Single Mask Treatment Amelfawz Beaute

spa lelaki

Pengalaman dapat rawatan Single Mask di Amelfawz kebetulan pula tepat pada masa jerawat tengah galak naik pula sekarang. Tak tahu lah kenapa, member siap mengusik pula tu. “Orang tengah bercinta katanya.” “Eh! bila masa pulak aku bercinta.” hahahaha

Hujung minggu lepas ada kawan aku, office dia dekat Bukit Jelutong rekemen dekat aku spa depan office dia tu. Dia kata pergi lah cuba buat treatment dekat spa itu. Aku kata ok! boleh cuba ni. So sesampai sana aku diminta isi borang dulu lepas tu nanti therapist diaorang akan kenal pasti apa masalah kulit yang kita hadapi.

Macam aku, kulit muka berminyak, berjerawat dan berparut sikit lah tapi tak lah teruk sangat. So diaorang cadangkan cuba Single Mask Treatment.

Apa Single Mask Treatment boleh buat?

Single Mask Treatment menggunakan Acne Ampule dan Ruby Pearl Mask bertindak memberikan kenyamaan pada kulit sambil memerangkap dan membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat. Untuk korang yang mmepunyai masalah jerawat, kulit sensitif sangat disarankan untuk cuba rawatan ini.

Step by Step Single Mask Treatment

1. Cleanse degan Enzyme Facial Cleanser untuk normal-oily skin
2. Scrub dgn Diamond Bright Face Scrub untuk buang sel kulit mati, kekotoran, bersihkan liang roma, membersihkan blackhead dan whitehead, bantu pemudaran parut dan mencerahkan kulit.
2. Face & upper body massage untuk melancarkan peredaran darah diwajah dan badan, memberi kenyamanan dan kesegaran pada wajah dan badan, melegakan tekanan.
4. Cold steamer – membantu melegakan tekanan dan iritasi pada kulit dan membuka liang roma
5. Extractions – mengeluarkan jerawat, blackhead, whitehead.
6. Tea Tree Oil Ampule & Ruby Pearl Mask membantu membunuh bakteria pada kulit, merawat jerawat, meredakan iritasi dan kemerahan, membantu penyerapan minyak yang tidak diperlukan kulit.
7. Soothing Serum & Ultrasonic Cold Hammer – membantu penyerapan nutrisi serum dengan lebih mendalam, membantu menegangkan kulit, membantu meredakan iritasi pada kulit, membantu melegakan kulit daripada tekanan.
8. Skin Activator Spray – mempersiapkan dan melindungi kulit dari bakteria, membantu merawat jerawat dan memberi kenyamanan pada kulit.
9. Oil Free Moisturiser – membantu memberikan kelembapan asas yang perlu ada pada kulit sambil mengawal lebihan minyak yang tidak diperlukan kulit

Demo Ruby Pearl Mask

 

Selesai saja treatment kelihatan jerawat sudah dinyahkan daripada muka. Wah! puas hati sangat. Cuma lepas ni kena konsisten cuci muka. Maybe dengan Ephyra Skin Bar ke. Rasa macam serasi dengan muka.

Oh! Btw korang nak ke spa Amelfawz ini alamat ya dan nombor contact

D’Vida BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM (atas Zawara Coffee Bukit Jelutong)
0196098400 | 0196688400
Facebook : Amel Fawz Official
Instagram : Amelfawzbeaute

Thank you Amelfawz! untuk servis yang terbaik….

(20)

1,806 total views, 1 views today

Kedai Makan Western dan Barista di Melaka
Susu Kambing Baraka Sedap Lagi Lazat

2 Comments on "Single Mask Treatment Amelfawz Beaute"

  1. Berapa lama sekali treatment single mask tu? nampak banyak gila steps dia.
    Fadzi Razak recently posted…Cara Mudah Untuk Buat Qurban Dan Aqiqah Dengan EZQurbanMy Profile

  2. amboi..bab2 ni biasanya orang perempuan yang suka..x sangka orang lelaki pun minat ye…lama x manjakan muka ni

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!