Sesuai Ke Lelaki Bujang Beli Rumah Kondo

lelaki-tinggal-rumah-kondo-radia-bukit-jelutong

Gais! just a short entry blog, Aku nak minta pendapat ni. Sesuai tak lelaki bujang menetap dan beli sebuah kondo? Aku bukan apa, tiba-tiba rasa suka kalau dapat duduk kondo. Tau kan, biasanya kondo dah siap macam-macam fasiliti yang ada. Macam Gym, Parking, Swimming Pool dan macam-macam lagi lah korang sendiri pun tau kan apa yang fasiliti yang ada bila duduk rumah kondo. Paling best tinggal rumah kondo ni privasi kita terjaga dan ada keselamatan yang jada.

Beli rumah kondo adalah dalam impian aku sekurang-kurangnya, memandangkan dekat KL ini dah tak banyak tanah yang tinggal, rumah-rumah setinggan pun dah kena roboh lepas tu pihak pemaju bangunkan projek-projek perumahan kondo.  Kau nak beli kereta kena la test drive dulu macam mana pergi kereta yang nak beli tu. Sama la macam nak beli rumah, kena usha-usha dulu unit contoh rumah tengok macam mana dalaman dan luaran bila dah siap nanti.

Aku pun try buat survey cari tempat yang senang nak akses kemana-mana dengan kereta nanti.  Sampai lah aku terjumpa satu tempat yang memang sesuai dengan citarasa aku. Tempat tu dekat Radia Bukit Jelutong, Shah Alam. Tempat ni boleh dikatakan satu penempatan yang maju, suburban dan akan jadi kawasan popular untuk urusan bisnes dan komersial.

Apa yang aku tengok, memang kawasan perumahan ni sangat strategik sebab dekat dengan Lebuhraya NKVE, ELITE, Guthrie dan Lebuhraya Persekutuan. Memang sesuailah untuk orang bujang macam aku yang busy dengan kerja ke sana sini. Kawasan kondo ni guna teknologi dan system yang canggih macam energy-efficient lighting, water-efficient fitting dan ainwater harvesting system. Pendek kata Radia ni memang kawasan bandar hijau dan mesra alam. Sekeliling penuh dengan kehijauan rumput, taman-taman, dan siap ada laluan khas untuk pejalan kaki. Memang nampak tenang dan sesuai untuk orang yang suka tempat-tempat santai. Bayangkanlah korang dekat kawasan maju tapi jauh dari kesesakan bandar.

Kawasan ni akan siap dalam tahun 2018. Dari apa yang aku faham, Radia ni diinspirasi dari ‘fauborg’, bahasa Perancis yang bawa maksud ‘suburban’ atau separa urban dan rekabentuk pula hasil daripada campuran Mediteranean dan Asia. Lepastu ada 3 komponen hartanah Radia iaitu Radia Residences, Radia Retail dan Radia Office.

radia-residences-bukit-jelutong

Radia Residences

Ada 6 jenis penempatan dari 695 hingga 2126 kaki persegi. Keselamatan sangat dijamin sebabnya kawalan keselamatannya adalah selama 24 jam, ada CCTV dan disediakan sistem kad akses. Paling seronoknya, Radia ada kemudahan yang aku idamkan termasuklah kolam renang, spa, trek jogging, taman dan kolam ikan. Jadi kalau orang bujang pun boleh stay sini sebab takkan rasa boring. Plus keadaan kawasannya macam ala ala tengah bercuti.

radia-retail-bukit-jelutong

Radia Retail

Ada sediakan 152 unit kedai dari 1, 2, dan 3 tingkat unit yang tingggi binaannya 376 sampai 2779 kaki. So kalau nak buat bisnes yang dekat dengan rumah, memang sesuai sangatlah. Harga kedai dijual mula dari harga RM 966, 000. Parking yang disedia memang cukup. So tak payah nak serabut kepala fikir pasal parking sikit atau sempit macam sesetengah kawasan kondo yang lain.

radia-office-bukit-jelutong

Radia Office

Kawasan pejabat pun ada kat sini sebanyak 238 unit blok di dua blok bangunan 10 tingkat dengan ketinggian 825 kaki hingga 2001 kaki persegi. Dekat sangat dengan kemudahan macam kedai makan, farmasi, optometri, dan konsultan firma. Jadi tak adalah masalah kalau malas nak masak sebab kedai makan pun ada, farmasi pun dekat.

Bagi aku, memang sesuai dan tak ada masalah pun untuk lelaki bujang tinggal di kondo lagi-lagi kalau kondo tu ada kriteria macam Radia ni. Apa pendapat korang?

Kalau korang sendiri nak tengok show unit kediaman ni, boleh tengok di Galeri Jualan Radia Bukit Jelutong. Maklumat yang lain boleh refer di:

Facebook: Radia Bukit Jelutong

Website: http://www.radia.com.my

Atau call kat nombor ni:  03-7859 9801

 

 

726 total views, no views today