Selfie Dengan Vivo X5 Plus

Vivo x5 pro

Korang.. Korang.. ada sebuah smartphone yang baru dilancarkan baru-baru ini. Mana lah tahu mungkin boleh menarik minat korang kan? Nak tahu tak?

Korang pernah dengar smartphone jenama Vivo tak? Jenama Vivo ini dah ada sejak dari tahun 2012, pelancaran telefon pintar vivo yang pertama pada tahun 2012, vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max. Minta maaf, aku kurang ambil tahu smartphone Vivo ni. Tapi dikhabarkan Vivo berturut-turut memecahkan rekod telefon pintar paling nipis di dunia, mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi, telefon pintar degan skrin 2K vivoXplay3S dihasilkan pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula pihak Vivo menghasilkan aperture F1.6 besar & optic penstabilan imej Xshot.

vivo x5 pro review

Vivo nih dah masuk pasaran Malaysia setahun yang lalu maksudnya tahun 2014. Baru-baru ini pihak Vivo telah melancarkan smartphone Vivo X5 Pro yang pertama di Malaysia bertempat di Menara Berkembar Petronas. Ribuan orang, artis, media asia dan peminat telefon pintar menanti kemunculan Vivo X5 Pro.

Rekaan bentuk nampak seakan macam iphone 6 dan kelihatan premium. Kemasan tepi logamnya melengkung bagi memberikan keselesaan ketika digenggam. Panel belakang diperbuat daripada kaca, bukan logam seperti sebuah iPhone. Pada dagu peranti terdapat tiga butang kapasitif iaitu menu, home dan back. Ketiga-tiga butang tidak mempunyai sokongan lampu. Terdapat fungsi-fungsi canggih yang tak ada pada kebanyakkan android fon.

Dari segi fungsi, vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan.Telefon ini juga mempunyai tumpuan dan kedudukan tengah PDAF, bersama flash kelajuan tinggi – vivo telah mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas. So korang tak perlu risau gambar bergegar sebab kau boleh selfie / bergambar dengan tunjuk isyarat tangan je. Aku dah cuba! best. Tapi malangnya tempat yang kurang cahaya fungsi ni tak berjalan. Hampeh betul.

Vivo X5 Pro

Spesifikasi adalah sederhana dengan skrin 5.2″ IPS LCD HD Penuh . Pemproses lapan teras Snapdragon 615 (1.5 x 4+ 1.1 x 4 GHz) digabungkan dengan RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16/32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 8 Megapixel pada bahagian hadapan. Akhir sekali peranti nipis ini dilengkapi bateri sebesar 2300 mAh. – Amanz

Harga Vivo X5 Plus

Vivo X5 Pro
Pemproses Snapdragon 615 (1.5 x 4 + 1.1 x 4 GHz)
Skrin 5.2″ SAMOLED (1080P) 424 PPI
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama 13 Megapixel (1080P)
Kamera Depan 8 Megapixel (1080P)
Bateri 2450 mAh
SIM/Telefoni Nano + Mikro SIM / 4G
Harga Jualan RM 1599

Mengenai vivo
“vivo” berasal daripada istilah Latin kuno, yang pada asalnya digunakan oleh orang Rom semasa memberi sorakan kepada Caesar, Ottawa, Victoria serta tokoh-tokoh lain sezaman. Dengan aliran masa, istilah “vivo” digunakan untuk menggambarkan kekaguman terhadap karya-karya terkemuka, dan menjadi sejenis expressi untuk menggambarkan hasil seni yang luarbiasa.Kini, “vivo” merujuk kepada golongan muda serta bertenaga.

Vivo berdaftar di negara China pada tahun 2008, dan sejak 2011 vivo telah berkembang secara antarabangsa dan merupakan sebuah jenama yang boleh didapati di lebih 100 negara di setiap pelosok dunia, termasuk negara Indonesia, India, Thailand dan Myanmar.

 

(2)

2,519 total views, 1 views today

Jom Kita ke Festival Ramadan Klang
Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad & Upin Ipin

2 Comments on "Selfie Dengan Vivo X5 Plus"

  1. Bro, mana lagi best? Vivo X5 Plus ke atau IPhone 6 gold yang bro menang masa SBB2015 hari tu?
    Anuar recently posted…Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!