Dapatkan Buku 7 Steps FB Ads Percuma dan Update Siri Jelajah SifuFBAds Akan Datang

Telah berlangsungnya sidang media SifuFBAds yang banyak cerita pasal ‘Seminar Intergrated Marketing’  (SMI) dan akan membuat ‘Siri Jelajah FBAds 2017’. Fokus seminar SMI ni ialah untuk memperkenalkan kepentingan pemasaran jenama dengan cara gabungan ‘online dan offline’, ‘offline ke online’ dan ‘online ke offline’.

Mengikut apa yang Encik Mohd Affandy Saadon, iaitu CEO SifuFBAds atau dipanggil Sifu Eddy,  kajian yang mereka dah buat membuktikan bahawa 78 % usahawan masih tak gunakan platform online untuk mempromosikan perniagaan dan jenama mereka.  Dan mereka berisiko tinggi untuk gulung tikar atas sebab ni.  Mereka hanya mengharapkan orang lalu lalang atau walk- in customer semata-mata. Ini salah satu sebab kenapa  bisnes tak berkembang. Jadi seminar ini akan membantu para usahawan  untuk memajukan lagi bisnes mereka dan menjadi jutawan macam jenama De’Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil, Mewangi dan banyak lagi yang mula dari kecil sampailah jadi femes dalam online bisnes ni.

Dalam sidang media itu juga dijemput dua orang pelatih SIfuFB Ads iaitu Sifu Shafiq dan Sifu Shazwan. Mengikut apa yang dikata kan oleh Sifu Shafiq,  antara tiga masalah utama  bisnes tidak berjaya iaitu:

1) Tidak tahu mempromosi bisnes dengan cara yang betul

2) Tidak sedar dengan persaingan yang sengit jadi mereka tidak tahu inisiatif menggunakan FB sebagai platform

3) Spend banyak duit tetapi dapat hasil yang sama sahaja (biasa-biasa)

Fokus Siri Jelajah FBAds 2017 ialah untuk menyampai dan berkongsi ilmu mengenai FB Ads kepada mereka yang berada diluar KL. So far dah buat di sekitar Johor Bahru dan Kota Bahru pada 18 Feb dan 11 Mac. Kemungkinan besar akan diadakan lagi di Pulau Pinang pada 22 April, Kuala Lumpur 29 April, Shah Alam 6 Mei manakala Kota Kinabalu, Kuantan, Johor Baru, dan  Ipoh masih belum ditetapkan tarikhnya. Jadi orang-orang Penang, Sabah Johor, Perak bersiap sedialah untuk join seminar SifuFBADS ni sebab terlalu banyak ilmu bermanfaat yang sangat membantu dalam bisnes korang. Yuran seminar ini adalah serendah RM150 sahaja dan pelaburan ini sangatlah berbaloi denyan hasilnya.  Memang terjamin, terbukti dan tak sia-sia.

Dalam sidang media semalam juga ada memperkenalkan buku ‘7 Steps FB Ads For Business Owner’ yang ditulis sendiri oleh pihak SifuFBAds dan akan diedarkan secara percuma kepada yang berminat. Caranya mudah je. Cuma daftar di website : www.sifufbads.com/7step. Promosi ni hanya sebulan je tau. So daftar sekarang. Buku ni memang terbaik sebab ada explaination yang clear dan difahami tentang kepentingan dan cara mudah untuk menaikkan bisnes korang menggunakan FB Ads.  Dan kalau nak lagi clear, join Seminar SMI ni.

536 total views, no views today