Review Filem : Cerita Hantu Malaysia 2014

Kamal Adli - Cerita Hantu Malaysia 2014

Ringkas saja, saya nak review tentang filem Cerita Hantu Malaysia 2014 yang telah saya tonton semasa Pra Tayangan bersama media, pelakon Kamal Adli, Leez Rosli, Mikail Andre, Adam Shah,  dan pengarah filem ini Pierre Andre. Filem ini telah ditayangkan sejak 25 haribulan yang lepas.

Setelah menonton filem ini, review peribadi saya. Keseluruhan cerita memang ada unsur-unsur seram. Tak banyak pelakon dalam lakonan ini. Disebabkan setiap plot ada yang mati. Cerita ini mengisahkan sebuah Asrama yang berhantu. Pada permulaan cerita ini rasa seram dah mula rasakan tapi terlalu lama untuk satu watak Jaga Sekolah.

Cerita ini akan lebih menyeramkan apabila seorang ustaz datang menangkap hantu adegan lawan melawan hantu dgn ayat-ayat al quran. Tapi tak ada, tau-tau ustaz tu dah dapat tangkap hantu dan nak bawak pindah ke Hutan Grik, Perak dengan menaiki bas bersama hantu-hantu yang pernah ustaz ni tangkap.

Ustaz Cerita Hantu Malaysia

Seram juga part ni, cer bayang pada yang boleh tengok mata batin segerombalan hantu dihimpunkan dalam bas. Padahal dalam bas tu ada 2 orang je. Huish… Seram..

Sesudah sampai ke Hutan Grik untuk dibuangkan hantu tu keluar dengan simbolik angin je. Cerita ini betul-betul simple bagi saya. Saya membayangkan hantu tu keluar secara melulu dengan sekor panjat atas, ikut bawah, ikut tingkap, ikut pintu, nampak la yang ada makhluk yang nak keluar.

Dan nak tau macam mana ending Cerita Hantu Malaysia 2014 ni? Pergi tengok kat pawagam berdekatan anda secepat mungkin nanti takut tempoh tayangan dipendek kan. hehehe

Secara keseluruhan saya boleh beri 2 bintang je daripada 5.

 

Trailer Movie tengok sini

10,290 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • cerita hantu malaysia
  • cerita hantu malaysia 2014
  • cerita hantu malaysia movie
  • review cerita hantu malaysia
Review Terbaik Dari Langit, Baca Sampai Habis Untuk Tahu Apa Kata KJ?
Setiap Cerita Hantu Ada Kebenarannya.

8 Replies to “Review Filem : Cerita Hantu Malaysia 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge