Fathia Lattif Sebagai Gadis Glamour Berhijab Mia Tiara

Fathia-Latiff

Dah sah… Fathia Latif akan memegang watak ‘Mia Tiara’ dalam filem judul sama terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini. Maka dengan itu aku nak mengumumkan tutup sudah ‘Pencarian Mia Tiara” yang telah dibuka pendaftaran permohonannya sebaik sahaja majlis pra pelancaran filem berkenaan berlangsung pada bulan Disember tahun lalu.

pencarian pelakon baru 2017
Korang sudah tentu tahu kan bahawasanya watak Mia Tiara telah ditawarkan kepada Fathia Latiff pada ketika pra pelancarannya namun pelakon berkenaan masih belum memberikan kata putus kerana sibuk dengan urusan menunaikan ibadah umrah.

Rosmadewi Zain
Dan hari ini… aku mendapat perkhabaran Fathia Latiff sudah pun bersetuju untuk berlakon dalam filem ‘Mia Tiara’, sebuah karya penulisan Rosmadewi Zain yang mengetengahkan dunia peragawati seorang gadis muslimah berhijab.

Korang yang belum hantar profil masing-masing pasti hampa dan sedih kan… tak apalah mungkin rezeki kalian ada di tempat lain. Bagaimana pun bagi mereka yang dah pun menghantar biodata masing-masing jangan risau dan sedih juga.

Norazah Sahud
Walau pun watak Mia Tiara sudah pun dipenuhi tetapi mereka masih ada peluang kerana kata pengarahnya, Norazah Sahud, pihak penerbitan memerlukan beberapa orang lagi wanita berhijab untuk watak sampingan.

Nah… itu janji pengarahnya… aku dah boleh bayangkan senyuman korang bila aku berikan perkhabaran ini ya… mana tahu daripada watak sampingan kelak boleh digilap menjadi watak utama.
Ya lah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ya tak. Seperti kata produser Mr.David Teo, “bintang dicipta bukan dilahir” gitu… Jadi aku percaya rezeki ada di mana-mana yang penting usaha dan jangan putus asa.

Jadi… bila dapat panggilan untuk sesi uji bakat jangan pula tolak ya sebab dah tahu heroin dah ada.
Ok kembali pada filem ini, khabarnya penggambaran akan bermula April depan dengan sebahagian besar lokasi berlangsung di Malaysia sahaja dan barangkali jika ada penaja bolehlah dilanjutkan ke luar Negara.

“Buat masa ini, shooting akan berlangsung di dalam Negara tetapi sekiranya ada penaja bolehlah kami membuat penggambaran ke luar negara,” ujar Norazah pada majlis pra pelancaran yang turut dihadiri ‘mentor’ nya, Ahmad Idham selaku penerbit bersama.

Sudah empat tahun sebenarnya Ahmad Idham menyepi sejak menguruskan sebuah akademi di Johor Bahru yang khabarnya sudah pun ditutup gara-gara tiada sokongan mahu pun sambutan daripada pihak tertentu.

Aku tak mahu lah ungkit kisah itu…. Biarkan sahaja… apa yang penting sekarang aku lihat Ahmad Idham sudah kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung bisnes akademinya (AIFA) dan ‘Mia Tiara’ merupakan ‘comeback’ untuk pelakon yang terkenal dengan watak romantis dalam drama “Cinderella” pada tahun 1998 dulu.

ahmad idham

Pun begitu, kata Ahmad Idham, beliau hanya akan membantu Norazah dalam soal teknikal waima tidak akan campur dalam urusan pengarahan. Beliau percaya dengan kebolehan Norazah yang sudah 20 tahun aktif dalam menghasilkan drama tv, dokumentar dan majalah malah pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin dan Pesta FIlem Tokyo 2009 untuk drama ‘Bicara Aur Dengan Tebing”.

“Mentor itu adalah satu gelaran yang besar untuk Norazah tujukan kepada saya. Saya sekadar membantu dari segi teknikel dan memberi sokongan kepadanya. Yang lain semua di bahunya,” tambah pengarah filem aksi drift Melayu pertama di Malaysia “Impak Maksima” ini.

698 total views, no views today