Survey Bas ke Bukit Jelutong

Bukit Jelutong

Macam biasa lah pergi mana-mana saya masih naik pengangkutan awam. Apa boleh buat, ekonomi semakin mencabar sekarang seperti yang semua sedia maklum. Selagi boleh berjimat kita jimat lah ya.

Saya dijemput untuk buat treatment muka di Bukit Jelutong.  Tapi saya belum pernah lagi sampai situ. Jauh juga tempat ni sebenarnya. Risau juga kalau tak ada public transport yang lalu. Pencarian google tidak menghampakan. Akhirnya jumpa juga cara nak pergi Bukit Jelutong.

Ini saya jumpa.

Naik Bas Rapid KL U80 dari Pasarama Kota (Bus Stand Klang/LRT Pasar Seni) atau boleh juga naik dekat KL Sentral ke Hentian Seksyen 2 Shah Alam. Dari sana naik pula Bas Rapid U605 ke Bukit Jelutong….

Kita buat survey dulu cek betul tak bas pergi Bukit Jelutong tu. Temu janji dah booking hari Ahad ini. Lepas ni gebam gebum lah muka ioullss.. hehehe.

Nota: Betul dah panduan bas nak ke Bukit Jelutong ini, cuma sampai Hentian Bandar Shah Alam kena tukar bas nombor U605 tunggu depan Kompleks PKNS. Dukacita bas tak masuk dalam ke D’Vida Bukit Jelutong. Paling hampir adalah space U8 sebelum bas masuk ke lebuh raya.

Nak tau apa nama spa yang akan buat treatment muka iolls nanti?? Tunggu… 😀

Spa Bukit Jelutong >> AmelFawz Beaute

4,111 total views, 1 views today

KL Sentral 2015
Art in Paradise, Langkawi

2 Replies to “Survey Bas ke Bukit Jelutong”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge