanti masuk sesi petang ada Blogger Sharing Session baju bau berbau tu. Disebabkan buat dekat Putrajaya, pukul 8 pagi pula tu.. Macam kena cari hotel bajet Putrajaya la pula, kalau tak kompom lewat sampai. Mungkin boleh share-share dengan blogger-blogger yang datang dari jauh-jauh kena stay hotel ke boleh ler tumpang sekali kan. huhuhu

Seperti biasa, untuk menarik minat lebih ramai orang sertai SBB ada cabutan bertuah berupakan iPhone 6, Samsung Note Edge dan macam-macam lagi hadiah menarik menanti para peserta yang menyertai SBBYEOS2015 pada tahun ini. Pagi tu pastikan korang jangan datang lewat lah sebab ada hadiah wang tunai RM5000 turut disediakan pada peserta yang join aktiviti menarik treasure hunt ni nanti. Aku aim iphone 6 tu ja, semoga ada rezeki aku nanti di SBB. Kena pasang niat siap-siap.. 😀

Sekali lagi Yeos menjadi penaja utama SBB pula bersama-sama penaja yang lain The Stumbs, eQurban Resoursces Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya. Kalau-kalau ada hotel yang berdekatan Putrajaya nak menaja blogger pun apa salah nya.. huhuhu

Selain daripada ada hadiah iphone 6, Samsung Note Edge, gopro hero 4 pun ada tau sebanyak 3 unit untuk 3 pemenang yang sertai Yeo’s Sitkom Blog Kontes yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s sendiri. Sama-sama kita nantikan pengumuman kontes ini daripada pihak denaihati.

Rakan-rakan blogger sudah mulai mendaftarkan diri bagi sesiapa yang berminat ke majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 yang sudah dibuka pada hari ini melalui blog rasmi SBB www.sbb.my. Yuran RM30 dikenakan pada setiap peserta, lebih RM10 berbanding tahun lepas. Maklumkan hadiah pun gempak-gempak. Jumpa korang disana ya….

1,163 total views, 1 views today

Beramal bersama Bintang & Menangi Duit Raya dari Yeos
Yaya Rosly Fashion Designer Kecik Molek

4 Replies to “Tarikh Rasmi Sepetang Bersama Blogger 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge