Review Movie Paul Blart Mall Cop 2

paul blart mall cop 2

Masa tengok wayang seorang diri haritu, aku ada perasan cerita trailer Paul Blart Mall Cop 2. Macam menarik juga cerita nih. Tapi tak sempat lagi nak pergi tengok. Cadang nak tengok Dragon Ball Z dulu. Rugi tiket wayang free aku hilang haritu T_T . Sedang leka aku scroll di facebook, terjumpa pula rakan facebook aku Khalilah Gusti Lala tulis pandangan review nya sendiri. Selepas aku membaca review yang ditulis Khalilah Gusti Lala aku rasa cerita ni mesti menarik dan perlu ditonton. Jom baca review tentang movie ni yang telah ditonton oleh Khalilah.

Paul Blart Mall Cop 2

Filem ini merupakan sekuel filem pertama bertajuk Paul Blart Mall Cop yang dirilis pada 2009. Namun jalan cerita sekuel kali ini mengangkat kasih sayang antara bapa dan anak… yang diselitkan dalam kisah sebenar suka duka kehidupan seorang polis bantuan kompleks membeli belah, seperti Blart (lakonan Kevin James)

Opening movie menunjukkan kisah hidup polis bantuan atau security yang tidak dipandang tinggi oleh masyarakat sedangkan meski pun tidak sehebat polis sebenar, mereka ini amat berjasa kepada pengunjung-pengunjung mall
Blart, yang meyakini dirinya sebagai seorang penjaga keamanan telah pergi ke Las Vegas bersama anaknya bernama Maya lakonan Raini Rodriguez untuk menghadiri satu persidangan “Security Guard Expo”.

Ketika acara berlangsung, Blart diberi penghormatan untuk berucap pada majlis tersebut memandangkan beliau merupakan legend yang pernah menyelesaikan satu kes besar pada 2009. Sebelum upacara itu, berlaku ketegangan antara Blart dan Maya kerana anaknya itu ingin mengikuti persekolahan di carlifornia sedangkan Blart tidak mahu melepaskan Maya ke sana.

Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Maya telah ternampak satu rancangan jahat sebuah sindiket pencuri lukisan dan arca seni hotel yang sedang giat mencuri di hotel mewah tersebut; sehingga dia ditangkap dan dijadikan tebusan.

Dalam usaha menyelamatkan anaknya, Blart secara tidak langsung telah membantu menyelesaikan jenayah dengan dibantu rakan-rakannya.

Filem ini mendidik kita untuk menyelami jasa-jasa sekuriti dan kecekapan mereka menyelesaikan satu-satu masalah melibatkan insiden dalaman hotel agar tidak menimbulkan kekecohan dan kerisauan orang lain.

Pada masa sama, mesej mengenai kasih sayang antara anak dan ayah juga berjaya dipamerkan dengan jelas sehingga salah seorangnya sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain.

Aku suka. Lucu dan bertenaga. 3 ½ bintang untuk jalan cerita dan 4 bintang untuk elemen kekeluargaan dan kasih sayang. – Khalilah Gusti Lala

Terima kasih Khalila kerana sudi kongsi pendapat anda selepas menonton movie ni. Selepas membaca review ni macam mana perasaan korang? Nak p tengok tak?? Rugi wor tak tengok macam best ni. Ok lah ok lah! lepas tengok dragon ball z kita tengok movie ni pulak eh! janji tau.. Paul Blart Mall Cop 2

(0)

923 total views, 1 views today

Merecek Hawau Kabali Versi Bahasa Melayu
Tengok Wayang Seorang Diri

Be the first to comment on "Review Movie Paul Blart Mall Cop 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!