Selfie & Welfie Contest bernilai RM1000

Korang Raja dan Ratu Selfie? Dulu kalau korang selfie tak ada faedah yang boleh dapat pun. Sekarang kalau korang selfie korang berpeluang untuk merebut daripada wang tunai RM1000. Siapa nak bagi betul? Kerja pun senang, tangkap gambar upload dekat Instagram. Siapa nak?

Berminat nak tahu lebih lanjut? Baca sampai habis ye.

Rugi bagi korang yang belum kenal lagi Susu Kambing Baraka! yang mempunyai pelabagai khasiat. Apa kata korang cuba sekotak dulu, nak coklat, strawberry, kolagen atau asli? Korang boleh pilih yang mana korang suka.

Contest Selfie

Susu Kambing Baraka sekarang tengah giat buat photobooth untuk pembeli-pembeli barangan Baraka ambil gambar bersama produk Susu Kambing Barak. Yang best nya, lepas ambil gambar boleh menang duit. Tapi, nak menang ada syarat nya sikit.

Peluang masih lagi terbuka. Senang je nak masuk.

baraka contest

 

Terma & syarat:
1. Beli Susu Kambing BARAKA di Giant, Cold Storage atau Mercato di semenanjung Malaysia.
2. Selfie/wefie bersama produk dan bukti pembelian (resit) mesti berlatar belakangkan Giant, Cold Storage atau Mercato. Upload gambar selfie / wefie anda di akaun instagram/facebook anda dengan hashtag‪#‎barakashoppe‬ ‪#‎barakacontestselfietagwin‬
3. Cipta sebuah Slogan tidak melebihi 15 patah perkataan: “Saya suka Susu Kambing Baraka kerana …………………………
4. Whatsapp gambar selfie / wefie bersama butiran peribadi (nama, no i/c, no tel, ID facebook/instagram) anda ke no. telefon 018-3267978.
5. Sila ‘public’ kan akaun facebook/instagram anda untuk kami verify penyertaan. Sekiranya anda tidak ‘like/follow’ akaun facebook/instagram kami, penyertaan anda secara automatik akan disingkirkan.
Segala keputusan adalah muktamad.

Sila ‘follow’ instagram @barakashoppe

Cepat hantar penyertaan korang tau. Jangan jeles kami dah bergambar dulu dengan produk Baraka dekat Cold Storage Sunway Putra Mall ni ye. Kalau korang nak kena tunggu next location roadtour Baraka, ok? 😉

(0)

1,168 total views, no views today

Susu Kambing Baraka Sedap Lagi Lazat

Susu Kambing Baraka
Sis Hanny Abdullah sedang minum Susu Kambing BARAKA

Korang tahu tak yang susu kambing lebih baik daripada susu lembu kerana struktur molekulnya lebih hampir dengan susu ibu? Ini fakta yang tak ramai orang tahu. Ini yang nak beritahu pada semua orang. Perkara ini saya tahu semasa event pengenalan Susu Kambing Baraka. Kami diperkenalkan tentang kebaikkan Susu Kambing Baraka.

Perisa Coklat
Perisa Coklat

Saya suka minum susu tapi saya suka susu yang dah ada perisa macam coklat dan strawberry susu putih berkrim tu uweerk! tak boleh minum. Kebiasaan orang perempuan yang suka minum susu berkrim putih tu.  Susu-susu ini diperoleh daripada susu lembu. Sebenarnya susu lembu ini tak berapa bagus berbanding susu kambing. Ini orang kita ramai terlepas pandang. Susu kambing susu kedua terbaik selepas susu ibu, susu ketiga terbaik susu unta dan seterusnya baru susu lembu. Jangan minum susu lembu nanti DNA lembu melekat dekat kita. *melawak je.. hehehe

Lagi satu orang kita ni agak skeptikal juga lah dengan susu kambing kata nya bau hamis, tak sedap lah, meloyakan lah dan macam-macam alasan dikatakan bila nak bagi cuba minum. Tapi saya minum Susu Kambing Baraka ini ok je! tak ada berbau hamis, sedap dan ada macam-macam perisa.

Susu Kambing Baraka mempunyai 4 variasi perisa, perisa asli, coklat, strawberi dan untuk kecantikkan kulit Susu Kambing Baraka Kologen.

Pek Susu Kambing Baraka

Kelebihan susu kambing BARAKA Kolagen keluaran syarikat mozacmedicare dihasilkan bersama prebiotik inulin, kalsium yang tinggi juga diperkaya dengan marin kolagen bertindak untuk memperbaiki replikasi sel-sel baru. Untuk merangsang sel-sel minda pula anda dicadangkan minum susu kambing BARAKA Coklat dan Strawberry kerana mempunyai inulin dan kalsium yang tinggi serta diperkayakan dengan DHA. DHA ini yang bertindak merangsang sel-sel minda. Daripada kesemua variasi kalau anda mencari kandungan kalsium tertinggi perisa Asli sesuai untuk anda. Kepada yang bukan pengemar susu cuba minum perisa vanilla kerana anda tidak akan perasan yang anda sedang minum itu adalah susu kambing.

Pengurus Jualan Mozac Medicare
Pengurus Jualan Mozac Medicare

Menggalakan orang ramai minum susu kambing, syarikat mozacmedicare juga menghasilkan aiskrim dan ice blended daripada susu kambing BARAKA kolagen. Secara tak langsung aiskrim BARAKA mempunyai inulin, kolagen serta khasiat susu kambing. Buat masa ini BARAKA SHOPPE atau kiosk ais krim BARAKA beroperasi di Melaka International Bowling Centre, MITC Air Keroh Melaka dan akan juga beroperasi di outlet-outlet Giant tepilih di seluruh Malaysia.

Anda yang mementingkan kesihatan tetapi tidak sempat untuk bersenam atau beriadah, BARAKA BEAUTY DRINK produk minum kolagen alternatif yang baik diformulasikan dari marine kolagen disamping serat anggur, amat sesuai bagi mereka yang ingin mengurankan berat badan atau ingin mendapat berat badan ideal tanpa mengabaikan kecantikan kulit.

Bersama En Faisal Pengarah Urusan Mozac Medicare
Bersama En Faisal Pengarah Urusan Mozac Medicare

Tidak perlu risau, semua produk BARAKA mendapat pengiktirafan HALAL serta MeSTI. Di kilangkan mengikut piawaian yang ketat bagi memastikan kualiti produk BARAKA sentiasa terbaik. Semua produk BARAKA tidak mempunyai gula sesuai dengan tema “Tasty Yet Healthy”.

Macam mana nak beli Susu Kambing BARAKA?

Beli Susu Kambing Baraka

Produk susu kambing BARAKA 650gm boleh didapati di seluruh ragkaian Giant, Cold Storage dan Merchato di Semenanjung Malaysia. Anda yang tak sempat nak keluar ke mana-mana jangan risau Susu Kambing Baraka boleh dibeli secara online di facebook Baraka Shoppe, instagram Baraka Shoppe atau whatsapp 018-3267978 / telefon 03-51037657. Order online hanya boleh didapati dengan pek pengenalan susu kambing BARAKA 200gm, pek pengenalan BARAKA BEAUTY DRINK 375GM.

(0)

1,961 total views, 0 views today