Siri Jelajah Merdeka Aeon Akar Kita Zapin 2015

Ingat lagi tak 1 Mei hari tu korang buat apa? Aku 1 Mei haritu seronok gila menghadap jem ikut trip ke Perak punya pasal. Aku pun tak sangka punya jem gila.. Hari raya punya jem pun tak terok macam ni. Maklum lah hari buruh kan orang yang bekerja dapat cuti. Masa tulah nak balik kampung jumpa dengan mak ayah. Bagus juga tu.. Tapi tulah. Kena banyak-banyak bersabar lah. Dah semua nak balik kampung sekali serentak…

Tempat berkumpul dekat Utusan Malaysia, aku punya lah naik LRT turun stesyen chow sow lin tanya akak dekat kaunter tu nak pergi tempat Utusan ni. Akak tu cakap dekat je dekat belakang. Aku dengar dekat!, apa lagi jalan kaki sudah. Dia punya dekat berpeluh aku berjalan. Nak tak nak terpaksa juga lah ambik teksi pasal bas dah nak gerak pukul 4.45 pm. Aku orang last naik bas nasib baik diaorang tunggu kalau tak memang sia-sia aku kena tinggal. Terima kasih lah sudi menunggu, kalau tak tunggu tak dapat lah nak ikut trip ke Perak ni dengan blogger dan artis pun ada juga.

Kita orang bertolak dari KL pukul 5 petang agak-agak korang pukul berapa sampai KL – Perak? Dekat pukul 4.00 pagi baru sampai weh. Berapa jam punya perjalanan tu?  11 jam juga lah dalam bas, biasa 4 jam dah boleh sampai. Tapi ok lah, bas pun selesa siap ada karaoke lagi, semua blogger nyanyi kecuali aku. muahahaha… Terima kasih Seputra Perwasa Enterprise (SPE) bawa kami pergi dan balik dengan selamat.

Bayangkan duduk dalam bas dengan aircond sejuk, tak nya seorang-seorang nak terpecah empangan air masing-masing. Nak sampai ke RNR punya lah seksa jem. Yang membuatkan jem tu sebab RNR full kereta parking sampai dekat luar-luar terpaksa lah cari next RNR. Masuk tandas pun beratur, tapi ada yang berani seberang jalan pergi tandas RNR sebelah. hahaha

Akar Kita Zapin-2

Baru Dapat Makan Tudiaaa.. Pak Tam

Check In Hotel Taiping Perdana

Selepas perut dah kenyang bas terus bergerak ke lokasi hotel. Check in Hotel Taiping Perdana yang merupakan penaja penginapan hotel rasmi selama 3 hari  program Akar Kita Zapin berlangsung. Fuh! baru lah lega dah masuk hotel rebahkan badan atas tilam empuk hotel. Memang terbaik Hotel Taiping Perdana.

Seputra Perwasa Enterprise (SPE) Bas.

Dari KL ke Perak perjalanan yang agak luar biasa, driver bas ni memang terbaik pagi keesoknya kami dibawa ke Zoo Taiping secara konvoi bersama Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club. Seterusnya lokasi kami ke AEON Mall Taiping.

Siri Jelajah Merdeka AEON, Akar Kita Zapin 2015

Akar Kita Zapin

Sebelah petang nya acara Akar Kita Zapin 2015  berlangsung di AEON Mall Taiping yang merupakan penaja rasmi Siri Jelajah Merdeka Akar Kita Zapin 2015. Aku lihat semangat zapin lain macam hebat dia orang nih. Saling berbalas balas sampai satu puncak kedua-dua kumpulan diminta berlawan semula. fuh! Penat tu..

Akar Kita Zapin (2)

Penat tu tak sia-siakan apabila kumpulan Laskar Tari layak ke pusingan akhir manakala Desta Lima telah tewas. Pada awalnya Desta Lima mendahalui dengan sebanyak 130 mata. Tapi pemilihan juri suka persembahan kumpulan Laskar Tari.

Mata Pertandingan :

Desta Lima (130 mata)
Laskar Tari (115),
Tingkah Laksaman (85)
Lantera Mutiara (81)

Akar Kita Zapin (3)

“Kita telah bermula di AEON Mall Taiping untuk peserta di peringkat zon utara. Selepas ini kita akan ke AEON Mall Seri Manjung, Perak untuk peserta bagi zon timur, AEON Mall Rawang, Selangor bagi zon tengah dan kemudian ke AEON Mall Tebrau City Johor Baharu untuk peserta dari zon selatan.

Untuk korang yang berminat untuk ikuti Siri Jelajah Merdeka AEON dibawah telah disediakan jadual.

Siri Jelajah Merdeka AEON
Akar Kita Zapin 2015

AEON Mall Seluruh Malaysia
1 Mei 2015 hingga 31 Ogos 2015
10:00 pagi hingga 10:00 malam

Zon Utara
AEON Mall Taiping, Perak
1-3 Mei 2015

Zon Timur
AEON Mall Seri Manjung, Perak
22-24 Mei 2015

Zon Tengah
AEON Mall Rawang, Selangor
5-7 Jun 2015

Zon Selatan
AEON Mall Tebrau City Johor Bahru, Johor
24-26 Julai 2015

Peringkat Kebangsaan
AEON Mall Cheras Selatan, Selangor
14-16 Ogos 2015

Peringkat Nusantara
AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
21-23 Ogos 2015

Telefon:
016-291 8066

Website:
www.akarkitazapin.com.my

(6)

923 total views, 1 views today

Sesi Istimewa Dato Siti Nurhaliza bersama Peminat Sambut Hari Ibu
Candy Buffet Sukelettew

Be the first to comment on "Siri Jelajah Merdeka Aeon Akar Kita Zapin 2015"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!