Shopping Raya Last Minutes Atas Lori Trak Fashion On Wheel

baju melayu teruna

Macam mana dengan persiapan raya korang semua? Alhamdulillah persiapan tahun ini dah berdua. Maksud nya tahun sebelum-sebelum ini bujang tahun ini dah bernikah. hehe. Puasa pun berdua, tahun sebelum ini masing-masing dengan family.

Orang rumah aku memang eksited nak shopping barang-barang raya ini, aku layan kan je, sebab kata nya teringin nak berjalan-jalan dekat masjid india, aku bawak kan jela bagi dia rasa. Sekali hadap kau ramai padat orang parking pun meraba-raba nak cari.

End up dapat la bawa balik sepasang baju melayu dengan baju kurung tu pun lepas dah masuk jakel, kalau tidak memang berhimpit-himpit kat bazar masjid india tu dengan ramai orang nya, tempat agak sempit nak fitting lagi.  Itu pun lepas masuk jakel dah nak keluar tak jadi nak beli, tapi bos jakel tu nampak kita orang nak keluar dengan muka tak happy, dia tanya aku buat tak layan, cuma ada satu word dia cakap buat aku menarik nak tahu. Bos jakel tu cakap “kenapa ada masalah harga ke?” aku berhenti dan pandang dia, dia offer aku baju melayu, free samping dan butang RM100 je, terus aku teruja nak cuba. Mungkin korang boleh cuba taktik ni hahaha.

Korang punya persiapan raya macam mana? Ok tak? Sesetengah orang dia tak suka nak kena berjalan banyak nak cari satu tempat ke tempat yang lain, lagi-lagi sekarang dah ada macam-macam design dan jenama tak kan la kau nak pergi survey dan fitting dari satu butik ke butik kan?

fowheel 18

Aku rasa konsep ni menarik korang kena pergi Fashion On Wheel, konsep dia korang boleh shopping-shopping beli baju raya kat atas lori trak je, macam-macam jenama ada. Btw sorry, kalau aku lambat bagitau ni, tapi korang sempat lagi nak pergi cari baju raya kat Fashion On Wheel ni dorang ada beberapa lagi pitstop  sampai hujung minggu ni.

BIL TARIKH TEMPAT MASA
1. 4-5 June 2018 Avenue K, KL 10am – 5pm
2. 6 – 8 June 2018 Kompleks Kerajaan, Putrajaya 10am – 5pm
3.  9 – 10 June 2018 Pullaman Lakeside, Putrajaya 4pm – 10pm
baju melayu teruna

Baju Melayu Teruna by Hafiz Mahamad

Macam-macam brand ada, semua jenama ni korang boleh dapat dalam satu tempat je – Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelita Sara, Sofea Rose, Mummy Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.

Nak cari pakaian untuk lelaki ada, baju wanita pun ada, kanak-kanak, tudung dan aksesori macam-macam ada korang boleh shopping di bawah satu bumbung trak FOW ni tau!

Dah la selesa, dapat discount, dapat gift lagi. Oh lupa! Boleh menang duit raya RM1000 lg tau 😍

Menang RM500 tanpa shopping pun boleh tau.

Korang nampak trak FOW ni kan korang snap, post kat ig dan tag @fowheel18.

(89)

647 total views, 1 views today

Selamat Pengantin Baru!
Circle Baru Blogger Malaysia 2018 Batch Kedua Dibuka, Daftar Sekarang!

Be the first to comment on "Shopping Raya Last Minutes Atas Lori Trak Fashion On Wheel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!