Projek Amal Bantu Gelandangan Kota

nikmatnya sedekah

Bersyukur lah dengan apa yang kita miliki sekarang, sesungguhnya kesusahan kita sedang hadapi, ada lagi ramai di luar sana menanggung lebih banyak kesusahan. Mereka tabah harungi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan mereka. Perkara ini korang akan nampak apabila menelusuri lorong-lorong belakang, bawah-bawah jambatan dan kaki-kaki lima.

projek amal idea master

Projek Amal Idea Master & Hai Blogger!

Saya bersama rakan-rakan blogger pada hujung minggu lepas sama-sama turun padang untuk bantu projek amal yang dianjurkan oleh Idea Master sebuah syarikat pembekal tshirt printing, baju korporat dan cenderamata korporat terbesar di Shah Alam.

bantu gelandangan kota, idea master

Terbahagi Kepada 4 Kumpulan Bergerak Ke 4 Lokasi

Pada malam itu kami terbahagi kepada 4 kumpulan dan bergerak ke 4 lokasi berbeza. Kami cari serta dekati gelandangan di kawasan-kawasan Pasar Seni, Petaling Street, Masjid Jamek, Dataran Jam Besar dan kawasan sekitar. Kami bawa sumbangan baju dan makanan yang telah disediakan oleh team idea master.

sumbangan iklhas

beri baju kepada gelandangan

Apabila jumpa dengan gelandangan di kaki-kaki lima kami bagi sebungkus nasi berlauk dan air. Rasa kasihan dihati memikirkan macam mana kehidupan mereka sehari-hari. Macam mana mereka cari rezeki lagi-lagi yang ada anak-anak bawa tidur sekali di kaki lima, tepi lorong beralas kan kotak je tidur.

gelandangan di malaysia

4-5 bungkus plastik besar makanan habis licin kami agih-agihkan pada gelandangan pada malam itu. Terima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh Idea Master ini, semoga usaha yang sedikit ini mendapat rahmat olehNya dan semoga maju jaya dalam perniagaan printing baju Idea Master.

NGO Berminat Kerjasama

Saya juga mengalu-alukan kepada mana-mana pihak NGO dan syarikat yang berminat untuk adakan projek amal dan CSR. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

projek amal idea master shah alam

Alamat HQ Idea Master: (Khas untuk Cetak Baju, Jaket Korporat dan Baju Korporat)
Idea Master Creation Sdn Bhd,
VG-4 Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Alamat Cawangan Idea Master: (Khas untuk Trofi, Medal dan Cenderamata Korporat)
Idea Master Global Sdn Bhd,
No.8A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Instagram : @ideamaster2u
Facebook: ideamasterpage
Website : http://www.ideamaster.com.my/

(12)

1,548 total views, 1 views today

Tahniah! Ulangtahun Kedua Projek Travel
Tonton Maharajalawak Secara Langsung

2 Comments on "Projek Amal Bantu Gelandangan Kota"

  1. tahniah kepada semua sukarelawan yang terlibat..dan tahniah juga kpd team bro hafizizain IdeaMaster..
    reezluv recently posted…Kualiti Makanan Di Medan Selera Aeon Kinta City MengecewakanMy Profile

  2. Alhamdulillah ada lagi insan yang sanggup membantu gelandangan ni
    Noriza Rahman recently posted…Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca PanasMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!