Sambut Tahun Baru 2016 di Menara KL Untuk Tengok Pemandangan Bunga Api

tahun 2016

Selamat tinggal 2015, tahun 2015 dah melabuhkan tirai. Selamat datang 2016! Umur semakin meningkat selepas habis kiraan 365 hari. Berapakah umur korang tahu ini? Macam-macam perkara dah berlaku suka dan duka. Banyak pengalaman yang dapat dikutip tahun lepas. Memang agak sibuk sikit dengan macam-macam benda nak buat. Untuk makluman semua saya ada buat pelancaran web konten baru haivity, jemput baca ya dan share bagi viral.

keep positive

Tahun lepas dalam diam tak diam dah sebanyak 20 blogger event  telah berjaya dibuat. Saya begitu menghargai dan terharu kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan blogger yang terlibat menjayakan. Untuk 2016 tahun ini saya sentiasa memikir apa aktiviti yang boleh kita lakukan bersama bagi memeriahkan industri blogger di dalam Malaysia. Merapatkan ukhwah dan buang jauh-jauh industri ini dijadikan medan politik, berpuak-puak tidak sihat, saling hasut menghasut, adu domba dan lain-lain perkara yang memboleh mengeruhkan keadaan. Sebab pusing-pusing akan jumpa orang yang sama. Sebolehnya biar lah masing-masing bebas berterbangan tanpa perlu diikat. Berkawan biar lah sampai beribu orang tak perlu menghalang untuk orang lain mahu berkawan dengan siapa pun yang dia suka.

Cukup sedikit mukadimah tahun baru,  saya nak ceritakan bertapa bertuah nya tahun baru saya kali ini saya dapat sambut dengan ketinggian 421 meter bangunan ketujuh tertinggi di dunia, tak lain tak bukan Menara Kuala Lumpur yang terletak di kemuncak Bukit Nanas. Bila tahun baru mesti ada bunga-bunga api kan? So kita orang dari atas Open Deck Menara KL ini dapat tengok bunga api dari serata tempat berdekatan Kuala Lumpur. Memang layan beb feelling je dengan angin bertiup dan meriah.

Btw enjoy the moment bagi korang tengok sendiri la hehehe. Mana lah tahu tahun depan korang nak sambut tahun baru dekat Menara KL ke. Oh! lupa nak bagitau saya bukan menyambut tahun baru seorang di Menara KL so ada lagi blogger lain Iday, Islam dengan Feeq.

menara kl new year

faiz dickie new year menara kl
Faiz Dickie pun ada!
kl tower new year
Fuh! Amazing…

Kita orang dapat pakej New Year’s Eve 2016 Countdown bernilai RM268 – Coktail Buffet, Ballon Release Wishes, New Year Toast, Acoustic Music memang best gila. Untuk tahun depan korang plan awal-awal sambutan tahun baru dekat Menara KL ok! Sebab Menara KL selalu open early bird dengan harga murah.

Last but not least bergambar dengan orang kuat Menara KL yang sudi jemput geng Hai Blogger!. Thank you very much kepada Puan Eliey Sahad, sambutan tahun baru tahun depan jangan lupa jemputa kita orang lagi tau! huhuhuhu..

view kl tower
Bersama orang kuat Menara KL dan Rakan Media

gambar oleh Firdaus Hasmuni

11,172 total views, 1 views today

Melancong Dalam Negara Dapatkan Pakej Diskaun
Ada Masalah Rambut Rosak Dapatkan Rawatan Segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge