Sebab Benda Ini Mengimbau Zaman Kanak-Kanak Aku

zaman kanak-kanak

Masa zaman kanak-kanak korang apa yang korang rasa paling best korang buat masa tu. Tetiba teringat balik kisah-kisah masa zaman aku budak-budak. Nak tahu tak macam mana kisah budak-budak aku dulu? Kalau nak tahu aku nak cerita ni. hahaha

Aku lahir dekat kampung je. Duduk dengan Atok dan Wan dekat kampung daripada kecik sampai umur 6 tahun. Sempat juga la merasa sekolah tadika dekat kampung. Aku paling tak lupa masa aku sekolah tadika aku memang paling suka makan gula-gula. Atok dan Wan aku manja kan aku bagi makan gula-gula, keropok, aiskrim apa semua makanan ringan tu sampai hitam jadi gigi aku. Bukan setakat hitam rongak pun ada. Aku tak tau la ada ke tak gambar aku masa tu. Kalau ada memang pecah perut aku tengok. hahaha..

Sekarang umur dah 20an tapi ingatan masa sekolah tadika tu masih ada. Yang aku ingat masa nak makan aku suka berlari-lari dalam tadika tu. Eh! tetiba memori tu macam nak hilang pulak. Jap nak ingat balik!  hahaha tak apa la nanti aku ingatkan balik. Yang pasti sekolah tadika aku dulu memang banyak buat birthday party setiap bulan ada je mak bapak sambut hari jadi anak dia dalam tadika tu. Heaven betul dengan gula-gula, cekides apa semua tuuu..

Masa aku kecik duduk kampung part aku paling suka bila arwah atok aku bawa jalan naik motor, pergi gunting rambut lepas tu belanja minum dengan roti canai. Aku suka order milo panas lepas tu tuang sikit dekat atas piring yang alas cawan tu tiup perlahan lahan kasi sejuk lepas tu minum. Korang pernah tak buat macam ni.? Tak pernah kan? Memang rugi.. hahahaa

Sempat duduk dekat kampung 6 tahun je tu pun sebab atuk dengan wan jaga aku masa kecik-kecik dulu. Lepas tu mak aku ambik aku tinggal dekat KL. Bila ada orang tanya asal mana, aku akan jawab lahir dekat kampung membesar dekat KL. hohoho

baling selipar

*kredit gambar*

Balik kampung pun setahun sekali itu pun masa raya. Tapi dulu masa kecik-kecik balik kampung meriah gila. Sebulan puasa dekat kampung dan yang best masa tu cuti sekolah hujung tahun. Dengan sedara mara lagi, happening! Aku rasa beruntung sempat juga la main permainan tradisional macam galah panjang, baling selipar, tengteng, lompat getah, batu seremban, pukul berapa datuk harimau, nenek si bongkok 3 dan banyak lagi. Nasib aku lahir tahun 90an tak macam budak zaman-zaman sekarang ni hidup dengan teknologi. Dia orang tak layan la macam kita main dulu, dia orang layan gadget je.

festival laman seni

Aiih! teringat balik pulak kisah dulu-dulu. Ini gara-gara Festival Laman Seni  Shah Alam anjuran MBSA. Di dalam festival tu nanti ada acara Lengit????dengan pengisian aktiviti permainan tradisional. MBSA dah lantik syarikat Guligeng Event bagi mengadakan Pertandingan Permainan Tradisional. Wakil Guligeng datang jumpa aku untuk masukkan slot game blogger. Lepas berbincang dengan pihak Guligeng dan aku rasa menarik juga ni sekurang-sekurangnya ada aktiviti pecah peluh untuk blogger selain daripada asyik pecah kepala fikirkan blog post. hahaha.

So kita orang 20 orang blogger buat 4 team, setiap team ada 5 pemain berentap merebut gelaran juara Sukan Tradisional. Main enjoy-enjoy lepas gian dah lama tinggal dan ada juga game yang tak pernah main dulu-dulu.

Kesempatan ini la di acara Lengit di Festival Laman Seni ini nanti kita menghimpunkan 20 blogger di sekitar Lembah Kelang untuk merentap memenangi pertandingan sukan budaya. Kita beriadah sesambil tu mengeratkan hubungan ukhwah sesama warga blogger. Tak gitu? hehehe

Antara permainan yang dipertandingankan adalah Tuju Tin, Terompah Gergasi, Keretapi Gila, Kaki Hantu, Lari dalam Guni, Susun Bata dan Kelerang. Terdapat juga Permainan Serambi yang lebih santai seperti Dam Aji, Congkak, Ceper dan Batu Seremban.

Antara sebab hujung minggu korang yang boring tu kena datang sini untuk jadikan sesuatu yang Awesome!

. Free Ice Cream – Ponpon Aiskrim
. Free Candy Drinks
. 11 type of Traditional Games confirm free. Siap ada hadiah lagi
. Free streets soccer tournaments & hadiah pemenang.
. Free artists show
. Free dancer show
. Free Kompang Tournamnent
. Peraduan Melukis ( hadiah rm3k +)
. Street Dakwah open mic.

OMG
Tuanku Raja Muda Selangor pun ada sama.

So jumpa korang kat sana jelah ekkkkkk… Jumpa di sana…. Datang jangan tak datang

(2)

857 total views, 2 views today

Luangkan Hujung Minggu Di Festival Laman Seni 2016
Tempat Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan yang Ekstrem

One Reply to “Sebab Benda Ini Mengimbau Zaman Kanak-Kanak Aku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge