Iftar Hai Blogger! Tahun Ketiga Di Kantan Hotplate

Seperti biasa setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan pastinya akan ada majlis iftar bersama blogger. Tahun ini merupakan tahun ketiga Hai Blogger! menganjurkan majlis iftar. Niat di hati nak buat besar-besaran tetapi entah la terasa masa tu singkat sangat.

Tapi apa pun walaupun dibuat secara kecil-kecilan tetap meriah dan paling best dapat makan ikan bakar dan daging steak ala-ala western gitu, bukan ala-ala memang dah western pun. hahaha

Korang ingat lagi tak kedai makan menu berkonsep kan Westasia aku rekemen dulu? Dekat situ la kitaorang blogger-blogger gather-gather buka puasa itu hari. Memang sedap la cerita dia kalau tak aku tak ajak yang lain berbuka dekat sini.

Orang berbudi kita berbahasa, nak ucap terima kasih kepada penaja iftar blogger Kantan Hotplate yang telah menyediakan sajian makanan enak-enak untuk kitaorang berbuka puasa. Memang terbaik dan berbaloi, nampak semua orang puas hati dengan makanan yang dia orang makan tu.

Sebagai host majlis iftar Hai Blogger kena la datang awal, memandang office Brothers Media Network tak jauh dengan lokasi Kantan Hotplate yang terletak di Kajang je, so kita pun datang la awal prepation untuk menyambut ketibaan blogger-blogger yang lain. Chewaah..

day and night cookies, kantan hotplate

Eh! Ter sedondon pulak! hahaha. Kita orang tengah kira berapa banyak cookies untuk diberikan doorgift blogger, yang telah ditaja oleh Priceless  Touch – Day & Night Cookies. Terima kasih Neyra dah tolong apa patut memandang dia dah sampai awal kan. Hahahaha ayat cover line.

Ok stop,  jangan nak lebih-lebih. hahaha. Kita cerita pasal makanan pulak. Betul ke sedap? Ya ampun, betul sedap gila, orang gila makan tak segila sedap ni. hahaha

Oh sebelum tu sebelum makan baca doa buka puasa dulu.

baca doa buka puasa
Ye pun letak la dulu camera tu..

ALLAAHUMMA LAKASUMNA WABIKA AAMANNA WA’ALAA RIZQIKA AFTHORNA BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIIN.

doa buka puasa

Lepas doa, apa lagi jom kita makan.

Nasi goreng kambing.

Korang pernah makan? Nasi goreng dengan kambing, pergh lazat betul dengan perapan kambing bakar sebati dengan kuah sos menyelerakan lepas tu gabungan dengan sup salmon. Ini la yang dikata kan Westasia = Western + Asian Food.

nasi goreng kambing

Rugi betul ada orang tu tak makan nasi, katanya dari sejak kecik tak makan nasi. Makan steak-steak je tak pun spagethi, hehehe.

nasi goreng salmon
Nasi Goreng Salmon

Nasi Goreng Salmon

Ini pulak nasi goreng salmon dengan Seafood soup. Ini pun sodap nak mampuih. Disulam pulak dengan seafood soup, memang terangkat beb. Tak rugi korang order nasi goreng salmon ini tau.

Next apa yang kita orang makan?

Ikan Bakar Kembung Sedap Gila

ikan bakar kembung sedap

Ini satu lagi menu killer  dekat Kantan Hotplate yang wajib pelanggan datang makan sini order ikan bakar. First of all apa yang membuatkan ikan bakar tu sedap daripada yang lain adalah terletak pada sambal nya. Jarang dapat ikan bakar disaluti sambal penuh macam ini. Tak akan sambal pun nak kedekut kak oii..! Tengok ikan bakar dekat Kantan Hotplate ni tak kedekut, punya la melimpah yang penting sedap tak pedas sangat dan taste dia yang buat orang telan air liur nengok, perah asam limau, pergh….

Oh btw korang nak kenal kan dengan pemilik restoran Kantan Hotplate ini. Amir nama dia, tapi kita orang panggil abang Amir je. Apa? Macam familiar je muka? hehehe kenal ke? Blogpost yang lepas dah tulis dah, baaca dekat sini >> Siapa Abang Amir.

kantan hotplate kajang

Terima kasih daripada kami Hai Blogger kepada abang Amir kerana sudi menyambut kedatangan kami datang berbuka puasa di restoran Kantan Hotplate. Makanan memang superb. Ramadhan tinggal 6 hari lagi masih berkesempatan lagi untuk korang datang berbuka puasa dekat sini, yang penting buat tempahan awal tau, risau tempat penuh je. Nanti korang juga melopong datang jauh-jauh. hahaha

hai blogger, top blogger malaysia, food review, kajang
Hisyam, Abg Amir, Zakwan, Iuzira, Kawan Blogger Iuzira
top blogger malaysia, hai blogger
Jiha Kuat Membebel dan Kuat Bagi Komen

iftar hai blogger

Tq korang datang memeriahkan majlis iftar Hai Blogger! Sebagai penghargaan nak mention blog dia orang satu-satu.

www.ieyra.com, iuzira.comtravelogueofnajihah.com, zakersonpace.com zakwan zen,

Sekali lagi, gembira dapat jumpa korang dan berbuka puasa sama-sama, next year agaknya macam mana eh? Harap sempat plan awal-awal. Tahun depan puasa lagi awal. hehehe

kantan hotplate sedap

Nak alamat? Baca entry ini >> Alamat Kantan Hotplate

Rasa macam tak cukup je benda nak cerita walaupun dah 650 lebih patah perkataan taip. Ada 2 lagi benda nak story mory aci tak kalau buat entry berepisod? hahaha

Kalau aci nak buat 2 entry split, nanti korang baca yang sambungan pula eh. Eh, lepas baca dan tengok gambar mesti korang ada nak komen sesuatu kan? hahahah

Kotak komen ada kat bawah.

Ok bye…


kredit gambar: Norazamin Ayob

(0)

944 total views, no views today

Kini Saya Pengguna Setia Ephyra

Pengguna Setia Ephyra
Saya Pengguna Setia Ephyra

Bulan lepas saya dapat jemputan ke Gala Dinner Epyhra. Dapat bawa balik macam-macam produk Ephyra, antaranya Ephyra Skin Bar, Minuman Tenaga Lelaki m2flex dan Jus Premium Wanita Inteemor. Sekarang saya dah jadi pengguna Ephyra. Suka sangat pakai Ephyra Skin Bar dapat rasa keserasian pakai berbanding jenama yang lain. Buih tak terlalu banyak dan sikit cukup sekadar buih diperlukan kena mata pun tak pedih.

M2flex pun saya minum tapi tak lama kejap je tak konsisten lepas tu terus stop. Sebab tak ada niat nak badan sado. Sesiapa yang ada niat nak berbadan sado sila la minum m2flex ya. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gim. Jus Premium Wanita Inteemor dah tentu saya tak boleh minum. hahaha.

Kini Giliran Hai Blogger! Promosikan Ephyra
Kini Giliran Hai Blogger! Promosikan Ephyra

Pada anda yang sedang baca entri ini, untuk makluman Ephyra sangat rapat dengan blogger sejak 2012 lagi untuk mempromosikan produk penjagaan dan kecantikkan diri Ephyra. Nampak nya kerjasama dengan blogger tidak sia-sia malah membuahkan hasil untuk Ephyra melebar sayap pada masa itu hanya ada satu produk minuman tambahan Ephyra. Kini sudah ada 3 produk seperti yang dinyatakan di atas dihasilkan terbukti berkesan melalui ribuan testimoni yang diterima.

Salah Seorang Testimoni Berjaya Ephyra Yang Dijemput
Salah Seorang
Testimoni Berjaya Ephyra Yang Dijemput

Memey-Norman-Hakim-Duta-Ephyra

Walaupun ramai yang sudah tahu Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebagai pengguna setia dan duta Ephyra tapi tak ramai yang berkesempatan dapat bersua muka dengan dua orang duta Ephyra yang sangat menyerlah ni. Tengok depan-depan ya ampun! lagi lah menyerlah. Memey dengan kulit muka halus mulus, Norman Hakim pula berbadan sado, jeles pula tengok. Dulu Norman Hakim berlakon Gerak Khas tak pula sado. Memang lah! sekarang dah guna M2flex ye. Nasib malas nak minum je m2flex tu kalau rajin kalah Norman Hakim punya kesadoan. hahaha

Memey Suhaiza pula amalkan minuman tambahan Ephyra dan Jus Premium Wanita Inteemor bagi tambah erat umpph! baru lah suami tak larik…. hihihi

Kagum dengan Pengasas Ephyra

Pengasas Ephyra Bersama Duta
Pengasas Ephyra Bersama Duta

Saya kagum dengan pengasas Ephyra, merupakan usahawan wanita berjaya bernama Amiza Amiruddin bersama adik lelakinya Zafry Idzwan Amiruddin yang merupakan teraju utama syarikat, bekerja keras dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi juga menawarkan produk yang selamat, halal dan berkesan untuk digunakan oleh setiap lapisan umur pengguna tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Melalui syarikat Oceanlife Marketing Sdn Bhd syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk minuman tambahan dan penjagaan kesihatan serta kecantikan untuk jenama Ephyra. Telah beroperasi sejak tahun 2012, Oceanlife Marketing Sdn. Bhd berpengkalan di Platinum Walk Danau Kota, Setapak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari oceanlife2u.com atau boleh melayari Facebook ; FB/oceanlife2u ; follow instagram Ephyra2u atau berhubung terus dengan Eksekutif Pemasaran & Perhubungan Oceanlife Marketing Sdn Bhd , Innanie Ariffin di talian 019-3015577

(8)

1,401 total views, no views today

Encik Mimpi Tak Sabar Jumpa Peminat

Rindu-rindukanlah Diriku Sepanjang Hari-Harimu, masih ingat lagi lirik lagu ini? Lagu OST Playboy Itu Suami Aku yang menjadi kegilaan ramai menonton drama ini pada masa dulu. Tahu tak siapa penyanyi lagu ni? Penyanyi nya adalah lelaki disebalik topeng, En Mimpi. Mungkin ada yang dah tahu ataupun mungkin yang tak tau lagi dan tak ambik kesah. Amboi, korang masa melayan drama ni kemain lagi. Lepas habis drama fuih! hilang lesap lupa dah….

Encik Mimpi

Hari ini jumaat, Encik Mimpi mengadakan gathering bersama kelab peminat Dreemers yang dibuat di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan eCurve Mall Mutiara Damansara Petaling Jaya. En Mimpi sebagai Presiden Kelab berkata, setiap tahun akan diadakan Gathering tahunan bersama kelab peminat. Tahun lepas Gathering Dreemers Kelab telah dibuat di Sani Hotel, Kuala Lumpur dengan meriah sekali.

Pas Masuk  Gathering

Annual Dinner En Mimpi

Tidak pasti tahun lepas bagaimana, tapi untuk tahun ini, untuk sertai gathering bersama Encik Mimpi terdapat pas masuk jualan tiket. Sekeping tiket dijual pada harga RM65 atau Exclusive tiket RM85. Pada yang ingin datang berkumpulan boleh dapat harga diskaun RM55 sekeping untuk 2 dan RM45 sekeping untuk 3 orang. 10 orang pembeli terawal dapat t-shirt “We Are DreEMers” berwarna kuning lengan panjang. Pas masuk ini adalah termasuk makan buffet steamboat Pak John sampai lebam sambil dihiburkan persembahan akustik daripada Encik Mimpi & Friend.

Sambil mengeratkan silahratuhim bersama peminat, terdapat juga aktiviti-aktiviti akan dijalankan seperti persembahan akustik Encik Mimpi (& friends), lucky draw, games dan yang paling best, boleh join Encik Mimpi bernyanyi sama-sama dalam video clip lagu baru Encik Mimpi iaitu “Definisi Persahabatan“!

Encik Mimpi dah pesan awal-awal pastikan korang sporting ok bila-bila masa je Encik Mimpi boleh tangkap nyanyi berduet katanya.. hahahaha

Special Invitation (En Mimpi DreEMers Fans Club Gathering)

Special invitation

Sebagai social media partner Pak John Steamboat & Yong Tao Foo – Hai Blogger! . 10 orang blogger akan turut bersama-sama lepak santai bersama Encik Mimpi. Tapi rasa nya ada dua lagi kekosongan. Kalau rasa nak join dan sempat datang ke eCurve Mall dalam pukul 2pm boleh whatsapp saya 018-2410405 atau korang tengok jela update daripada kami.. Apa-apa pun Encik Mimpi dah tak sabar nak jumpa peminat, itu yang saya perasan yang ditulis di dalam group DreEMers Fans Club. Saya pun dah tak sabar nak jumpa Encik Mimpi, kalau boleh nak cabut topeng tengok muka disebalik topeng yang disorok selama ini. Ok gurau! haha tak pasal-pasal nanti saya pula yang kena..

(1)

5,025 total views, no views today

Red Mummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe

Halim dan Kak Red

Terkejut apabila redmummy whatsapp saya untuk bekerjasama mengadakan sebuah majlis baby shower. Baby Shower ini adalah kejutan dan doa selamat untuk kawan baik redmummy, Puan Liza yang sedang sarat mengandung. Saya kata “Ok tiada masalah” besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Saya pun mula mencari mana-mana cafe dan restaurant yang berminat nak sponsor, alhamdulillah saya jumpa Orange Berries Cafe kemudian saya hantar proposal kepada mereka. Mereka setuju untuk sponsor makan dan tempat untuk 70 orang. Orange Berries Cafe ini yang terletak di Komplek PKNS Shah Alam, adalah sebuah cafe berkonsep Froyo (Frozen Yogurt) yang menjual pelbagai jenis makanan,minuman dan pencuci mulut.

Majlis ini dirancang secara senyap-senyap serta kejutan ini telah dirahsiakan supaya mak buyung tidak diketahui. Kak Red adalah perancang utama disebalik rancangan ini, dalam diam-diam Kak Red bersepakat dengan suami dan kawan-kawan Puan Liza. Tak dilupakan juga rakan-rakan blogger kami Melastik Bintang, Bro Framestone, Akma Omar, Mohd Rasul, Norfanil, Mek Onie, Asikin dan Mr Jocko turut bersama-sama memberi kejutan.

Baby Shower Puan Liza

Rancangan kejutan ini berjaya dibuat di saat Puan Liza melangkah masuk ke dalam Cafe Orange Berries, kami beramai-ramai menyebut “surprise” membuat Puan Liza terharu menangis gembira. Majlis tidak lengkap tanpa bacaan doa, rakan blogger Melastik Bintang membacakan doa, semoga kelahiran anak Puan Liza selamat dilahirkan dan Orang Berries Cafe terus maju dikenali ramai.

Norfanil makan mee kari

Majlis ini diadakan secara santai dan para jemputan dihidangkan Mee Kari, Laksa Penang, Laksa Johor, Mee Jawa yang disediakan oleh pihak Orange Berries Cafe. Istimewa di sini tentu lah Froyo yang boleh dicampur pelbagai perisa dan topping yang lain.

Untuk anda yang nak meluangkan hujung minggu boleh singgah ke Orange Berries Cafe bertempat Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan perhentian teksi. Ribuan terima kasih kepada pihak cafe yang bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan makanan dan tempat. Majlis dibuat dengan jayanya bertema kan baju biru.

