Stim, Grill dan Pembakar Arang BBQ Steamboat

d'kayangan steamboat

Meh sini nak cerita pasal steamboat pula. Tempat pertama belajar makan steamboat tahun 2014 Pak John Steamboat, lepas itu cari steamboat dekat Melaka jumpa Api-Api Steamboat. Semalam saya cuba pula steamboat DKayangan di Seksyen 13 Shah Alam.

pembakar arang bbq

Baru berkesempatan untuk cuba makan di Dkayangan Steamboat semalam memandangkan semalam Dkayangan memperkenalkan konsep 3 dalam 1. Saya rasa anda kena cuba konsep baru yang diperkenal kan ini. Biasa makan steamboat cuma ada steam dengan grill je kan? Tapi Dkayangan menawarkan konsep 3 dalam 1 Grill, Steam dan Pembakar Arang. Saya rasa teruja bila nampak ada customer lain sedang asyik membakar dan terlihat macam sate rupanya bukan. Ah! nak tau?

skewer

skewer sedap

Rupa-rupanya itu lah menu skewer yang diciptakan oleh Chef Shahnizam yag sudah berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari. Antara menu-menu skewer disediakan adalah perapan Ayam Skewer Berempah, Daging Skewer Berempah Kicap, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper dan banyak lagi.

Rasa tak rugi sangat makan buffet dkayangan steamboat, harga berpatutan cuma RM40.20 termasuk GST korang boleh makan sepuas-puasnya menu-menu steamboat, grill, skewer dan pelbagai desert sedap-sedap. Paling best tiap-tiap hari ada kambing golek. Yeah!

Btw dibawah ini alamat penuh Restoran Dkayangan Steamboat :

kambing golek shah alam

No 1,  Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam. Talian untuk b
uat tempahan 012-2971091 / 017-3277904 / 03-55234979. Setiap hari jumaat, sabtu dan ahad pelanggan bertuah akan dapat hadiah Tudung Fareeda. *Terma & Syarat

3,344 total views, 1 views today

Kena Cuba Pizza Ini Lebih Besar Daripada Pizza Biasa
Tetamu Jemputan Rancangan #SedapMakan TV Al-Hijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge