OMGFEST Y.E.S VAPE 36 Jam Bakal Gegar Industri Vape Yang Suram

cloud skill, omg YES VAPE

cloud skill, omg YES VAPE

Di awal kemunculan vape dulu serius meriah betul. Macam-macam jenis MOD dan flavour keluar. Macam biasa la ada pihak-pihak yang tak senang hati sampai kerajaan kena masuk campur dan halang aktiviti vape. Selepas tu aktiviti vape terus suram.

Vapefest 2015 Shah Alam

A photo posted by VapeFest (@omgvapefest) on

Teringat dulu ada satu vapefest anjuran OMG FestMasa tu buat di Shah Alam Convenction Center. Sempat juga untuk aku buat coverage live update. Memang meriah dengan asap-asap vape yang wangi-wangi. Masa Vapefest ada satu MOD dibida oleh AC Mizal RM45,000. Omak kau! terbeliak biji mata aku. Masa bidaan tu aku ada memang berlawan-lawan antara satu company vape dengan Dato Ac Mizal. Bidaan ni gara-gara Datin Emylia minta lawan harga lagi tinggi. Hahaha

Selepas event Vapefest dekat Shah Alam ini, ada beberapa lagi event vape anjuran OMG Fest tapi aku tak sempat nak follow semua. Yela tengok industri vape pun dah suram. Aku ingatkan dia orang dah give up! Eh! Alih-alih hujung tahun ini ada satu lagi event vape besar-besaran akan dibuat, dekat Shah Alam juga. 36 jam non stop! Kau rasa? Timing dia orang pilih pun macam cantik juga kena tarikh ambang tahun baru 2017, so boleh la sekali sambutan tahun baru kita ber vape! tukar style bunga api ke vape. Asap juga! hahaha

OMGFEST Y.E.S VAPE 36 hour Non Stop!

omgfest YES VAPE 2016!

Event penutup bagi tahun 2016 dan juga pembuka tahun baru 2017 jom beramai-ramai ke Omgfest Y.E.S Vape bertarikh pada 31 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017 bakal diadakan di Iktema Resort & Convention Center, Shah Alam. Jom kita raikan sekali dengan sambutan tahun baru. Tahun lepas sambutan tahun baru aku di atas Menara Kuala Lumpur tengok bunga api, kali ini sambutan dengan event vape.

Kenapa Kena Datang Y.E.S VAPE Fest?

event vape terbesar malaysia

Ada 5000 doorgift, COILART CAP sebanyak 500 pengunjung awal, hadiah, game  dan banyak lagi.

Pertama kali di Malaysia event Vape 36 JAM tanpa henti. Hanya untuk kaki vapor! Ada 80 PENJUAL dan LEBIH  100 jenama menyertai (tempatan dan luar negara) Pastikan korang ingat dan lock tarikh siap-siap unutk datang dan menyertai keseronokan bersama!.

Penuh dengan aktiviti seperti Pertandingan Karoake, CLOUD & TRICKS COMPETITION, CABUTAN BERTUAH,  ARTIS & SELEBRITI dan juga jangan terlepas unutuk meraikan tahun baru bersama-sama kami. Turut ada memeriahkan event kita ada inhouse spin DJ iaitu DJ Rangga!

Masa entry blog ini ditulis ada lagi masa 7 hari lagi sebelum event bermula,

Jika korang ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi nombor dibawah atau email atau tanya soalan di facebook event.

year end sale vape
PERTANYAAN: + 6011-2626 1656 (DAZ) / + 61.019-2.277 778 (PJUL)
EMAIL: SALES@OMGFEST.COM.MY
Facebook : OMG FEST, Vapefest
Event : Omgfest – YESV8

1,174 total views, no views today