Rahsia Nak Nampak Muda

rahsia-nampak-muda

rahsia-nampak-muda

Korang pernah tak terfikir kenapa walaupun dah cuba macam-macam produk untuk kulit tapi hasilnya tak puaskan hati korang? Umur makin meningkat, kulit nampak makin kedut je. Satu-satu line kedut datang kat muka. Kadang-kadang tu orang ingatkan umur kita lagi tua dari umur sebenar. Aku pun terfikir jugak benda yang sama. Stress.

Apa yang aku tahu, antara sebabnya mungkin bahan dalam produk yang diguna tu tak sesuai dengan jenis kulit, skincare dipakai campur-campur, tak ada disiplin jaga kulit ataupun tak jaga pemakanan. Sepatutnya tak boleh nak jaga bahagian luar je. Bahagian dalam pun penting, barulah boleh dapat hasil yang puas hati.

Aku ada buat research sikit pasal satu produk baru ni. Product B namanya. Product B ni sejenis makanan tambahan yang bagi sokongan antioksidan dalam tubuh badan manusia dan menjadikannya kembali muda dalam dan luar. Berat badan juga jadi ideal dan  lebih sihat.

Selalu kalau nak beli produk, kena tengok label dulu dan aku jenis yang prefer produk dari bahan semulajadi macam Produk B ni.  Antara bahan-bahan semulajadi yang ada dalam Product B ni termasuklah ekstrak kunyit, ekstrak milk thistle, ekstrak pomegranate, ekstrak teh hijau, ekstrak bilberry, blueberry dan red raspberry, panax ginseng, esktrak chia seed, L-glutathione dan bebagai lagi. Apa yang lagi penting, Product B ni bersifat Vegetarian, maknanya bebas dari lemak haiwan, bahan kimia dan racun larangan.

Kat sini aku nak kongsi cerita pasal Sains sikit. Macam apa yang kita tahu, dalam badan manusia ni ada sel-sel kecil iaitu DNA yang kita panggil kromosom. Kromosom ni kerja dia bertanggungjawab untuk semua proses dalam badan kita. Semua maklumat genetik penting dan ciri-ciri peribadi kita macam warna rambut, jenis kulit, jantina semua tu disimpan dalam DNA (kromosom) tu.

Setiap hujung kromosom ada ‘security guard’ dia sendiri yang dipanggil telomere. Telemore nilah yang jaga kromosom tu daripada rosak hancur. Tapi, bila kita makin membesar dan makin tua, sel-sel kita akan melalui satu proses pembahagian atau mitosis dalam bahasa Sains dia, untuk maklumat genetik itu kekal dijaga. Dalam proses ni, satu sel akan berpecah dua (dibahagi dua) dan dari situlah terbentuk sel baru. Dan sel baru tu kira pendua atau ‘sparepart’  untuk genetik asal. Setiap kali proses ini berlaku, telomere akan jadi pendek atau hilang. Maknanya bila ‘security guard’ (telomere) tak ada, so tak adalah penjaga kromosom. Jadi kromosom boleh rosak atau sel tak membiak bila bila masa je. Haaa, dari sinilah terjadinya penuaan.

Apa kaitan cerita Sains ni dengan Product B?

Product B ni boleh jags telomere kita dengan tiga cara:

• Memberi sokongan antioksidan – menyokong enzim antioksidan badan

• Memberi sokongan sel-sel badan – mengekalkan keharmonian fungsi sel

Agarsel-sel badan mampu berfungsi dengan baik walau dihimpit penuaan

• Menjadikan tubuh badan lebih sihat – memberi perlindungan sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas

Setiap hidangan ada 35% daripada Vitamin C harian:

• Setiap hidangan memberi 50% daripada Vitamin E harian

• Setiap hidangan memberi 333% daripada Vitamin B12 harian

Setiap orang berusia 18 tahun ke atas boleh ambil Product B yang berbentuk kapsul ni tak kira lelaki ke perempuan. Cara-cara nak mengamalkan Product B hanya perlu makan 2 biji setiap pagi dan petang (2 kali setiap hari). Jadi kalau nak nampak muda, selain guna produk untuk jaga luaran, cuba lah amalkan Product B ni secara konsisten. Nak nampak muda kena berusaha. Jaga luar dalam. Tak payah nak cocok-cocok botox atau makeup tebal-tebal.

Product B ni datang dari jenama Isagenix yang sebelum ni terkenal dengan produk minuman kesihatan ikut dua kategori iaitu untuk penurunan berat badan dan meningkatkan tenaga. Antara nama produk termasuklah IsaShake, Cleanse For Life, Isalean Pro, Isa Bar, Fibresnacks, Isagenix Snacks, Isagenix Amped dan Isagenix Ionix.

Isagenix memperkenalkan produk anti-penuaan iaitu Product B ni, pada awal Januari tahun ni untuk cawangan Malaysia,  serentak dengan pembukaan pejabat baru Isagenix kat The Vertical Suites, Bangsar, Kuala Lumpur. Isagenix ni sebenarnya satu syarikat pengeluar makanan kesihatan bernutrisi tinggi yang berasal dari USA, mula tahun 2002. Pasaran di Malaysia pula mula sejak Oktober 2013 dan memang diiktiraf keberkesanannya. Isagenix Malaysia turut mencipta sejarah sebab dinobatkan sebagai Ibu Pejabat Isagenix Asia Tenggara.

Sebarang pertanyaan pasal Product B dan produk-produk lain keluaran Isagenix, boleh hubungi Della di 014-2376188 atau layari www.dellarich.isagenix.com

368 total views, no views today