Selamat Pengantin Baru!

Pejam celik pejam celik kahwin dah aku ye. hahaha. Memang target nak kahwin umur 25 tahun, tepat umur 25 tahun 1 hari aku nikah. So untuk itu aku nak tulis dalam blog aku sendiri untuk kenang-kenangan akan datang. Dulu aku selalu tertanya-tanya sama ada jodoh atau ajal aku akan sampai dulu. Siapa follow aku di twiter mesti akan nampak pin post aku pasal ini. Bagi aku ajal tu dah pasti pada tiap-tiap orang tapi bukan jodoh. Tak semua orang yang ketemu jodoh, ada yang membujang sampai ke tua tidak pun tak sempat sampai jodoh, ajal dah datang menjemput.

Aku bersyukur kerana soalan aku sudah terjawab. Antara jodoh dan ajal aku mana yang sampai dulu? Jodoh aku sampai terlebih dahulu. Ini adalah satu nikmat yang tuhan berikan setiap manusia yang diciptakan olehNya mempuyai fitrah untuk berpasangan-pasangan.

Petua orang-orang tua ada kata nak tahu kita berkahwin orang dekat atau jauh tengok pada pusat. Pusat aku jauh kedalam memang betul kawin dengan orang jauh. Nun jauh di Perak dekat sangat dah kalau nak pergi Pangkor. hehe

Kita orang bercinta cara jarak jauh, mula tu dia kerja dekat Swiss Garden Lumut, lepas kita orang kenal sebulan dua lepas tu dia kerja di Penang tinggal dengan rumah angah dia. Kalau nak kesana jumpa dia, memang nak kena memanjat jambatan Pulau Pinang dulu la jawab nya.

Diringkaskan cerita, kenal dalam hujung bulan April tahun lepas, mula berhubung bulan 5, bulan 12 kita orang tunang dan bulan April 2018 kami telah diijab kabul kan. Lebih kurang setahun kenal dan tunang kemudian bernikah. Majlis buat sekali sahaja di belah perempuan, kampung wife dekat Beruas. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, nikah pada hari jumaat 28 april dan sanding hari sabtu 29 april tu. Date yang pilih tu jatuh tarikh lahir wife aku 29hb april, aku pula 26hb april kira nya kita orang pilih tarikh tengah-tengah.

Masa datang merisik dan bertunang bercadang nak ikat setahun, paling awal bulan 10 nanti sebab takut kalau hujung tahun sangat kampung dekat sana banjir. Tapi biasa la wife aku beria sangat nak puasa dengan raya sesama tu yang jadi bulan april tu. Dalam masa sama kitaorang risau juga la tak tau lagi bila tarikh pru sama ada april atau mei. Mujur la pru bulan mei, tak bertembung dengan majlis kita orang.

Biasa nya perempuan la paling beria. Dalam checklist kita orang 4 benda penting ni. Baju nikah, baju sanding, photographer & videographer. Kita orang tak buat banyak sangat survey sebab dalam kepala kita orang dah tahu nak pilih yang mana. hehehe

Baju Nikah – Asyikin Exclusive

Baju nikah kita orang tempah dengan Asyikin Exclusive. Baju melayu aku dan dan wife baju kurung.  Satu set sekali samping, songkok dan butang. Baju melayu guna kain dull satin, baju kurung guna kain creape. Kain lembut terletak, licin, tidak jarang dan tidak berkedut. Sangat selesa dan tidak panas aku pakai.  Mula risau juga takut tak sempat siap sebab agak lewat juga kita orang pergi tempah. Mujur sempat siap. Mula dapat baju tu fitting dulu dan semuanya baik dan aku puas hati. Nanti aku cerita kenapa aku pilih Asyikin Exclusive ni (Klik sini untuk baca – lepas publish entry baru letak link)

Tengok instagram : asyikin_exclusive

baju sanding pakcik hafiz

Baju Sanding – pakcik_hafiz

Baju sanding kita orang sepatutnya dari KL tapi disebabkan beberapa masalah yang terjadi kat baju tu, kita orang terpaksa la juga tukar baju sanding yang lain. Dekat sana dah la ada satu je butik pengantin yang ada. Walaupun satu je yang ada tapi lengkap la macam-macam pilihan ada baju, aksesori apa semua disediakan. Kita orang ambil sekali pakej dengan pakcik hafiz ni pelamin, meja beradab dan baju sanding sekali. Bincang punya bincang dapat la harga diskaun yang berbaloi. Aku datang sekali je untuk fitting sebab jauh kan, pihak belah perempuan yang uruskan semua. hihi.

Tengok instagram : pakcik_hafiz

photoshoot outdoor lumut

Photographer – Todak Merah Photography

Photographer nikah dan sanding kita orang pilih todak merah photography. Salah satu sebab kita orang pilih photographer ni sebab kawan aku. So nak deal apa dengan dia ni mudah je. Majlis kita orang buat dekat Perak. Kalau nak pilih photographer dari KL ada caj kos tambahan untuk transport dan penginapan. Tapi dengan dia ni mudah dan dia pun ada butik pengantin dekat Teluk Intan, so tak jauh la nak pergi ke belah Manjung tu. Harga berpatutan gambar pun cantik, korang tengok la gambar kat atas ni, cantik kan? Pasal photographer ni aku nak cerita panjang lebar dekat next entry nanti.

Tengok instagram : todakmerahphotography

Videographer – Atelier Porto

Dalam industri kahwin ni orang ramai kenal Atelier Porto terkenal dengan artwork-artwork masterpiece dia orang ni. Fuh tangkap leleh bila dia orang shoot gambar kahwin. Untuk korang yang nak kan gambar kahwin yang exclusive memang patut ambik pakej dengan atelier porto. Masa kahwin kita orang atelier porto merakam video moments-moments bahagia memandang kan gambar kita orang dah ada photographer. Video yang atelier porto hasil kan korang tengok akan rasa “wow”  tak sabar nak tengok video yang dah siap, nanti aku tunjuk kat korang tau. Sementara tu korang boleh follow dorang kat ig Atelier Porto. Boleh tengok hasil kerja sentuhan mewah daripada atelier porto ni dekat vimeo – klik sini. Memang meleleh tengok.

Tengok instagram : atelierporto

Kalau aku nak cerita semua memang berjela-jela, so aku akan bahagi kan beberapa part supaya mudah korang baca. Lagi satu sebab nya aku tulis ni bantu korang yang nak kahwin tu tengah survey-survey buat pilihan. Haritu ada kawan aku nak kawin bulan 8 ni dm kat ig tanya aku photographer kahwin, terus aku rekemen kan todakmerahphotography. Tak banyak cakap tau-tau dah booking dah. Harga berpatutan kualiti gambar best apa lagi tunggu lama-lama nanti penuh slot baru tau! hahaha.

(105)

373 total views, 10 views today

Shopping Raya Last Minutes Atas Lori Trak Fashion On Wheel

2 Comments on "Selamat Pengantin Baru!"

  1. Tahniah Halim… Selamat pengantin baru… semoga berbahagia hingga ke jannah..
    .
    anuar recently posted…RM41,702.00 telah berjaya dikumpul sehingga 24 Ramadhan 1439HMy Profile

  2. tahniah halim, sama cantik sama padan, semoga berbahagia kekal ke akhir hayat
    ajumohit recently posted…Hadiah anniversary tahun 2018My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!