Fazura dan Shaheizy Sam bercinta di Cappadoccia

Sam dan Fazura

Fazura dan Shaheizy Sam bercinta? Sejak bila pula diaorang ni bercinta?Huish! kemain  jauh lagi kat Cappadoccia pula tu…. Tak-tak sebenar nya diaorang cuma bercinta dalam filem Manisnya Cinta di Cappadoccia yang dah keluar di pawagam-pawagam Malaysia sejak 11 Disember. Minggu lepas saya berpeluang beramah mesra bersama pelakon bertempat di Kenny Roggers  dan preview Manisnya Cinta di Cappadoccia panggung GSC Time Square.

Pelakon Manisnya Cinta

Best dapat jumpa berdepan dengan Fazura, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai watak-watak utama dalam filem ni. Sekali lagi arahan Bernard Chauly selepas Instabul Aku Datang, Manisnya Cinta di Cappadoccia berjaya menusuk dalam jiwa orang ramai.  Apa yang saya boleh katakan selepas menonton filem ini adalah ada sesuatu jalan cerita yang unik bersifat humor, ada sedih sikit, gembira dan pengajaran dalam hidup berumah tangga.

Daripada segi kualiti sinematografi, saya perasaan filem ni adalah berkualiti tinggi yang dirakam di bumi Turki, melibatkan lokasi Cappadoccia dan Konya. Saya sendiri terpesona dengan keindahkan Cappadoccia dan memang kena la dengan filem romantik macam ni. Memang dicadangkan untuk tonton filem ni cepat-cepat.

5 Pelakon Manisnya Cinta di Cappadoccia

IMG_6589

Semasa sesi beramah mesra, Shaheizy ada bagi kuiz. Nama kan 5 orang pelakon filem ini. So jawapan nya adalah filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat  Shaheizy Sam, Nur Fazura, Lisa Surihani, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Rafidah Abdullah dan ramai lagi.

Sinopsis Manisnya Cinta di Cappadoccia

Oh! sebelum terlupa nak bagitau yang filem ini adalah diapdatasi kan daripada sebuah novel bertajuk Manisnya Cinta yang ditulis oleh Anis Ayuni. Cuma lokasi yang diceritakan dalam novel di Mesir tetapi Bernard Chauly mahukan kelainan dalam filem ni dijalankan dekat Cappadoccia.

Filem ini menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mendambakan kasih sayang daripada seorang lelaki, Fredo (Josiah Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu dan akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Apakah akan terjadi pada mereka selepas itu? Nah ini korang nak kena tengok sendiri di pawagam berdekatan anda secepat mungkin..

Terima kasih atas jemputan Kenny Rogers Roasted Time Square sebagai penaja lokasi dan redfilms sebagai terbitan bersama Astro Shaw dan juga Global Station. Jika ada filem-filem baru jangan lupa invite saya lagi, saya sedia untuk menyokong industri kreatif dan perfileman Malaysia bersama rakan-rakan blogger yang lain.

(3)

6,431 total views, 1 views today

Pra Tonton Tayangan : Gila Baby
Tengok Wayang : Ia Wujud

7 Replies to “Fazura dan Shaheizy Sam bercinta di Cappadoccia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge