Segmen Hai Blogger! di eWana.fm

Segmen Hai Blogger! eWana.fm Hai Blogger!.. Apa yang terbaru tentang Hai Blogger! ? Selepas 2 bulan dijalan kan melalui chatting apps android. Yang menariknya sekarang Hai Blogger!  sudah dimasuk kan sebagai segmen radio internet eWana.fm yang terkenal dengan slogan More Than Just A Radio. Ini adalah kolaborasi kerjasama antara saya  (Halim Brothers) bersama eWana.fm dalam usaha menaik taraf  industri blogging ke arah yang lebih maju dan kreatif. Apa objektif dan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh bloggers?

SEGMEN  : HAI BLOGGER!

OBJEKTIF :

  •    Mengetengahkan Blogger-blogger kepada pendengar eWana.fm
  •    Mempromosikan blog masing-masing
  •    Memberi peluang merasai bidang Penyampaian Radio
  •    Menaikkan industri Blogging ke arah yang lebih maju dan kreatif

SINOPSIS :

Segmen Hai Blogger! Ini diwujudkan di eWana.fm sebagai salah satu segmen yang menampilkan kerjasama Bloggers dan juga eWana.fm sebagai sebuah kerjasama menaiktaraf industri Blogging Malaysia dan juga Nusantara.

Keunikan segmen ini ialah menampilkan Blogger itu sendiri sebagai Deejay (Pengacara Radio) sekaligus menjadi pengemudi segmen Hai Blogger! mengikut niche/tema Blogger itu sendiri.

Ini bererti, setiap Blogger hanya perlu membaca serta mengulas kembali entri-entri yang telah ditulis dalam blog mereka. Ini bakal memberi kefahaman serta menjadi pendekatan lebih mesra kepada pendengar serta pembaca-pembaca setia blog mereka juga bakal menarik pembaca-pembaca baru untuk mula mendekati penulisan mereka.

Tugasan-tugasan Blogger adalah:

  1.  Mengisi borang pendaftaran.
  2.  Hadir ke Konti eWana.fm untuk mendapatkan sesi taklimat dan latihan singkat.
  3.  Mendapatkan tarikh dan masa bersiaran daripada Penerbit Segmen.
  4.  Hadir ke Konti eWana.fm untuk merakam Teaser Promo Segmen.
  5.  Mewar-warkan kepada pembaca tarikh dan waktu siaran masing-masing.
  6.   Hadir ke Konti eWana.fm DUA JAM sebelum waktu bersiaran pada tarikh yang ditetapkan (Waktu Siaran: 8-9 malam setiap Isnin).

Faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh Bloggers:

  1. Pengalaman bersiaran sebagai Penyampai Radio (Deejay) 100% percuma (Harga biasa ialah RM200/jam)
  2. Promosi Blog masing-masing kepada pendengar eWana.fm seluruh Nusantara dan Dunia.
  3. Boleh mendengar kembali rakaman Segmen masing-masing di applikasi HaiBlogger!
  4. Tersenarai dalam pencalonan pilihan Carta Bloggers 30 eWana.fm
  5. Tersenarai dalam sebarang kerjasama bersama Hai Blogger! dan eWana.fm
  6. Kemungkinan terpilih sebagai Deejay Part Timer’ eWana.fm
  7. Berpeluang mendapatkan intensif dalam bentuk wang tunai melalui kerjasama Hai Blogger! dan eWana.fm
  8. Menjadi ahli Hai Blogger!
  9. ….
  10. …..

Cara Penyertaan:

  1. Mengisi borang di link (akan dibuka penyertaan)
  2. Tunggu panggilan dari pihak Penerbitan eWana.fm

———————————————————————————————————–

Contoh promo blog anda di dalam segmen Hai Blogger eWana.fm

(2119)

8,933 total views, 1 views today

Fatin Fadzil dalam segmen Hai Blogger! eWana fm
Pengalaman pertama kali jadi Dj Radio eWana fm

8 Comments on "Segmen Hai Blogger! di eWana.fm"

  1. Satu tawaran menarik kepada para blogger untuk mempromosikan blog mereka. ..
    anuar recently posted…Download PERCUMA Review Rujukan Peperiksaan Akauntan W41My Profile

  2. wahh ! mcam best jaa.. haha ~ ^_^ ~~

  3. tahniah bro.. best gak dengar ko jadi DJ.. huhu
    broFami recently posted…Step by step how to write arabic in photoshopMy Profile

  4. Boleh jadi dj lah nnt. haha
    Suhairi Alias recently posted…Cara mudah melihat save passwordMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!