Aku, Mewangi dan Duta Produk

duta mewangi satu dunia

Aku tak pernah serajin nak pakai pencuci muka setiap hari, sehari dua kali pula tu. Satu-satu produk review yang aku guna sampai habis. Nak tahu apa nama produk? Pernah dengar Mewangi Satu Dunia tak? Selalu juga la iklan Mewangi ini keluar dekat timeline facebook aku. Selalunya iklan video demo pakai Mewangi. Aku ingatkan siapa, rupanya pemilik produk sendiri yang buat demo.

Aku pun whatsapp Kak Ayu, Kak Ayu ni la pengasas Mewangi. Lepas whatsapp Kak Ayu aku pun datang office Mewangi di Denai Alam, Shah Alam. Masa tu dapat Mewangi Chew Gum Soap dan Peeling Scrub. Mula-mula pakai dah rasa excited gila. Mewangi Chew Gum Soap buka-buka je bau wangi, lepas tu apply cuci muka. Best betul pakai rasa tegang dan licin kulit muka sebab bahan dibuat daripada madu dengan kulit kayu manis. Pakai 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali. Peeling Scrub untuk bagi buang kulit mati dan daki yang ini pakai seminggu 2-3 kali je cukup. Keberkesanan dia memang terbaik. Rasa macam kejap je pakai lepas habis aku stop pakai. Biasalah penyakit M dah sampai. Lepas tak pakai produk Mewangi muka aku jadi tak best dah! Menyesal stop. huhuhu

Lepas-lepas tu Kak Ayu call aku nak invite aku ke Majlis Pelancaran Mewangi Bagi Memperkenalkan Duta dan Pengasas Produk. Wah! Mewangi baru ada di pasaran Februari 2016 tak sampai setahun lagi dah nak ada duta. Fuh! Siapakah itu. Tertanya-tanya juga aku. Artis mana kah menjadi duta Mewangi? Hebat sangatkah artis tersebut nak bawa nama Mewangi. Biasa la artis ini suka guna produk-produk antarabangsa je. Bila jadi duta produk tempatan ni sekadar nak promosi jela tu. Tapi dekat luar pakai produk lain. Nampak tak pemikiran jahat aku. hahaha.

Majlis Pelancaran Ekslusif Mewangi Bagi Memperkenalkan Duta dan Pengasas Produk

pelancaran duta mewangi

Maka sampai la waktu yang di nanti-nantikan 06 December 2016 satu Majlis Pelancaran Ekslusif yang diadakan di lobby hotel Hilton KL. Masa ini terkejut dapat tahu duta Mewangi adalah Noraniza Idris. Tertanya-tanya juga kenapa pilih Noraniza Idris agaknya? BTW sebelum tu nak bagitau aku adalah peminat Noraniza Idris tau. Dulu-dulu masa tu Dato Siti dengan Noraniza Idris popular aku lebih meminati Noraniza Idris.

Dah lama sebenarnya tak dengar khabar Noraniza Idris atau lebih mesra dipanggil Kak Ani, adalah sesekali jumpa di event Akar Kita Zapin. Baru-baru ini beliau jadi juri profesional Irama Malaysia dalam rancangan 3 juara. Komposer lagu Irama Malaysia, Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) pun turut dijemput bersama peserta 3 juara irama Malaysia membuat persembahan nyanyian dan tarian tradisional Irama Malaysia.

Kenapa Pilih Noraniza Idris Sebagai Duta Produk Mewangi?

noraniza idris duta produk mewangi satu dunia

Pada mula nya aku pun tak tahu, tapi bila ditanya rupanya Kak Ani adalah pengguna Mewangi sejak MEWANGI mula berada di pasaran. Memang tak dapat dinafikan ternyata nampak keanjalan dan kegebuan kulit muka Kak Ani selepas mengamalka  memakai Mewangi. Bagi aku pemilihan NORANIZA IDRIS sebagai Duta Produk adalah satu pilihan yang tepat. Tepat daripada segi apa? Daripada segi sasaran pelanggan. Sasaran pelanggan Mewangi adalah Wanita, kak Ayu ada cakap “Setiap Wanita Berhak Untuk Cantik”. Masa interview TV haritu kak Ani pun ada cakap dia sendiri pun terkejut kerana dipilih untuk menjadi duta produk Mewangi dalam usia yang sekarang. Kulit muka kita mengikut usia semakin meningkat usia kena jaga betul-betul, cuci muka dengan Mewangi Chew Gum Soap dan Peeling Scrub untuk buang kulit-kulit mati, jerawat, jeragat dan menjaga kulit muka.

Mewangi Satu Dunia Dirasmikan Oleh Oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al Haj

Paling membanggakan produk Mewangi Satu Dunia di rasmikan dan di tanda tangani sendiri oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al Haj.

Tahniah Mewangi @mewangisatudunia sudah ada Duta Produk sekarang. Pemilihan Ratu Irama Malaysia @noraniza_idris sebagai duta produk bagi saya adalah satu pilihan yang tepat dengan golongan sasaran wanita. Setiap wanita berhak untuk cantik! Putih. Anjal. Gebu. Cantik Menawan. Mewangi…..

Lagi satu lagi satu tak sabar nak tengok 3 lagi produk keluaran Mewangi. Tak sabar nak cuba. Rasanya aku boleh cuba yang nombor tiga tu je kot, yang lain-lain tu macam tak sesuai je. hahaha

  1.  Gincu Bibir MEWANGI dengan 4 pilihan warna – Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Black Magic
  2.  Bedak Alas MEWANGI – Ting Ting Foundation
  3. Minyak Wangi MEWANGI – Wangian Gadis Desa merangkumi 7 kelopak bunga mawar
Ini aku sertakan sekali nombor talian untuk hangpa-hangpa sekalian yang berminat nak order Mewangi Satu Dunia. Harap bersabar ye, sebab Mewangi sekarang tengah menjadi Fenomena selepas keluar Blog, Social Media dan Tv baru-baru ni.

Dikhabarkan semua team sales Mewangi termasuk stokis dan agen bertungkus lumus untuk melayan banyak pertanyaan dan tempahan.

Alhamdulillah, niat yang ikhlas. Insyallah dipermudahkan.

1) Hotline : +6016 444 7131 / +603- 7813 7707
2) Alamat Pejabat :
No 23-G, Blk 2 Jalan Elektron Nu16/N, Sek U16, Denai Alam 40160, Shah
Alam, Selangor, Malaysia
4) Instrgram : MEWANGI SATU DUNIA
5) Youtube : TV MEWANGI

1,356 total views, no views today