Pulau Pinang Pelancongan Menarik Destinasi Malaysia

Trip ke Pulau Pinang merupakan trip kedua saya selepas Melaka. Trip ini saya mendapat jemputan daripada Destination Malaysia sempena Peringatan Tahun ke-100 Pertempuran Pulau Pinang di Western Road Cemetery, Pulau Pinang.

Perjalanan bertolak dari Kuala Lumpur jam 9 pagi ke Pulau Pinang bersama rakan-rakan blogger Budak Pacak, Rugged Mom dan Dekwan mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Sesampai sahaja di Georgtown, Pulau Pinang kami check in Chulia Mansion Hotel untuk 3 hari 2 malam. Bangunan Chulia Mansion Hotel ini merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.  Terletak di lokasi strategik, hotel ini berada dalam jarak 700 meter dari Prangin Mall, Komtar dan Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berada kira-kira 15 km dari tempat penginapan ini. Bilik-bilik yang dihias menarik dan berhawa dingin dilengkapi dengan, rak pakaian, peti keselamatan di dalam bilik, meja dan TV skrin rata dengan saluran kabel/satelit. Bilik mandi menyediakan kemudahan pancuran mandi, tuala dan pengering rambut. Cerek elektrik juga disediakan.

Chulia Mansion Hotel

Chulia Mansion Hotel 2

Bila sudah sampai di Penang, fikiran asyik teringatkan Pasembur yang menjadi kegemaran penduduk tempatan dan menjadi pilihan pelancong yang datang di Penang. Chulia Mansion Hotel yang berdekatan Persiaran Gurney Drive terdapat Medan Selera Gurney Drive yang menghimpunkan makan-makanan tempatan seperti ada Pasembur, Rojak, Sate, Cendol dan lain-lain. Sudah semestinya pilihan kami adalah ingin makan Pasembur!! Ada 2-3 gerai yang menjual Pasembur tapi gerai no 61 Anjung Selera menjadi pilihan kami sebab lain daripada gerai yang lain. Tengok sajalah! Tak terpilih yang mana satu nak pilih. udang, sotong, tauhu, fish ball dan bermacam lagi. Tetapi awas! tengah asyik mata rambang memilih pastikan buat kira-kira. Dua pinggan Pasembur kami berjumlah RM30.

Pasembur Gurney Drive
Pasembur Penang

Dua Pinggan Pasembur

Pasembur Pulau Mutiara

Selepas selesai mengisi perut, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil angin di Persiaran Gurney. Persiaran Gurney  juga merupakan antara tumpuan pelancong paling popular di Pulau Pinang. Terdapat pantai terbentang luas bersama angin sepoi-sepoi bahasa. Pelbagai angle gambar yang saya tembak untuk dapatkan gambar yang terbaik, cuma di bawah ini je bagi saya gambar yang sedap mata memandang.

Pantai Persiaran Gurney'

persiaran gurney penang
Disebelah kanan sepanjang jalan terdapat beberapa hotel

Selepas puas meronda-ronda di Persiaran Gurney melihat pemandangan tepian pantai, bangunan-bangunan hotel dan medan selera di sekitar sana. Kami terus memecut laju ke Batu Ferringhi salah satu destinasi yang terkenal sebagai kawasan peranginan dengan hotel besar, kedai perlancongan, restoran, dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar raya Georgetown. Pesanan saya berhati-hati ketika memandu ke Batu Ferringhi kerana jalan nya simpang siur seperti ular, orang yang mabuk kereta pasti akan memuntahkan semula isi makanan dek kerana jalan yang bikin pusing kepala. Kami singgah sebentar di Hard Rock Cafe untuk bergambar dengan Michael Jackson #SelfieAtHardRockCafe

Hard Rock Cafe

#SelfieAtHardRock
#SelfieAtHardRockCafe

Sebelah malam nya kami try perkena Nasi Kandar Line Clear, salah satu kedai makan nasi kandar yang menjadi kegemaran warga tempatan malahan pelancong pun mencari-cari untuk mencuba sendiri. Anda pasti terkejut, akan kenderaan bunyi wisel. Bunyi wisel itu tanda ucap terima kasih kepada pelanggan sambil menunjuk kan thumb up dan menyebut “Line Clear” agak menciutkan hati juga.

Nasi Kandar Penang Line Clear

Nasi Kandar Line Clear

bersambung…

Makan Malam Masakan Russia bersama Kedutaan Russia

7,801 total views, 2 views today

Incoming search terms:

  • pasembur batu ferringhi
  • pasembur di batu ferringhi
Glamorous Camping Site - Tanah Aina Fahad Resort
Hari Peringatan Semadi Tragedi Perang Zhemchug ke-100 tahun

4 Replies to “Pulau Pinang Pelancongan Menarik Destinasi Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge