Sambutan Blogger Raya di Tudia! Char Kuey Teow

Blogger Raya 2015

Aidilfitri tahun ini dapat mengadakan Majlis #BloggerRaya yang merupakan kali pertama diadakan. Majlis yang dibuat secara bersederhana.

Berkumpul dan raikan hari raya bersama-sama rakan-rakan blogger yang hadir. Walaupun tarikh yang dipilih sudah pertengahan syawal tapi sambutan ziarah-menziarahi tidak ada salahnya betul tak?

Maaf juga tidak dapat nak menjemput semua, jemputan hanya kepada rakan-rakan blogger yang rapat serta yang berkelapangan masa. Majlis #BloggerRaya ini juga mungkin tidak dapat dilaksanakan  jika tanpa penaja makanan daripada Tuan Ikram Al Banjari, pemilik Tudia! Char Kuey Teow.

Blogger Beraya

Kami semua dihidangkan juadah yang begitu istimewa Char Kuey Teow Ketam special. Saya rasa susah nak dapat Char Kuey Teow yang special macam ini dekat tempat lain. Ada ketam, udang besar-besar, kerang dan telur mata. Rasanya sudah tentu sedap terasa segar isi ketam.

Beberapa  hari sebelum Majlis #BloggerRaya, Tuan Ikram Al Banjari dah bagitau pada saya.

Halim, ketam saya dah order fresh-fresh punya

Char Kuey Teow Sedap

Bukan setakat ada Char Kuey  Teow, Kuey Teow goreng yang digoreng kering pun ada tau. Sempat lah juga saya menambah Kuey Teow goreng kering nih. Sememangnya kuew teow adalah makan kesukaan saya berbanding mee goreng saya kurang sikit. Sesetengah mee bila kita makan ada terasa kapur mee tu lagi.

Tonton video kemeriahan #BloggerRaya

Kebiasaan event kita akan lihat dibuat di hotel-hotel, restoran, cafe atau tempat yang gah. Tapi lain pula kali ini, saya sengaja memilih tempat yang sederhana dan makanan jalanan. Ini sebab saya tertarik dengan konsep tuan Ikram Al Banjari yang mahu ketengahkan konsep perniagaan warong-warong. Warong-warong sebegini warong bahagia kata beliau. Walaupun saya pernah ajukan soalan

kenapa tidak mahu buka di restoran, makanan sudah sedap!?

Saya bersama Tuan Ikram Al Banjari
Saya bersama Tuan Ikram Al Banjari

Tuan Ikram tetap kata mahu warong-warong juga sebab ramai yang suka suasana makan char kuey teow di jalanan sambil ditiup angin sepoi sepoi lebih terasa nikmatnya berbanding makan di dalam restoran yang berhawa dingin.

Selain itu kami ingin mempromosikan tempat makanan yang best di Putra Height Subang ini, tak lain tak bukan Tudia! Char Kuey Teow menjadi pilihan makanan yang telah kami cuba dan sedap.!

Blogger Raya 2015-Iday
Besarnya Ketam yang Iday Pegang tu!

Harga Tudia! Char Kuey Teow

Char Kuey Teow Biasa : RM5.00
Char Kuey Teow Special Telur Mata :RM6.50
Char Kuey Teow Special Telur Sotong : RM7.50
Char Kuey Teow Special Ketam : RM15.00

Sakura Band makan
Sakura Band suka makan Char Kuey Teow

Harga nya sangat-sangat berpatutan serta makanan yang puas hati. Char Kuey Teow Special ketam kita orang makan hari itu terdapat ketam, udang, kerang dan telur mata. Korang rasa berbaloi tak dengan RM15 tu? Berbaloi kan. Ketam pula besar-besar, udang pun besar-besar.

Selepas korang membaca blog post ini tengok gambar-gambar char kuey teow ada rasa macam teliur tak? Eleh! tipu lah tak teliur. Maka sangat rugi lepas korang dah baca tapi tak pergi cuba try sendiri kan. Karang tak bagi alamat merajuk pula. Dah-dah! tak mau merajuk.. Ini alamat…. Pergi jangan tak pergi…. 😀

Alamat

Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
Putra Height, Subang Jaya.
Waze : Petron Putra Height

Facebook | Instagram

sakura band

Oppss.. Entri ini belum habis lagi. Majlis Blogger Raya ini juga turut dimeriahkan oleh kumpulan Sakura Band yang merupakan kumpulan band anak didik Adi Sixth Sense. Saya pun tak sangka mereka terima jemputan saya sebagai artis jemputan pada Majlis Blogger Raya yang lepas. Mereka sangat down to earth, humble, sporting, best! memang terbaik la tak sombong pula tu. Semoga mereka dapat kekalkan momentum ini dekat bersama peminat masa dah meletup nanti! hehehe.

Team Sakura Band

Sakura band nyanyi 3 lagu. Pertama lagu raya, kedua lagu Pelarian single baru Sakura Band dan lagu ketiga Melepaskanmu – OST BIDADARI SLOT LESTARI TV3. Sempoi je nyanyi santai busking je. Tak ada pentas-pentas apa bagai, tapi kita orang semua enjoy dengan persembahan Sakura Band! Jyeahhh!

Lagu Pelarian dan Melepaskanmu dah jadi lagu favorite dah. hehehe

Apa-apa pun terima kasih buat semua yang menjayakan majlis Blogger Raya ini tidak ketinggalan team Reezqi Cinematography yang bersusah payah mengambil gambar-gambar moments kita orang dan video blogger raya yang korang dapat tengok sekarang ini. Reezqi Cinematography ini pakar buat live update tau. Korang pergi tengok gambar dekat instagram Tudia! Char Kuey Teow, gambar-gambar live update daripada team Reezqi Cinematography. Kalau korang berminat, boleh halu-halu saya ya.. :p Saya tolong sampaikan.

Blogger Raya 2015-1

Korang tau tak?  Sangatlah saya terharu gila dengan kerjasama semua orang beri untuk majlis Blogger Raya hari itu. Minta maaf la keadaan cuaca masa itu tak berapa baik, hujan lebat. Orang kata hujan rahmat, kami semua dapat makan Char Kuey Teow Special ketam terbaik di Putra Height Subang!

Majlis Blogger Raya di Tu Dia! Char Kuey Teow.
01.08.2015 | 4.00 – 8.00pm
Lokasi : Putra Height Subang Jaya
Anjuran : @haibloggerofficial
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih Muih & Minuman
Makanan disediakan oleh : @tudiacharkueyteowhq
Artis jemputan : @sakurabandmy
Live update, photo & video : @reezqicinematography

Blogger yang hadir : Mahamahu, Rafzan Tomomi, Hanny Abdullah, Fadzi Razak, Projek Travel, Syafiqah Hashim, Ayue Idris, Yaya Cendana, Pena Berkala,  Mawardi Yunos, Dikbee, Fazrol Amer, Ahmad Fauzi Aryaan, Rosmiza Ali, Helena, Iena Eliena, Bro Framestone.

1,937 total views, 2 views today

Gala Dinner Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru
Tiga Buah Rumah Anak Yatim Buka Puasa di JW Marriot Hotel

One Reply to “Sambutan Blogger Raya di Tudia! Char Kuey Teow”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge