Suka Tonton Travelog Cinta Tang Guo Hua Sebuah Jurnal Asyikin Exclusive

jurnal-asyikin-astro-oasis

Sekiranya korang penonton setia stesen tv berbayar khususnya Astro Oasis 106 yang terkenal sebagai saluran yang menitikberatkan pelbagai genre program tetapi berteraskan keagamaan pasti tidak terlepas menonton sebuah rancangan bertajuk “Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua“. Aku pasti korang sedar mengenai rancangan ini apatah lagi sudah lima episod berlalu yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 7.30 malam.

hi-tea-jurnal-asyikin-travelog-cinta

asyikin-exclusive-dan-baby-nyonya-shop
Baru-baru ini, aku berkesempatan bertemu secara dekat dengan pasangan usahawan yang dimaksudkan dalam program itu iaitu Puan Nur Asyikin binti Rahmat dan suaminya, Hj Tang Guo Hua yang lebih mesra disapa Tuan Haji. Aku bertemu mereka dalam majlis ‘hi tea’ bagi memperkenalkan program ‘Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua’ berkenaan.

hi-tea-ruang-shah-alam
Pada majlis yang berlangsung santai bersama segelintir rakan-rakan bloggers dan media, aku rasa tenang mendengar kisah pasangan daripada dua Negara berbeza ini. Ya lah seorang di Malaysia dan seorang lagi berasal dari tanah China.

Namun takdir dan jodoh mempertemukan keduanya di Malaysia, bahkan lebih membanggakan lagi apabila mereka bukan sahaja mampu mengekalkan sebuah keluarga harmoni bersama empat cahayamata tetapi berjaya juga membangunkan industri tekstil. Orang perempuan sudah tentu kenal kan dengan fesyen muslimah di bawah label “Asyikin Exsclusive” yang sudah lama bertapak malah sudah ada tiga buah cawangan butiknya pun, iaitu di MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.
Jadi tak perlulah aku cerita lebih lanjut tentang produk ‘Asyikin Exsclusive” kerana tujuan kedatangan ke majlis hi tea hanyalah untuk mempromosikan travelog cinta yang sudah pun selesai menjalani penggambaran di tanah China.
Ada 9 episod kesemuanya, tetapi baharu 5 episod berlalu dan tinggal lagi 4 episod yang boleh korang saksikan jika nak tahu mengenai kisah suka duka dua individu tersebut selaku watak utama sepanjang rancangan. Dan jika korang nak tahu apa sebenarnya tujuan rancangan ini diterbitkan?
Ha dengar apa kata Puan Nur Asyikin,

Saya ingin membawa penonton menyelusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar.

asyikin-exclusive

Tambah usahawan berusia 33 tahun ini lagi, apa yang dialami mereka berdua bukan mudah bahkan banyak air mata yang tumpah sepanjang perjuangan membangunkan jenama ‘Asyikin Exclusive’, namum fokus utama rancangan tertumpu lebih kepada mengenal budaya masyarakat Cina di Negara Tembok Besar China itu, tanah tumpahnya darah suami tercinta, Hj Ishak Tang.

Semasa menonton travelog ini, tentu korang perasan kebanyakan lokasi di mana penggambaran dilakukan bukanlah ‘wish list’ tumpuan pelancongan seantero dunia tetapi di kawasan luar daripada destinasi popular pelancong.

khazanah-budaya-dan-alam
Antaranya, korang akan dapat melihat beberapa daerah terpecil di mana salah satu daripadanya adalah perkampungan Hj Ishak Tang sendiri iaitu di Lanzhou. Kata Nur Asyikin, apa yang ingin ditonjolkan kepada penonton sebenarnya adalah lokasi yang dipilih tidak kurang menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk diterokai.

Meh kita dengar pula apa kata Hj Ishak tentang pengalaman pertamanya ini bersama isteri tercinta di rantau orang.

Kami menerima maklum balas yang memberangsangkan dan bersyukur kerana rancangan tersebut mendapat tempat di hati penonton Selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan ini yang dapat penonton saksikan, cerita Tuan Haji Ishak Tang.

Menurut Ishak yang turut mengendalikan perniagaan tekstil, Baba Nyonya Shop, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, rancangan travelog yang diterbitkan merupakan satu perkongsian yang tidak ternilai harganya dalam usaha membangunkan empayar bisnes mereka.

Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan agar terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen, jelas Tuan Haji Ishak.

Jadi sekiranya korang mahu mengetahui selok belok dunia perniagaan dan bagaimana perjuangan serta ketabahan yang perlu dihadapi eloklah tandakan kalendar korang setiap hari Ahad di Astro Oasis 106 , jam 7.30 petang untuk bersama mengikuti episod-episod seterusnya sehingga tamat dalam masa empat minggu lagi. Jangan lupa tau!

Kalau korang ada rancangan nak buka bisnes lepas ini baiklah menonton rancangan ini. Mana tahu kot-kot ada tip-tip yang diberikan boleh dijadikan panduan kan? Aku pun nak…. Hihi…

(9)

1,436 total views, 2 views today

Semua Orang Boleh Memiliki Iphone 7 Dengan Harga Murah
Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap

6 Replies to “Suka Tonton Travelog Cinta Tang Guo Hua Sebuah Jurnal Asyikin Exclusive”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge