Red Mummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe

Halim dan Kak Red

Terkejut apabila redmummy whatsapp saya untuk bekerjasama mengadakan sebuah majlis baby shower. Baby Shower ini adalah kejutan dan doa selamat untuk kawan baik redmummy, Puan Liza yang sedang sarat mengandung. Saya kata “Ok tiada masalah” besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Saya pun mula mencari mana-mana cafe dan restaurant yang berminat nak sponsor, alhamdulillah saya jumpa Orange Berries Cafe kemudian saya hantar proposal kepada mereka. Mereka setuju untuk sponsor makan dan tempat untuk 70 orang. Orange Berries Cafe ini yang terletak di Komplek PKNS Shah Alam, adalah sebuah cafe berkonsep Froyo (Frozen Yogurt) yang menjual pelbagai jenis makanan,minuman dan pencuci mulut.

Majlis ini dirancang secara senyap-senyap serta kejutan ini telah dirahsiakan supaya mak buyung tidak diketahui. Kak Red adalah perancang utama disebalik rancangan ini, dalam diam-diam Kak Red bersepakat dengan suami dan kawan-kawan Puan Liza. Tak dilupakan juga rakan-rakan blogger kami Melastik Bintang, Bro Framestone, Akma Omar, Mohd Rasul, Norfanil, Mek Onie, Asikin dan Mr Jocko turut bersama-sama memberi kejutan.

Baby Shower Puan Liza

Rancangan kejutan ini berjaya dibuat di saat Puan Liza melangkah masuk ke dalam Cafe Orange Berries, kami beramai-ramai menyebut “surprise” membuat Puan Liza terharu menangis gembira. Majlis tidak lengkap tanpa bacaan doa, rakan blogger Melastik Bintang membacakan doa, semoga kelahiran anak Puan Liza selamat dilahirkan dan Orang Berries Cafe terus maju dikenali ramai.

Norfanil makan mee kari

Majlis ini diadakan secara santai dan para jemputan dihidangkan Mee Kari, Laksa Penang, Laksa Johor, Mee Jawa yang disediakan oleh pihak Orange Berries Cafe. Istimewa di sini tentu lah Froyo yang boleh dicampur pelbagai perisa dan topping yang lain.

Untuk anda yang nak meluangkan hujung minggu boleh singgah ke Orange Berries Cafe bertempat Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan perhentian teksi. Ribuan terima kasih kepada pihak cafe yang bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan makanan dan tempat. Majlis dibuat dengan jayanya bertema kan baju biru.

Bergambar dengan Pemilik Cafe Orange Berries
Bergambar dengan Pemilik Cafe Orange Berries

(2)

5,396 total views, 2 views today

Encik Mimpi Tak Sabar Jumpa Peminat
Red Carnival - Wishing For Zero oleh PT Foundation

2 Replies to “Red Mummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge