Review Terbaik Dari Langit, Baca Sampai Habis Untuk Tahu Apa Kata KJ?

Tonton Terbaik Dari Langit bersama Siti Saleha. – Gambar oleh Ong Chen Fei
Tonton Terbaik Dari Langit bersama Siti Saleha. – Gambar oleh Ong Chen Fei

Wayang pertama yang saya tonton pada tahun 2015. Filem Terbaik Dari Langit yang dah dikeluarkan pada 25 Disember 2014 tahun lepas. 3 minggu lepas tayangan baru saya berpeluang nak tonton. Sebelum ini tengok ramai yang beri feedback filem ini terbaik daripada segi jalan ceritanya. Saya tak melepaskan peluang bila dapat jemputan Movie Day Out – Terbaik Dari Langit bersama Team Siti Saleha (Siti Saleha, Barisan Pelakon TDL bersama Peminat).

Entri kali ini saya excited nak cerita kan tentang filem yang telah saya tonton sendiri Terbaik Dari Langit. Filem terbitan Astro Shawn dan Playground Production yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha yang pernah memenangi Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik bertajuk KIL. Apa yang orang ramai beri feedback sebelum ini memang betul! Terbaik!!!

Terbaik Dari Langit

Cerita terbaik dari langit sebuah cerita on the road pengembaraan 4 orang budak sekolah yang bertemu semula selepas 15 tahun kemudian. Filem ini sangat mendalam maksud yang nak disampaikan. Memang susah nak faham dan mungkin kalau faham akan beri pendapat masing-masing yang berlainan. Berg watak yang dibawa kan oleh Bront Palarae dia ini orang yang mengkaji tentang UFO disebabkan dia pernah nampak kelibat UFO atas sekolah mereka. Berg kaji dan terus kaji lalu tercetus idea untuk buat filem mencari UFO.

Berg Tengah Pujuk Ijam masa Ni
Berg Tengah Pujuk Ijam masa Ni

Berg jumpa dengan kawan sekolah dia nama Ijam (Iedil Putra) seorang artis popular, Berg bagitau Ijam idea untuk buat filem. Pada mula nya Ijam rasa idea ini mengarut dan tak nak ikut serta sebab dia tak percaya UFO Wujud. Akhirnya Ijam akur untuk ikut selepas diyakinkan oleh Berg. Maka bermula pengembaraan diorang On the road bersama 2 orang kawan sekolah dia dulu Toyu (Amerul Affendi), Ali (Megat Sharizal) dan seorang lagi sebagai watak heroin Sofia Jane (Nadiya Nisaa).

Saya sebenarnya agak curios dengan watak Berg ni. Berg ini dia selalu imaginasi yang dia fikirkan seakan-akan berawang-awangan di atas langit. Berg terkantoi yang dia ada main cucuk jarum dekat bilik hotel lepas produksi filem UFO diorang gagal nak buat disebabkan permusuhan Ijam dan Ali zaman sekolah menengah tak dapat di baik kan semula. Pada fikiran saya Berg cucuk dadah tu yang dia dapat macam-macam idea yang gila-gila. Tapi tak! sebenarnya doktor yang sarankan Berg cucuk jarum tu. Tapi persoalan nya Berg sakit ke? tak jelas dibagitau dalam filem ini.

babak-filem-terbaik-dari-langit

In the end, apa yang saya boleh katakan cerita ini nak sampaikan mesej persahabatan, ketuhanan dan seni filem. Agak nya apa terjadi dengan 5 orang tu dalam filem pengembaraan diorang mencari UFO? adakah diorang berjaya jumpa UFO tu? atau ada salah seorang yang telah diculik UFO atau macam mana fikiran korang yang belum tonton filem ini? Cer komen kat bawah sikit lepas tengok trailler ini :

Walaumacam mana pun saya  nak tabik salute kepada penulis skrip Redza Minhat beliau dapat hasilkan dialog-dialog yang memberi impak yang dalam. Saya kongsi beberapa dialog yang bersifat rahsia disebalik makna yang memahami yang sempat saya tangkap.

Quotes Terbaik Dari Langit
Quotes Terbaik Dari Langit

You tak kan menyesal, Terbaik Dari Langit!

Nak jadi professional kena la rasional dulu

Pandang langit jangan lupa tanah

I’m not trying to be different, I’m just trying to be me

Bila kau baca buku
yang kau tak faham,
buku tu yang bodoh
atau kau yang bodoh?

Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali – Sahabat, OST TDL

Khairy Jamaluddin pun ada komen tentang filem TDL ini, jom baca apa kata KJ?

Lakonan dalam #TerbaikDariLangit sangat authentic. Character development cukup mendalam, dialog tidak kekok & sangat tak klise”

#TerbaikDariLangit Heart-warming filem about friendship, coming of age & believing in each other, however difficult. Must watch this gem” kata Khairy.

Kesimpulan daripada saya selepas tonton filem Terbaik Dari Langit ini :

Terbaik Dari Langit, dalam salah satu cara korang boleh melihat bahawa ia adalah filem yang benar-benar mudah dan berterus-terang tetapi dengan cara lain membuatkan korang berfikir serta meninggalkan korang tergantung, keliru, tertanya-tanya apa yang dimaksudkan, apa yang berlaku pada akhirnya? Dengan menonton filem Terbaik Dari Langit ini tentu buat anda terfikir-fikir kan mesej yang nak disampai. Cuma bergantung bagaimana penerimaan korang.

Rating :

Sorry geng, dengan bangga nya saya dengan rela hati mengatakan ini adalah Filem Terbaik Dari Langit…!

5 ***** / 5 *****

(11)

6,474 total views, 0 views today

Tayangan Amal Perdana Isyarat Cinta
Review Filem : Cerita Hantu Malaysia 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge