Seruan Boikot Barangan Israel dan syarikat yang menyumbang

Seramai 10 Ribu orang peserta Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza 2014 berhimpun berjemaah dengan semangat yang membara di Dataran Merdeka pada sabtu hujung minggu lepas yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif. Mereka ini datang dari pelbagai-bagai kaum,agama dan negara. Majoriti nya rakyat Malaysia sendiri yang jelas sangat Utuh sokongan mereka, mahukan saudara kita di Gaza, Palestine merdeka aman damai.

Tahniah! diucapkan kepada rakyat Malaysia.. – Halim Brothers

Sekali lagi aku nak bertanya, apakah kita di Malaysia ini boleh membantu dengan sekecil-kecil bantuan yang termampu buat masa ini? BOIKOT! ya.. Kita boikot. Boikot apa sahaja barangan,perkhidmatan,penjualan dan sokongan dana ke Israel.. Seruan boikot kepada 30 Juta penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama yang nama nya masih ada sifat kemanusian.. Ayuh! kita sama-sama jangan membeli barangan-barangan yang keuntugan nya di guna kan untuk Israel membeli senjata membedil penduduk di Gaza.

Freedom For Palestine Boycott  Israel
Freedom For Palestine Boycott Israel

Ada orang kata kerja boikot ini kerja bodoh. Meh sini, aku sekeh kepala depa! Tak mati pun tak dapat makan dan guna produk-produk Yahudi Israhell. Dibawah ini aku kongsikan barang-barang  yang kita perlu boikot. Daripada mula huruf A-Y, sebahagian darinya dah sebati dengan diri kita.

Senarai Boikot Produk Israel
Senarai Boikot Produk Israel

Dalam pada masa aku menyeru usaha memboikot, sedang aku menaip ini pun laptop ini menggunakan perisian Intel. Lihat la sekarang berapa kuat pengaruh Israel kepada kita. Intel adalah salah satu penyokong terbesar Israel sejak pada tahun 1974 lagi mereka mencurah pelaburan masuk Israel. Tetapi apa yang boleh aku kata kan, kita manfaat kan perisiaan ini untuk makan tuan semula.

Sekalipun kita tidak mampu memboikot semua senarai seperti di atas, sekurang-kurangnya kita dapat boikot produk-produk UTAMA yang kita tak di perlukan dalam kehidupan seharian seperti infografik yang disediakan oleh sahabat aku, Hafiz Mansor.

Klik untuk besarkan media gambar :

Setiap kebaikan walaupun kecil akan melahirkan kebaikan yang lain. – Hafiz Mansor

Pleasse Share and Spread The Message..!

 

(1393)

10,450 total views, 2 views today

Jika anda dibuang kerja sebab BOIKOT syarikat ini.
WW2: Smart Casual Katanya

8 Replies to “Seruan Boikot Barangan Israel dan syarikat yang menyumbang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge