Movie Yang Dah Tonton 2016

movie list 2016

Aku rasa tahun ini paling banyak tengok movie. Tengok semua bayar sendiri. Padahal banyak je dapat tiket movie daripada KLIPS. Tapi itu la semua movie screening yang dapat buat malam dan habis midnight, lepas tu buat jauh-jauh. Nak balik public transport tak ada tapi boleh je naik grabcar atau uber. Tapi… Boleh kapak woooo banyak kali naik uber atau grabcar je.

Tengah survey-survey nak ambil lesen memandu murah. Rata-rata harga dah RM1200 dah. Korang ada cadangan ke sekolah memandu yang ok? Eh! Korang dulu ambil lesen kat sekolah memandu mana? Share-share la dekat komen. Mana tau rekemended korang tu ok dengan aku ke.

Back to movie balik dah termelalut ke lesen kereta pulak… Hahaha

Tahun ini paling banyak tengok movie berbanding tahun-tahun lepas. Sebab tahun ni tengok movie ada orang teman kan. Hahaha

Antara movie yang dah tengok.
1. The Conjuring 2
2. Me Before You
3. Independence day

Eh 3 movie je? Tadi kata banyak? Yang banyak adalah kenangan. Movie tengok 3 je. hahaha

Sebenarnya ada lagi movie lain yang dah tengok – Deadpool, Captain America : Civil War, Batman v Superman, The Huntsman, Ada Apa Dengan Cinta 2, Zack Kapcai, The Purge, Morgan.

Kebanyakan tengok dekat wayang Golden Screen Cinema (GSC) Nu Sentral, Time Square dan TGV.

Tapi agak terkilan juga tak dapat tengok BoBoiBoy The MovieSampai dah keluar tv masa raya hari itu pun tak sempat nak tengok. huhuhu terkilan nya..

Lepas ni tak tahu la ada orang temankan lagi ke tak. Kalau tak tengok seorang-seorang jelah.. hukhukhuk..

Ada yang sudi tengok wayang sama saya takkkkk?

703 total views, no views today