Sekitar Anugerah MeleTOP ERA 2015

Saya belum pernah dapat mana-mana pas masuk konsert sebelum ini. Tapi bila dapat 5 pas masuk Anugerah MeleTOP Era 2015. Layan kan aje. Saya ajak sekali blogger Ayue Idris dan Wana Zara. Kitaorang takut lambat sampai, LRT penuh lah, nak cop tempat yang best puya awal pukul 5 lebih lagi dah sampai Stadium Putra Bukit Jalil. Panas terik masa tu, nasib baik ada gerai boleh minum-minum hilangkan dahaga sementara tunggu Wana sampai.

Anugerah Meletop Era

7.00 malam konsert tirai dimulakan, dapat la tengok gelagat Haniff dan Ray jadi pengacara depan-depan. Lepas tu ada persembahan artis baru Firman AF, Aziz Harun, Caliph Busker, Mior Otai Masih Berbisa dan ramai lagi.

Pukul 8 malam semua orang dah tunggu depan pintu tunggu pintu masuk. Bersesak-sesak la ramai-ramai menunggu dengan sabar. Kalau tengok red carpet tempat duduk tak dapat port baik la, so terpaksa berkorban tunggu dekat setengah jam depan pintu. Buka pintu jadi kecoh sikit masing-masing nak masuk.

Live Anugerah Meletop Era

Tapi, kita orang dapat tempat duduk best kat tengah-tengah, tu pun dah whatsapp Ayue yang dapat masuk dulu cop kan tempat duduk kita orang 3 lagi. Saya dan Wana eh! siapa pula lagi seorang, Sham Hardy. Kebetulan ada lebih 2 lagi tiket kan.

Malam Anugerah Meletop Era

Bila dapat tengok live baru kita tau disebalik tabir macam masa iklan kena buat apa, susunan setiap persembahan dan banyak lagi. Tak dapat tengok habis, sebab kena kejar train. Balik awal-awal pun sama juga terlepas train pukul 12 tengah malam. Terlajak timing masa syok sangat tengok persembahan.

AME2015

Senarai pemenang Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015)

Artis Baharu MeleTOP
Ayda Jebat

Anugerah Bintang Online MeleTOP
Dato’ Siti Nurhaliza

Anugerah Couple MeleTop
Scha & Awal

Anugerah Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP
Johan

Group/Duo MeleTOP
Akim & The Majistret

Anugerah Penyanyi MeleTOP
Dato’ Siti Nurhaliza

Anugerah Lagu MeleTop
Mewangi- Akim & The Majistret

Anugerah Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega 2013

Anugerah Drama Tv Meletop
Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Hos/ Pengacara TV MeleTop
Dato’ AC Mizal

Artis Lawak MeleTop
Johan

Pelakon TV Meletop
Zul Ariffin

Bintang Filem Meletop
Nelydia Senrose

Anugerah Filem Meletop
Abang Long Fadil

Anugerah Top Top Meletop (Perempuan)
Ayda Jebat

Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki)
Johan

2,093 total views, 1 views today

Live Chat Bersama Faizul Juara AF 2013

3 Replies to “Sekitar Anugerah MeleTOP ERA 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge