Red Carnival – Wishing For Zero oleh PT Foundation

Hari AIDS Sedunia

HIV adalah singkatan daripada human immunodeficiency virus iaitu sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit. Pada tahun 1981 ditemui buat pertama kalinya dunia mula menyedari tentang virus HIV dan AIDS. AIDS pula adalah singkatan bagi acquired immune deficiency syndrome atau sindrom kurang daya tahan melawan penyakit. Penyakit ini telah banyak meragut banyak nyawa, namun masih ramai yang belum didedahkan serta kurang memahami tentang penyakit AIDS. AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada peringkat ini, sistem daya tahan tubuh melawan penyakit telah lumpuh. Pesakit akan menunjukkan gejala jangkitan oportunis.

Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah radang paru-paru, tibi, oral crush atau selaput putih pada lidah dan dalam mulut, beberapa jenis barah dan beberapa penyakit kulit seperti kayap dan lain-lain lagi. Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit):

“Ramai orang kurang pasti beza antara HIV dan juga AIDS. Bila seseorang telah dijangkiti virus HIV, maka HIV ada di dalam badan seseorang dan berkembang biak maka dia dikatakan sebagai telah dijangkiti HIV. Oleh sebab HIV berkembang biak dalam badan dan merosakkan sistem pertahanan seseorang, sistem pertahanan akan menjadi lumpuh. Pesakit ini akan mudah dijangkiti oleh penyakit lain. Pada masa peringkat inilah yang kita panggil ia peringkat AIDS. Secara amnya, HIV/AIDS di negara kita ni adalah di peringkat apa yang dipanggil concentrated epidemic maknanya satu keadaan wabak yang tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sebagai contoh penagih dadah begitu juga di kalangan mereka-mereka yang terlibat di dalam pelacuran dan sebagainya. Di kalangan ibu mengandung, kurang daripada 0.3 peratus atau lebih kurang dalam 0.3 peratus. Apa yang kerajaan telah buat selama ini sekurang-kurangnya berjaya dalam membantutkan perkembangan wabak HIV ini di negara kita.”

Red Carnival – Wishing For Zero

Hari Aids

Sempena hari AIDS Sedunia yang disambut setiap 1 Disember setiap tahun yang diadakan pada 29 November yang lalu anjuran PT Foundation Malaysia di NU Sentral, Jalan Tun Samathan Kuala Lumpur mempertingkatkan lagi memberi maklumaat kepada orang ramai mengenai HIV dan AIDS. Untuk Hari AIDS Sedunia tahun ini, PT Foundation telah menganjurkan  kempen “Wishing for Zero

Menurut Pemasaran dan Pengarah Komunikasi, Encik Raymond Tai,

“Pendekatan yang PT Foundation diperlukan adalah bahawa pendidikan HIV mestilah menyeronokkan dan membawa mesej harapan supaya orang ramai terlibat dan mencabar untuk mengubah sikap mereka terhadap seks selamat dan bertanggungjawab.

Acara kempen “Wishing For Zero” yang ditaja oleh CIMB Foundation, Nu Sentral dan Durex Malaysia membawa mesej pencegahan, penjagaan dan sokongan ke arah kesihatan seksual yang selamat.

Anda boleh jauhi diri dari AIDS jika anda mengetahui bagaimana AIDS berjangkit. AIDS boleh berjangkit melalui hubungan seks dengan pembawa kuman AIDS. Perkongsian jarum antara penagih dadah juga boleh menjangkitkan AIDS. Oleh itu, jauhi diri anda daripada seks rambang dan penagihan dadah.”

Jika bakal suami anda pernah menagih dadah atau mengamalkan seks bebas dia mungkin HIV positif. Jika dia HIV positif, anda dan bayi anda mungkin dijangkiti. Pastikan anda dan suami anda tidak HIV positif

(0)

5,212 total views, 1 views today

Red Mummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe
Makan Malam Masakan Russia Bersama Kedutaan Russia

1 Comment on "Red Carnival – Wishing For Zero oleh PT Foundation"

  1. Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat meningkatkan kesedaran kepada orang ramai, terutamanya golongan remaja tentang bahaya HIV..
    Anuar recently posted…Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!