Rumah Impian Ada Di Pulau Pinang

Karnival Hartanah UDA Holding, Karnival Hartanah Pulau Pinang

Pada umur sekarang ini pada aku impian yang aku nak sangat adalah untuk memiliki rumah sendiri. Bila ada rumah sendiri rasa lega sikit kepala. Masa tu  boleh la siap sedia nak khawin apa semua  dah boleh duduk rumah sendiri sebab dah ada rumah sendiri setelah menikah.

Impian korang pula macam mana? Ada yang berimpian nak ada rumah sendiri tak? Korang nak rumah macam mana? Kondo? Teres? Banglo ke Istana? hehehe.

Walaupun impian aku nak memiliki sebuah rumah tapi aku tak berapa tahu la sangat pasal urusan jual beli rumah ni macam ni. Google sana sini, tanya kawan kawan apa semua, dia orang ada bagitau survey je dekat Karnival Hartahanah  U4RIA yang akan diadakan di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan korang Karnival U4RIA ni diajurkan oleh UDA Holdings Berhad. Bukan calang-calang ni tau.

Karnival Hartanah Pulau Pinang

Karnival Hartanah Pulau Pinang

Karnival Hartanah Pulau Pinang

Dekat karnival ni nanti ada pelbagai jualan dan pameran hartanah, so ini la peluang kepada yang berminat untuk memiliki hartanah pilihan sendiri buat tinjauan, kot-kot ada hartanah yang berkenan dihati. Pasalnya masa tahun 2014 dulu sebanyak 185 unit pelbagai jenis rumah ditawarkan dengan beberapa pilihan keluasan binaan dan harga jualan yang menarik minat bakal pembeli ketika itu. Cuba bayangkan tahun 2014 dulu, pelanggan berpeluang memiliki rumah idaman dengan harga tawaran serendah RM320,000 hingga ke kediaman mewah, harga bermula RM2.5 juta. Fuh! boleh tahan harga dia.

Karnival Hartanah Pulau Pinang

Di Karnival Hartanah U4RIA 2016, beberapa lokasi akan diadakan serentak seluruh negara, tapi karnival utama terletak di Pulau Pinang.

Tarikh: 27-28 Ogos 2016
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Tapak Projek Crescent Dew, Bertam Pulau Pinang

Niat engkau datang mungkin nak ushar-ushar hartanah yang baik punya, tapi tetiba pulak ada pelbagai aktiviti menarik  diadakan seperti aktiviti hiburan keluarga, dan juga persembahan daripada artis-artis seperti Dayang Nurfaizah dan Mark Adam. Lepas tu ada Boboiboy juga nanti masa Karnival U4RIA di Pulau Pinang minggu ni. Kalau aku ada time tu aku memang terpaku duk diam-diam dekat situ layan perfomance artis lepas dah puas ushar-ushar pameran hartanah. hehehe

So korang rasa nak pergi tak? Meh la kita reramai turun Pulau Pinang, nanti ada lagi benda best ada dekat sana  Flying Fox, Zorb Ball dan Kapten Buehbossa. Hah apa tu? Nak tahu kena lah datang Karnival U4RIA di Pulau Pinang hujung minggu ni! hahaha

u4ria contest

Nak menang 40″ Full HD LED TV, IKEA gift card dan iPhone 6S?

Jawab kuiz berkenaan dengan hartanah yang sesuai dengan korang di website www.udaproperty.com.my

Tarikh tutup last hari ini 23 Ogos 2016 tau!

u4ria karnival hartanah

Last kali nak habaq banyak-banyak kali kat hangpa semua jangan lupa datang memeriahkan Karnival Hartanah U4RIA Pulau Pinang hujung minggu ini! nahhhh..
Untuk maklumat lanjut tentang U4RIA boleh terjah….

Website : www.udaproperty.com.my
Facebook : U4RIA

(7)

812 total views, 1 views today

Jika Diabaikan Kanak-Kanak Ini Apa Akan Jadi
Datang Jauh Ke Melaka Semata Nak Makan Kek dan Roti

3 Comments on "Rumah Impian Ada Di Pulau Pinang"

  1. menarik karnival nk.. masa ni lah boleh buat perbandingan rumah mana yg berkenan di hati..
    anuar recently posted…Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat MalaysiaMy Profile

  2. agaknya range rega ni smpai berapa ni

  3. menarik ni.. mmg suka p smbil boleh berangan.. huhuu
    effa recently posted…5 ‘Suis’ Rahsia Menenangkan BayiMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!