Bergambar dengan Pemilik Cafe Orange Berries
Bergambar dengan Pemilik Cafe Orange Berries

(2)

5,408 total views, no views today

Bloggers Award 2014

bloggers award

Yang dinanti-nantikan. Sebuah penghargaan kepada penulis blog terbaik “Food Review Pak John Steamboat & BBQ“. Contest yang dibuat pada Majlis Iftar Ramadhan 2014 Pak John Steamboat BBQ bersama Blogger pada bulan Julai yang lepas. Bloggers Award ini yang sepatutnya berlangsung pada 4 September ditunda kepada 23 September tidak lama lagi. Para peserta diwajibkan hadir kerana pada event ini kami akan mengumumkan siapakah top 3 winner yang akan membawa pulang wang tunai sebanyak…

Pemenang Pertama : RM1500
Pemenang Kedua : RM1000
Pemenang Ketiga RM500

Agak sukar untuk kami memilih pemenang kerana kami melihat penulisan anda lengkap menepati syarat, terbaik dan gambar-gambar yang dikongsikan semasa suasana di Pak John Steamboat BBQ cawangan eCurve yang cantik dan berkualiti. Oleh itu kami buat keputusan untuk tambah seorang lagi pemenang sebagai “Special Winner“. Jika anda merasakan anda tidak berpeluang menang hadiah tempat pertama,kedua atau ketiga, jangan risau kerana masih ada hadiah untuk Special Winner. Tambahan pula semua peserta akan membawa pulang kupon makan percuma di Pak John Steamboat BBQ.

Sijil Penghargaan

Kami di Hai Blogger! dan Pak John Steamboat BBQ menghargai anda semua (blogger) kerana sudi menyokong Hai Blogger! dan Pak John Steamboat oleh itu semua blogger akan mendapat Sijil Penghargaan “Dengan Pujian Terbaik” daripada Hai Blogger! dan Pak John Steamboat BBQ. Turut disediakan cenderahati Button Badge daripada Hai Blogger!

Hai Blogger! Button Badge

Blogger Icon.

Sesuatu yang istimewa pada Bloggers Award yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami ingin mengetengah 2 orang Blogger Icon. Kami menampilkan seorang vlogger dan food blogger. Pada sesi blogger icon ini, mereka akan memperkenal diri dan berkongsi pengalaman niche bidang yang mereka ceburi dalam industri blogger Malaysia.

1. Vlogger Geng #Cubatry  :  Azfar – Youtuber

Azfar - Geng Cubatry'

2. Food Blogger : Ishak Ismail – eXplorasa.my

Ishak Ismail - eXplorasaa

Media Partner

Turut membantu untuk menjayakan event Bloggers Award ini, rakan media kami Exbuzz Media, Voxscape Studio & eXplorasa.

1. Exbuzz Media

exbuzz media

 

Exbuzz Media yang merupakan Media Digital dimana setiap informasi boleh didapati di hujung jari anda. Exbuzz media juga mempunyai tenaga kerja photographer professional oleh itu saya menjemput exbuzz media berkolaborasi untuk mengambil gambar pada event Bloggers Award ini. So siap sedia gambar anda di candidkan.

2. Voxscape Studio

voxscape

Voxscape  adalah satu jenama bebas dalam industri muzik yang mengekalkan keaslian idea-idea segar dan baru serta menguruskan artis-artis youtube baru meningkat. Untuk memeriah event Bloggers Award ini voxscape turut mempersembahkan 2 orang artis youtuber di bawah pengurusan mereka secara akustik. Iaitu Azhar Mustapa dan Razak A’ai

azhar mustapa
Azhar Mustapa
Razak A'ai
Razak A’ai

3. eXplorasa

eXplorasa
eXploration | eXperience | eXpression

eXplorasa sebuah blog yang fokus kepada niche makanan,travel dan memberi pendapat tersendiri didalam niche yang dipilih. Berpengalaman dalam memberi ulasan makanan yang dirasa. Pada event ini, kiranya blog eXplorasa dapat memberi sikit sebanyak ulasan pengalaman makan steamboat di Pak John Steamboat & BBQ,

Shazreen Fazlynda

Siapa tidak kenal Shazreen Fazlynda? Vlogger yang fomous di youtube dengan video Ragam Muka Buku viral di facebook tahun lalu. Saya telah menjemput Shazreen Fazlynda untuk bersama-sama di dalam Bloggers Award untuk beramah mesra dengan blogger-blogger yang lain. Untuk yang nak berjumpa dan berselfie dengan Shazreen Fazlynda pastikan anda hadir ke event Bloggers Award ini. (Shazreen Fazlynda sporting orang nya)

Shazreen Fazlynda

Lokasi Event Bloggers Award

Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat BBQ mempunyai 2 cawangan iaitu di eCurve Mutiara Damansara dan Wangsa Walk Wangsa Maju. Event kali ini diadakan di Wangsa Walk Wangsa Maju. Kenapa kami memilih lokasi Wangsa Walk? Kerana kami hendak memperkenal satu lagi cawangan Pak John Steamboat BBQ yang boleh anda nikmati steamboat terbaik di Wangsa Maju dan kawasan berdekatan. Pak John Steamboat Wangsa Walk

Siapakah agak nya blogger yang akan memenangi Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga? Yang itu, kena datang pada Majlis Penyampaian hadiah..

Bloggers Awards 2014 Pak John
Tarikh : 23 September 2014
Masa : 6pm – 10pm
Lokasi :
Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

————

Event Bloggers Award ini dianjurkan oleh Kelab Komuniti Hai Blogger!
Ditaja oleh : Pak John Steamboat & BBQ
Rakan Media : Exbuzz Media, Voxscape Studio & eXplorasa

(802)

10,267 total views, no views today

Kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan eWana fm, PakJohn Steamboat BBQ dan Blogger

Majlis Iftar Ramadhan eWana fm, PakJohn Steamboat BBQ dan Blogger

Detik-detik bersejarah 10 Julai 2014 mengadakan Majlis Iftar Blogger 2014, boleh dikata kan ini majlis pertama aku uruskan bersama Ewana fm dan program ini berjaya mengumpul seramai 300 tetamu termasuk 70 orang blogger, 15 orang artis, 25 anak yatim serta para undagan khas yang membuat kan restaurant Pak John Steamboat BBQ di cawangan eCurve Mutiara Damansara sebesar 4600 sqft  “full house” berjaya memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu masa.

Blogger2 hebat
Rakan-rakan blogger berpuas hati dengan hidangan Steamboat
Emas Putih dan Nadia Johari
Nadia Johari dan Emas Putih
Tengku Fatin
Fatin Fadzil Vlogger kata ” Pak John Steamboat ” Best!!!

 

Gambar Badrulzaman Hanif
Gambar Badrulzaman Hanif

Menghargai Blogger dan Media

Siapa yang datang awal, dapat dengar aku buat ucapan. So buat yang tak sempat nak dengar itu, aku ulang dengar semula disini 😀

Sedang Memberi Ucapan ala-ala YB
Sedang Memberi Ucapan ala-ala YB

Alhamdulillah buat julung-julung kali nya diadakan Majlis Iftar Ramadhan 2014 anjuran  eWana fm bersama Pak John Steamboat & BBQ. Jika kita lihat di dalam majlis penuh bermakna ini kita akan dapati kehadiran para-pra blogger, para-para  pengamal media, para-para artis dan paling kita raikan iaitu adik-adik dari Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras. Berikan tepukan gemuruh kepada meraka.. (Semua orang tepuk tangan). Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian kita sedia maklum kekuatan yang ada pada bloggers yang merupakan boleh dikatakan sebagai Pengamal Media Alternatif di dalam media sosial. Oleh itu di dalam meghala tujukan blogger-blogger ini, maka diwujudkan sebuah Komuniti Sosial Blogger iaitu Hai Blogger! Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian saya adalah merupakan pengasas Hai Blogger!  dan saya telah diberi peluang oleh En Wan Salam selaku pengasas eWana fm bekerjasama dengan ip radio ewana.fm menubuhkan segmen Hai Blogger! Di dalam segmen Hai Blogger! kami memberi peluang kepada blogger-blogger merasai pengalaman menjadi penyampai radio, mereka boleh berkongsi dan bercerita tentang aktiviti-aktiviti blog mereka di konti ewana.fm. eWana.fm satu-satunya ip radio memberi peluang kepada blogger. Selain dari blogger-blogger di dalam Malaysia kami juga akan bersama blogger-blogger di Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh Nusantara. Dengann usaha dan kerjasama ini kami yakin boleh bergerak lebih kreativ dan berdaya maju menjadi sebuah kumpulan blogger yang kukuh. Akhir kata blogger-blogger ini tidak akan diabaikan banyak lagi program-program menarik yang kami sedang merancang untuk mereka.

Meraikan Anak-anak yatim

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ kami semua bersama-sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras. Kanak-kanak ini juga turut diberi sumbangan sebanyak RM3000 dari Pak John Steamboat & BBQ disampaikan sendiri oleh Managing Director Mr David Chong dan GM Pak John Steamboat & BBQ Ms. Jackie Tan.

Sumbangan kepada Anak-anak yatim - Gambar oleh Eddy Ahmad
Gambar oleh Eddy Ahmad

 

Penyampaian Sijil Penghargaan  Blogger Pilihan  Hai Blogger!

Selama segmen Hai Blogger! bersiaran masuk minggu ke- Sepuluh, untuk menghargai blogger-blogger di dalam majlis iftar ini kami telah memilih seramai 5 orang blogger pilihan terbaik. Kami nilai dari segi kepetahan mereka bercakap dan cara penyampaian mereka yang menarik dan boleh menarik ramai pendengar mendengar www.ewana.fm serta Sijil Penghargaan ini disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan eWana fm En. Wan Abdu’s Salam Blogger-blogger Pilihan Segmen Hai Blogger! 1.  Halim Brothers – Minggu 1 www.halimbrothers.com 2. Tengku Fating Fadzil – Minggu 3 http://www.youtube.com/ftnfdzl 3. Maha Mahu – Minggu 4 www.mahamahu.com 4. Asepar – Minggu 9 http://www.youtube.com/Azfar82Production 5. Poeh – Minggu 9 http://www.youtube.com/Azfar82Production

 Contest Majlis Iftar eWana fm dan Food Review Pak John Steamboat BBQ

Bertuah kepada blogger-blogger yang hadir pada majlis iftar ini, Pak John Steamboat & BBQ menyediakan wang tunai sebanyak RM3000 untuk direbut. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kali ini siapa dapat penulisan terbaik dan 5 gambar steamboat terbaik menang :

Hadiah Utama RM1500
Hadiah Kedua RM1000
Hadiah Ketiga RM500

Sila mendaftar di sini —> http://haiblogger.com/contestiftarpakjohnsteamboat/

Terima Kasih semua..

Terima Kasih Semua!
Terima Kasih Semua!

Saya dan tim eWana fm mengucap ribuaan terima kasih kerana sudi datang menjayakan majlis iftar ini dan sama-sama berkumpul berbuka puasa bersama blogger dan meraikan Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.  Terima kasih kepada Penaja Utama Pak John Steamboat & BBQ kerana telah menyediakan  steamboat yang sedap-sedap untuk kami berbuka puasa beramai-ramai, kami berpuas hati layanan yang diberikan. Tak lupa juga terima kasih kepada Penaja-penaja bersama.

  1. Chewy Choc Cubes
  2. D’rumiee Jelly Drink
  3. Majalah Santai Travel
  4. Team Power Tupperware
  5. D’ jerMix Global sound system
  6. Chetakki Omey
  7. Nanorecords Malaysia
  8. Cekal Istiqamah
  9. Kos Serani
  10. Creativcolor

Dan yang paling awesome Kaio Studio membantu merakam Majlis Iftar ini

(1511)

10,296 total views, no views today