Syoknya Bercuti Ke Langkawi

pulau-langkawi-permata-kedah

Where we go? Ke mana lagi kalau bukan ke pulau yang terbesar di Malaysia iaitu Pulau Langkawi. Yeay! Dikenali juga sebagai Pulau Lagenda kerana sarat dengan sejarahnya dan sangat kaya dengan alam semulajadi yang masih terpelihara. Pulau yang kaya dengan misteri ni tak pernah jemu dek pengunjung dan tak kira musim apa pun tetap ramai orang, baik dari pelancong luar mahupun tempatan.

langkawi-hotels-cenang

Selain mempunyai pulau-pulau yang cantik, kewujudan Langkawi Hotels yang menarik di sekitarnya juga menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan yang paling popular. Aktiviti apa yang seronok? Please laa guys, banyak sangat kot aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Im sure korang pasti tidak akan menyesal dengan aktiviti yang disediakan di sana.

pantai-cenang-langkawi
http://www.langkawi-info.com/cenang

Yes truelly, have so many fun things to do in Langkawi but better korang senaraikan dulu dan rancang aktiviti apa yang korang nak buat di sana nanti. Bagi korang yang sukakan suasana yang meriah dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan hanya di satu tempat, aku suggest-kan korang visit ke Pantai Cenang. Ia merupakan sebuah pantai yang cantik dan popular. Selain mandi laut dan berkelah, korang juga boleh cuba melakukan aktiviti sukan air seperti jetski, berkayak, parasailing dan banana boat. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan pelancongan seperti hotel, resort dan chalet untuk penginapan, restoran dengan pelbagai pilihan makanan, operator pelancongan serta perkhidmatan kereta sewa.

langkawi-night-market
http://www.langkawi-info.com/shopping/night-markets-langkawi.htm

Selain itu, kalau bercuti ke Langkawi, korang jangan terlepas untuk singgah ke Night Markets Langkawi kerana terdapat pelbagai aneka makanan yang korang boleh rasa, pakaian serta pelbagai barangan lain dengan harga yang sangat murah. Apa yang best lagi, pasar malam ni buka pada tiap-tiap hari cuma tempatnya saja berlainan. So, hari-hari korang dapat makan makanan yang best-best.

padang-matsirat-nightmarket

Antaranya, ada gerai yang menjual pelbagai jenis ayam percik, somtam, kuih tradisional, kuih moden dan banyak lagi. Bukan setakat bersih saja, tapi masyarakat dan penjualnya sangat peramah dan mesra. Dengan pelbagai pilihan yang ada di sini, tak hairanlah jika ramai pelancong asing yang turut ambil kesempatan untuk berkunjung ke sini dan mencuba pelbagai variasi makanan tempatan yang murah.

Langkawi-Island_Hopping-Pulau-Beras-Basah
Island Hopping – Pulau Beras Basah Langkawi

beras-basah-langkawi

Korang suka island hopping? Kalau suka, yes kita geng! Bagi korang yang tak pernah lakukan aktiviti ni lagi, korang patut cuba sebab island hopping adalah the best things to do in Langkawi. Korang boleh ambil pakej menaiki bot yang telah disediakan dan korang akan dibawa ke beberapa tempat tarikan utama seperti Pulau Beras Basah.

pulau-singa-besar

Di sini korang boleh berehat, berjalan-jalan di tepi pantai atau mandi laut. Korang juga pasti akan terpesona dengan kecantikan hutan semulajadi yang menghijau nyaman. Seterusnya, korang akan dibawa singgah ke Pulau Singa Besar yang merupakan habitat semulajadi burung helang, monyet dan juga beberapa spesis haiwan lain. Aktiviti menarik di sini adalah korang dapat melihat gelagat helang menyambar makanan yang dilemparkan ke dalam laut. korang juga akan dibawa ke Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan tasik air tawar yang luas dan menarik. Korang boleh melakukan pelbagai aktiviti air yang disediakan seperti meredah hutan, berkayak, mengayuh bot dan mandi-manda.

oriental village
http://www.ronanpalliser.ie/blog/2009/08/29/oriental-village-langkawi

Seterusnya, korang juga boleh kunjungi ke Oriental Village Langkawi yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Agak rugi juga tau kalau korang tak berkunjung ke sini kerana terdapat banyak tempat menarik seperti Sky Cab, Sky Dome, Sky Adventure Park, F1 Simulator dan banyak lagi. Korang juga boleh cuba beberapa aktiviti tasik yang menyeronokkan seperti roller orb, orb ball dan water bike.

galeri-produk-langkawi

Selain daripada tarikan gambar-gambar yang unik di 3D Art Museum, korang juga boleh lawati ke Galeri Produk Langkawi yang mengumpulkan pelbagai produk tempatan seperti ukiran kayu, barangan seramik, kristal, ukiran pisau dan keris, produk dari tempurung kelapa dan buluh, lukisan serta lain-lain lagi. Kalau nak mudahkan lagi perjalanan percutian korang, apa kata korang try check this link out, https://www.traveloka.com/en-my/ untuk book bilik pada rate yang paling best. Okay, have fun korang!

Kalau jumpa dekat Langkawi tegur-tegur la.  😎

3,568 total views, 6 views today