Sesi Istimewa Dato Siti Nurhaliza bersama Peminat Sambut Hari Ibu

Korang dah baca belum 10 idea hadiah sempena hari ibu nanti? Kalau belum cepat-cepat baca sebab saya ada senaraikan 10 hadiah yang boleh korang beri hadiah istimewa kepada ibu korang yang tersayang tu tak lama je lagi. Tahun ini hari ibu jatuh pada tarikh 10 Mei 2015, tahun lepas kalau korang perasan jatuh pada 11 Mei.

OMG - Mothers Day (41)

Tahun 2015 ada sesuatu yang istimewa buat peminat artis tersohor Dato Siti Nurhaliza. Kalau diberi peluang korang boleh meet and greet serta makan malam bersama Siti nak tak?. Jom lah sertai majlis gilang gemilang ini yang bertemakan Mothers Day Mircale Night with Dato Siti Nurhaliza yang akan diadakan pada 15 Mei nanti bertempat di Kristal Hall TM Convention Centre, TM Tower Bangsar, Kuala Lumpur.

pc siti-1

29 April yang lepas telah diadakan di Menara Kuala Lumpur  sesi kedua sidang media bagi mengumumkan artis jemputan dan para-para sponsor untuk event ini. Nak tahu siapa artis jemputan tu? Artis jemputan yang akan bersama Dato Siti Nurhaliza pada makan malam itu nanti adalah Nabil dan Angah Raja Lawak. Selama 1 jam Nabil dan Angah akan turut mengacarakan majlis makan malam ini turut menghiburkan semua orang tentu akan meriah.

Makan malam amal ini disediakan makanan dalam dorm. Yang saya suka majlis makan malam ini bukan je dibuat untuk orang-orang berada malah majlis makan malam ini akan meraikan 30 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan. Sebahagian hasil jualan tiket diberikan sumbangan untuk tabung kebajikan mereka.

Majlis makan malam ini telah menarik perhatian Puan Rita Dato’ Sosilawati, pengarah urusan Nouveless Visages menjadi penaja utama Mothers Day Mircale Night with Dato Siti Nurhaliza.

OMG - Mothers Day (14)
Puan Rita Dato’ Sosilawati

Ini adalah merupakan tanggungjawab kemasyarakatan buat Nouveless Visages dimana dengan sumbangan ini, ianya akan dapat memberi peluang anak-anak ini untuk menyaksikan persembahan artis terkenal Dato Siti Nurhaliza, disamping berhibur, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti persembahan fesyen, cabutan bertuah dan macam-macam lagi. Kata Puan Rita Dato’ Sosilawati

Disamping itu juga, inilah masa kita bersama-sama meraikan ibu tersayang dimalam penuh bermakna nanti, tambah beliau lagi.

Majlis makan malam ini tentu tidak lengkap tanpa sokongan-sokongan para penaja yang lain.

Barisan Penaja
Barisan Penaja

Penaja Utama : Nouvelles Visages (NV),
Dekorasi Pentas : Laurea Home Furnishing
Pakaian Anak-anak yatim : Que Tres Hermanos,
Hadiah : Cool Hijab, SimplySiti, Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Photo & Video Official Team : Kaio Studio
Hebahan Social Media Official Team : Hai Blogger

Mothers Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza ini dibawakan khas oleh OMG Fest, merupakan organisasi yang bermula dengan menganjurkan karnival usahawan. Kali ini mereka mencari kelainan dengan mengajurkan event makan malam bersama artis.

Untuk tempahan meja sila hubungi 01126261656 atau 0192796275 tempahan online pula melalui www.omgfest.my atau www.redtix.airasia.com

Berbaloi-baloi kerana pada malam istimewa itu, Dato’ Siti Nurhaliza akan menyampaikan lebih daripada 8 lagu terbaru dari himpunan lagu-lagu popular beliau. Harap-harap Siti dapat bawa lagu Lebih Indah secara LIVE. Pergh! terbaik tu, saya suka lagu ni.

Karoks sikit la… acececeh… hihihi

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Kau harunginya

psst… dengar cerita nanti Dato Siti akan pilih ibu bertuah ada hadiah istimewa katanya… Agak-agaknya siapalah ibu bertuah tu? Boleh jadi ibu anda kan. 🙂

(0)

1,401 total views, 2 views today

Yaya Rosly Fashion Designer Kecik Molek
Siri Jelajah Merdeka Aeon Akar Kita Zapin 2015

2 Replies to “Sesi Istimewa Dato Siti Nurhaliza bersama Peminat Sambut Hari Ibu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge